MASTERCHEF AUSTRALIA MUSIM KE-9 LEBIH MANTAP DAN MENCABAR

MASTERCHEF AUSTRALIA KEMBALI UNTUK MUSIM KE-9, DAN KALI INI MENAMPILKAN LEBIH RAMAI CHEF JEMPUTAN ANTARABANGSA HEBAT, BAKAT-BAKAT BAHARU YANG LEBIH MENYERLAH DAN CABARAN-CABARAN YANG LEBIH MENARIK. GABUNGAN MANTAP INI BAKAL MENJADIKAN MASTERCHEF AUSTRALIA, SIRI YANG TERBAIK PERNAH DIHASILKAN.

 

Setelah mengumpulkan tukang masak amatur terbaik dari seluruh negara, MasterChef menyatukan semua peserta sama ada yang merendah diri atau yang sentiasa yakin dalam satu  uji bakat yang ketat bagi mendapatkan tukang masak yang berbakat besar.

 

Gary Mehigan, Matt Presto dan George Calombaris kembali berkongsi bakat dan pandangan mereka yang unik dengan kumpulan terbaru peserta. Menggalakkan dan mencabar, mereka akan mendorong peserta untuk memasak dengan lebih bijak, memperluas kreativiti mereka dan mengatasi halangan dengan cara yang tidak pernah mereka impikan.

 

Saksikan MasterChef Australia di saluran  Astro Channel 709, bermula 19 Jun, Isnin hingga Jumaat, Jam 8.00 pm – 9.00 pm.

masterchef australia

DAPAT RESEPI COKLAT GOLDEN BALL DARIPADA MASTERCHEF AUSTRALIA

 

Peserta: Michelle Lukman

Resepi: Golden Ball

 

Apple Raspberry Mint Jelly

2 sudu teh serbuk gelatin

1/4 cawan jus ‘cold presses’ epal dan raspberri

1 ½ sudu besar jus lemon

2 sudu teh kulit lemon

3 sudu teh gula

3 daun pudina, daun dipilih

 

Caramelised Chocolate White Crumb

Coklat cip  putih 100g

Secubit garam

 

Chocolate Spheres (Bebola Coklat)

10g serbuk coklat kilat

Susu coklat cair 300g

 

Chocolate Shards Crumble

40g susu coklat cair

¼ cawan feuilletine

¼ cawan gula-gula (popping candy) tanpa perasa

1 sudu teh kopi espresso kisar

Secubit garam

 

Two Cheese Mousse

125ml krim pekat

¼ cawan campuran gula ising

50g krim keju, suhu bilik

1 1/2 sudu besar keju mascarpone

1 sudu teh esen vanila

Secubit garam

2 sudu kecil double cream

½ hirisan lemon

 

Raspberry Coulis

½ raspberry punnet

1 ½ sudu gula

3 sudu kecil sirap glukosa

Secubit garam

1 sudu besar tepung jagung

 

 

Hiasan

Kelopak mawar merah jambu kering

Daun pudina segar

Raspberi segar

 

 

CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan ketuhar hingga 180⁰ C.

 

2. Untuk menyediakan Apple Raspberry Mint Jelly, pertama sekali lapis plastik pembalut (cling flim) atas loyang bersaiz 16cm x 11cm persegi.

 

3.Letakkan 1 sudu air ke dalam mangkuk kecil, taburkan serbuk gelatin di atasnya dan biarkan selama 5 minit untuk kembang.

 

4.Sementara itu, campurkan jus epal raspberri, jus lemon, kulit lemon, gula dan semua kecuali 2 helai daun pudina ke dalam periuk kecil yang tidak melekat dan renehkan di atas api kecil selama 2 minit.

 

5.Ketepikan dari api dan tambah gelatin yang sudah kembang, kacau sehingga sebati. Masukkan bahan tadi ke dalam dulang pembakar. Perlahan-lahan masukkan 2 daun pudina tadi ke dalam jeli sampai tenggelam. Letakkan dulang ke dalam tempat beku kira-kira 8-10 minit, Kemudian pindahkan ke bahagian sejuk sehingga diperlukan.

