5 SOLUSI ATASI MASALAH BAYI SUSAH TIDUR MALAM

BAYI MEMERLUKAN WAKTU TIDUR YANG JAUH LEBIH BANYAK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KITA. NAMUN, BILA  MASALAH BAYI SUSAH TIDUR MALAM BERLAKU DIKHUATIRI TUMBESARANNYA AKAN TERJEJAS.

 

Jangkamasa atau tempoh tidur bayi yang mencukupi amat penting. Bayi yang berusia bawah enam bulan perlu tidur lebih kurang 15 jam. Kemudian waktu tidurnya akan berkurang sedikit demi sedikit sesuai dengan perkembangan dan aktiviti yang dijalankannya.

 

Jadi, bayi yang kurang tidur boleh mendatangkan pelbagai masalah. Ini adalah kerana sebahagian besar kerja-kerja hormon terjadi ketika tidur, termasuklah hormon pertumbuhan otak bayi.

 

Jelas membuktikan tidur adalah aktiviti penting buat bayi. Ini bermakna mereka memerlukan waktu tidur lebih lama untuk perkembangan tubuh dan otaknya.

bayi susah tidur

 

 

5  TIP YANG BOLEH MEMBANTU MENGATASI BAYI SUSAH TIDUR PADA MALAM HARI:

 

  1. MANDIKAN DENGAN AIR SUAM

Memandikan bayi dengan air suam dikatakan dapat membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak pada malam hari.

 

Ketika memandikannya, lakukan urutan lembut pada badannya. Ia akan membantu tubuh bayi anda lebih relaks.

 

bayi susah tidur

 

  1. AROMATERAPI

Memberikan sedikit haruman yang menyenangkan sedikit sebanyak akan membantu membuatkan bayi kita tidur dengan lebih nyenyak.

 

Haruman aromaterapi dikatakan sangat membantu membuatkan otak dan badan bayi lebih relaks, sehingga menjadi lebih mudah tertidur dengan lena.

bayi susah tidur

 

  1. PASTIKAN BAYI KENYANG

Pastikan bayi kita kekenyangan dan tidak kelaparan sebelum tidur. Cara ini sangat efektif untuk membuatkan bayi kita tidur lebih lena pada malam hari.

 

Bayi memerlukan perutnya sentiasa kenyang dan bayi juga akan kerap terasa lapar. Susukan bayi anda sekurang-kurangnya setiap empat jam.

 

Sebelum tidur, susukanlah bayi kita secukup-cukupnya kerana ketika perut kenyang, bayi akan tidur dengan lebih selesa dan nyenyak.

bayi susah tidur

 

  1. CIPTA SUASANA BILIK TIDUR YANG TENANG

Bagi mengatasi masalah bayi susah tidur ini, kita boleh mencuba untuk membuat suasana di bilik tidur jadi lebih selesa dan tenang.

 

Bayi memerlukan suasana yang relaks dan tenang. Jadi, elakkan bunyi bising atau dan lampu yang terlalu terang.

 

Selain itu, pastikan juga ruang udaranya mencukupi untuk menjaga keselesaan serta kesihatan bayi. Suhu bilik juga perlu diberikan perhatian, jangan terlalu panas atau terlalu sejuk.

 

Jika menggunakan pendingin udura, kawal suhunya jangan sampai bayi kita menggigil kesejukan. Di samping itu, pastikan juga bilik tidur tersebut bebas daripada nyamuk!

bayi susah tidur

 

  1. PAKAIAN YANG SELESA

Bayi akan terjaga jika dia rasa panas atau tidak selesa. Misalnya pakaian yang tidak menyerap peluh atau terlalu sempit boleh menganggu tidurnya.

 

Sebaiknya, pakaikanlah baju tidur yang saiznya sesuai dengan ukuran bayi. Tidak terlalu besar atau kecil dan diperbuat daripada material yang lembut serta menyerap peluh.

susah tidur malam

 

Itulah beberapa tip untuk mengatasi bayi sukar tidur pada malam hari yang boleh dicuba. Semoga bermanfaat.