Makan Sedap! Nikmati ‘Air Tangan’ Chef Zubir di Restoran Vista Brasserie

Baru-baru ini Mamanet telah mendapat satu jemputan dari Zomato.com  untuk ‘makan-makan’ hidangan enak sentuhan rasa Chef Zubir, juri Master Chef Malaysia yang cukup terkenal.

 

Chef Zubir

Restoran ini terletak di Seksyen 14, Vista Alam, Shah Alam. Land mark yang paling mudah untuk sampai ke sana, lokasi Vista Brasserie berdepan dengan Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Waktu beroperasi adalah bermula dari jam 11 pagi sehingga jam 10.30 malam (Isnin-Ahad).

 

5 MAKANAN UNTUK OTAK, KLIK SINI

 

Chef Zubir

 

Cukup istimewa restoran Chef Zubir, Vista Brasseri nie sebab setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ada Brazilian Buffet. Bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Menu-menu inilah yang Mamanet dijamu sampai kenyang!

 

Chef Zubir

Di samping menikmati Brazilian Buffet yang disediakan, kita boleh juga layan dengan bermacam-macam jenis makanan yang di grill. Ada daging kambing, daging lembu, ayam, nanas, jagung dan lain-lain lagi. Semuanya dihidang ‘berasap’ terus  ke dalam pinggan kita. Pilih sahaja, yang mana satu memenuhi selera kita.

 

Chef Zubir

Serius memang sedap dan boleh sampai puas. Cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan untuk Brazilian Buffet ni, dengan harga serendah RM 59.00 ++ dan kanak-kanak pula separuh harga.

 

Di samping menjamu selera dengan menu buffet yang disediakan, kita boleh rasa 8 menu skewer dalam pekej tersebut. Memang sedap dan ‘panas-panas’!

Chef Zubir

 

 

APA LAGI MENU YANG SEDAP?

Chef Zubir

SEAFOOD PASTA

 

Chef Zubir

CHICKEN PICCATA

 

Chef Zubir

BRAISED BEEF WITH CARROT AND POTATO

 

Chef Zubir

SAUTED MIX GARDEN VEGETABLES

 

Bagi yang nak pesan menu hidangan ala carte pun ada. Banyak sangat pilihan yang sedap. Bukan setakat makanan Brazil sahaja, ada lain-lain lagi seperti makanan India, Jepun (Teppanyaki), Korea dan seantero dunia!

Memang enjoy sangat makan di Restoran Vista Brasserie ini. Kalau nak sambut hari jadi kat sini pun boleh. Tak ada masalah, dan lagi meriah!

Jadi, kalau nak merasai keenakan masakan ‘air tangan’ Chef Zubir, silalah datang ke Vista Brasseri. Cuba sekali Brazilian Buffet, gerenti puas hati!

 

Chef Zubir

Inilah grup of foodies yang datang ke Zomato Foodie Meetup tempohari. Terima kasih. Jangan lupa ajak kami lagi!

Nak tahu apa lagi yang best di Vista Besserie ni, klik sini ZOMATO

Jom tengok video ni:

LIKE & SHARE MAMANET