6 SOLUSI TERBAIK SELESAIKAN MASALAH GIGI SENSITIF

SELALU TAK RASA NGILU GIGI KETIKA MEMBERUS GIGI ATAUPUN MAKAN AIS KRIM? KALAU ‘YA’, ADA KEMUNGKINAN ANDA MENGALAMI MASALAH GIGI SENSITIF.

 

Gigi sensitif berlaku apabila gigi akan berasa ngilu ketika memberus gigi dan terkena makanan atau minuman sejuk, panas, pedas ataupun masam. Keadaan seperti ini akan menjadi lebih parah ketika kita sedang berbuka puasa!

 

Biasanya hidangan ketika berbuka puasa ada bermacam-macam jenis. Tentu ada di antara kita yang mengalami rasa ngilu pada gigi ketika menikmati makanan yang terlalu sejuk ataupun panas ketika berbuka puasa.

 

Masalah gigi sensitif lebih kerap menyerang seseorang yang sedang berpuasa kerana pada ketika ini mulut menjadi lebih mengering. Perkara ini disebabkan kerana aktiviti mengunyah yang dilakukan oleh mulut ketika berpuasa semakin berkurangan.

 

Keadaan seperti ini boleh menyebabkan mulut mengeluarkan air liur yang lebih sedikit sehingga gigi senstif tidak dapat dilindungi secara efektif.

 

Selain itu, gigi sensitif terjadi ketika bahagian gigi yang lebih lembut atau dentin, yang terletak di bahagian bawah lapisan enemal gigi terdedah tanpa perlindungan.

gigi sensitif

BERIKUT ADALAH 6 CARA MENGATASI MASALAH GIGI SENSITIF

 

  1. BERUS GIGI SECARA RUTIN DAN BERHATI-HATI

Walaupun berpuasa namun kita jangan lupa untuk memberus gigi secara rutin selepas makan sahur dan juga berbuka puasa.

 

Selain itu, berhati-hati ketika memberus gigi. Elakkan memberus gigi terlalu kuat atau menggunakan berus gigi dengan bulunya yang keras kerana ia boleh merosakkan enamel gigi sehingga membuatkan dentin menjadi terbuka.

 

Bukan itu sahaja, memberus gigi terlalu kuat atau kasar juga boleh menyebabkan penyusutan gusi. Jadi, pastikan kita memilih berus gigi yang lembut atau pilih berus gigi khas untuk gigi sensitif.

gigi sensitif

 

  1. PILIH UBAT GIGI KHAS UNTUK GIGI SENSITIF

Pastikan kita memilih dan menggunakan ubat gigi khas untuk perawatan gigi sensitif. Ubat gigi ini dapat membuatkan lapisan gigi lebih selesa supaya gigi tidak mudah berasa ngilu.

 

gigi sensitif

 

  1. HINDARI MAKANAN YANG TERLALU PEDAS, MANIS, PANAS, SEJUK DAN MASAM

Salah satu cara mengatasi sensitif kita perlu menghindari makanan atau minuman yang terlalu pedas, panas,sejuk, manis ataupun masam.

 

Jadi, adalah lebih baik kita mengawal makanan yang kita makan ketika bersahur atau berbuka puasa.

 

Begitu juga dengan makanan dan minuman manis. Makanan atau minuman yang terlalu manis akan masuk ke saraf gigi sehingga membuatkan rasa sakit yang luar biasa.

 

gigi sensitif

 

  1. MENIKMATI BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN YANG MENGANDUNGI BANYAK AIR

Jika gigi kita termasuk dalam kategori gigi sensitif, kita disarankan menikmati lebih banyak buah-buana dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.

 

Ia dapat membantu meningkatkan pengeluaran air liur pada mulut ketika terutama ketika sedang menambah ibadah puasa.

 

gigi sensitif

 

  1. AMBIL MAKANAN YANG MENGANDUNGI BANYAK KALSIUM

Memperbanyakan pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalsium juga dapat membantu kita mengatasi masalah gigi sensitif.

 

Ia dapat membantu memperbaharui jaringan gigi yang sudah rosak sehingga masalah gigi sensitif ini dapat di atasi.

 

Antara makanan yang banyak mengandungi kalsium seperti brokoli, kacang soya, kacang panjang dan susu.

 

gigi sensitif

 

  1. MENJAGA DAN MERAWAT KEBERSIHAN MULUT

Pastikan kita selalu menjaga kebersihan dan kesihatan mulut, dengan cara memberus gigi secara rutin, membersihkan celahan gigi setelah makan serta membuat pemeriksaan gigi dengan doktor gigi secara teratur.

 

Kebersihan mulut yang tidak dijaga dan lebihan plak pada gigi boleh mempercepatkan proses pembusukan gigi. Ia akan membuatkan gigi menjadi rosak aau berlubang, menyebabkan lapisan di bawah gusi lebih mudah iritasi sehingga menimbulkan rasa ngilu pada gigi.

gigi sensitif

 

Itulah beberapa cara mengatasi gigi sensitif. Jika masalah ini sukar untuk ditangani, segera dapatkan rawatan dan juga nasihat daripada doktor gigi.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook