Atasi Muka Kusam Dengan 4 Cara Mudah

muka kusam

Kredit: staticflickr

MASALAH muka kusam tentunya sangat menganggu penampilan. Ada banyak perkara yang menyebabkan muka kita  nampak kusam. Salah satunya muka penuh dengan sel-sel kulit mati, kekurangan air dan kurang dijaga!

Untuk mengatasi muka kusam atau kerana disebabkan produk kecantikan muka yang tidak sesuai, anda boleh mengatasinya dengan membersihkan muka dengan pembersih muka yang sesuai secara teratur.

 

Berikut ialah cara bagaimana hendak mengatasi masalah muka kusam:

 

  1. Minyak Zaitun

Kandungan vitamin E yang terdapat pada minyak zaitun boleh menjadi antioksidan semulajadi yang mampu menghalang kerosakan sel.Lakukan urutan muka dengan menggunakan minyak zaitun atau baby oil untuk melancarkan peralanan darah pada muka.

 

  1. Masker
    muka kusam

    Kredit: grouponcdn

Penggunaan masker dapat membantu mengatasi masalah muka kusam. Penggunaan masker seperti masker youghurt, lemon dan tomato akan mencerahkan kulit muka.

 

Fungsi masker adalah untuk pengelupasan kulit-kulit mati pada kulit serta memutihkannya. Selain itu, kandungan yang terdapat dalam masker biasanya berguna untuk menyegarkan wajah, memberikan nutrisi serta menghilangkan bintik-bintik hitam.

 

 

  1. Skrub

Sifatnya lebih kurang macam masker juga yang berguna untuk mencerahkan kulit muka.Sebelum menggunakan skrub, bersihkan muka dengan pembersih muka atau susu pembersih.

 

Jika mahu, boleh mencuba skrub yang menggabungkan minyak zaitun dan gula pasir. Ambil satu sudu besar minyak zaitun dan satu sudu besar gula pasir, gaul hingga sebati. Kemudian gunakan jari untuk menggosok ke kulit dengan gerakan melingkar. Hati-hati dengan kulit di sekitar mata, elakkan dari terkena. Fungsinya adalah untuk menghapuskan sel-sel kulit mati pada lapisan permukaan kulit dan mendorong pertumbahan kulit baru dan membuatkan kulit kulit nampak lebih sihat dan segar.

 

 

  1. Ais
    muka kusam

    Kredit: kamdora

Ternyata  ketulan ais batu boleh dimanfaatkan untuk mengatasi muka kusam. Caranya cukup mudah, oleskan ketulan ais batu pada muka dengan rata,perahan dan lembut selama 15 minit. Setelah itu, bersihkan dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari dan hasilnya boleh dilihat dalam masa yang singkat.

 

Selain boleh membantu mencerahkan muka, ais batu juga bermanfaat untuk mengurangkan minyak berlebihan di muka, mengecilkan pori-pori wajah dan mengatasi jerawat.

 

 

Selamat mencuba tip mengatasi muka kusam ini. Semoga bermanfaat dan jangan lupa SHARE  info ini dengan kawan-kawan anda.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Leave a Reply