Masalah Gatal Celah Kelangkang – 8 cara merawat

Masalah gatal celah kelangkang

Bebaskan diri anda dari masalah gatal celah kelangkang.

Masalah gatal celah kelangkang bukan sesuatu yang pelik bagi mana-mana wanita. Mamanet percaya, hampir semua wanita pasti pernah mengalami masalah ini. Paling tidakpun, sekali dalam sejarah hidupnya.

Ada ketikanya masalah gatal celah kelangkang itu dapat sembuh dengan cepat, tetapi kalau ianya terus berlarutan wajar untuk anda segera merawatnya.Takut-takut ada penyakit lain pula.

Saat rasa gatal itu menyerang, alahai… hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rasa ‘merenyam-renyam’ yang amat! Mamanet tak sanggup nak biarkan diri menanggung azabnya lebih lama.

Mamanet  cuba mengubatinya dengan ubat tradisional daun sirih sepertimana bonda kesayangan Mamanet amalkan sejak turun-temurun. Ianya memang berkesan, sejak mengamal petua tersebut, masalah gatal celah kelangkang ini tak pernah lagi Mamanet alami. Jadi, cubalah cara Mamanet ini, mana tau ia serasi dengan anda.

Petua Tradisional Cara Rawat Masalah Gatal Celah Kelangkang 

Bahan:

  • Ambil 6 helai daun sirih
  • 3 keping asam keping
  • Dua gelas air
  • Dua sudu  teh garam pink

Cara Membuat:

  1. Rebus daun sirih yang telah dibersihkan dan diramas-ramas dengan dua gelas air yang telah dicampur dengan garam pink.
  2. Kemudian masukkan asam keping, biarkan sehingga mendidih.
  3. Biarkan air rebusan sirih tadi sedikit suam, lalu basuhlah Miss V anda dengan campuran air rebusan tadi, terutama setiap kali selepas anda membuang air kecil.

Sebenarnya ada banyak punca yang menyebabkan rasa gatal celah kelangkang, antaranya disebabkan peluh, cuaca panas,pembalut wanita yang mengandungi pewangi, hormon dan sebagainya.

Cara Mencegah Gatal Celah Kelangkang

Untuk mengatasi masalah gatal celah kelangkang, diperlukan beberapa cara yang tepat untuk mengubati dan mencegah kegatalannya.

Antaranya:-

  1. Hindari penggunaan produk pembersih vagina yang mengandungi pewangi.
  2. Tuam Miss V anda dengan air sejuk dan kain bersih selama sejam.
  3. Sapukan syampu bayi pada bibir Miss anda dengan kapas. Syampu bayi dikatakan dapat membantu mengeringkan pengumpulan ragi di Miss V dan membersihkannya.
  4. Sapu dengan yoghurt plain pada ‘labia’ untuk mengurangkan rasa gatal. Kultur yoghurt yang lembut akan membantu meredakan kegatalan tersebut.
  5. Anda disarankan untuk makan yoghurt bagi mendaptkan khasiat ‘probiotik’ pada setiap pagi untuk memerangi penggumpulan bakteria dari dalam.
  6. Tidur dengan pakaian yang selesa atau tanpa pakaian dalam.Biarkan miss V bernafas dan kurang berpeluh pada malam hari. Kangkangkan kaki ketika tidur dan jangan tidur dalam posisi meringkuk.
  7. Minumlah lebih banyak air masak untuk melancarkan lagi metabolisme tubuh.
  8. Hindari melakukan hubungan seks, paling tidakpun untuk beberapa hari selagi Miss V ada masih terasa gatal. Melakukan hubungan seks, terutama jika anda menggunakan kondom boleh membuatkan Miss V terasa lebih gatal.

Leave a Reply