 

6. Untuk Caramelised White Chocolate Crumb, lapis loyang dengan kertas minyak. Taburkan coklat putih secara merata ke dalam loyang. Bakar dalam ketuhar sehingga perang keemasan, tetapi jangan sampai hangus, kira-kira 8-10 minit. Keluarkan dari ketuhar dan gunakan garpu untuk memecahkan coklat karamel menjadi serpihan. Taburkan dengan garam dan ketepikan seketika.

 

7. Untuk Bebola Coklat, lapiskan loyang dengan kertas minyak dan ketepikan. Letakkan acuan separuh bulat silicon bersaiz 8 x 7cm di atas loyang. Dengan menggunakan berus pastri, sapu debu coklat berkilau di atas acuan agar rata. Ketepikan sehingga diperlukan.

 

8. Letakkan air ke dalam periuk kecil sebanyak separuh di atas api sederhana dan biarkan mendidih. Letakkan coklat susu cair ke dalam mangkuk kaca sederhaan besar dan letakkan di atas air mendidih tadi. Gunakan spatula getak untuk mengacau coklat hingga ia benar-benar cair. Ketepikan coklat dari api dan kacau terus sehingga mencapai 39°C.

 

9. Tuangkan coklat ke dalam acuan kubah yang disediakan dan gunakan sudu kecil untuk memastikan setiap acuan kubah bersalut dengan coklat. Letakkan kubah secara terbalik ke dalam dulang dan gunakan spatula untuk bersihkan coklat yang meleleh. Simpan dalam peti sejuk selama 8-10 minit. Tuangkan semua coklat berlebihan kembali ke dalam mangkuk dan simpan untuk Chocolate Shards Crumble.

 

10. Untuk Chocolate Shards Crumble, lapis loyang dengan kertas minyak. Ambil mangkuk yang berisi coklat cair tadi. Masukkan semua ramuan yang berbaki ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kemudian lapiskan lagi dengan kertas minyak. Gunakan penggelekk untuk meratakan aduanan tadi setebal 3 mm dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

 

11. Untuk Two Cheese Mousse, letakkan krim dan separuh daripada gula ising ke dalam mangkuk pengisar dan pukul hingga kembang. Pindahkan ke mangkuk bersih dan ketepikan

 

12. Letakkan krim keju krim dan gula aising yang selebihnya ke dalam mangkuk pengisar dan pukul hingga ringan kira-kira 2 minit. Tambah mascarpone, esen vanila dan garam dan teruskan pukul laju untuk 1 minit lagi. Tambah double creme, campuran whipped crème dan kulit lemon serta adun sebati. Pindahkan adunan ke dalam beg paip yang dipasang dengan muncung bintang sederhana dan simpan di dalam peti sejuk seketika.

 

13. Untuk Raspberry Coulis, letakkan raspberi ke dalam periuk kecil dan gunakan senduk kayu untuk meliciknya hingga menjadi puri. Tambah gula, glukosa dan garam dan letakkan periuk di atas api sederhana dan biarkan sampai mendidih.

 

14. Sementara itu, letakkan tepung jagung dan 2 sudu air dalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Apabila puri telah mendidih, perlahan-lahan campurkan adunan tepung jagung tadi kalau hingga pekat selamat 1 minit.

 

15. Ketepikan dari api, pindahkan ke dalam jug kecil, dan letakkan di dalam peti sejuk seketika.

 

16. Untuk menghidang, masukkan sebahagian daripada Caramelised White Chocolate Crumb ke tengah pinggan. Paipkan tompokan Two Cheese Mousse di tengah-tengah serpihan coklat.

Taburkan sedikit Raspberry Coulis di sekitar crumb. Perlahan-lahan keluarkan Bebola Coklat keluar darilpada acuan silicon dan letakkan di atas mousse di tengah-tengah crump. Letakkan kiub Apple Raspberry Mint Jelly dan raspberry segar yang dipecahkan.

Pecahkan Chocolay Shards Crumble menjadi kepingan. Letakkan  daun pudina. Campurkan sedikit Caramelised White Chocolate Crumb. Kelurkan kubah kedua dari acuan silicon dan letakkan di atas kubah pertama tadi agar membentuk menjadi bola. Hiaskan dengan daun pudina, kelopak ros dan kepingan coklat.

 

masterchef autralia

Jangan lupa ikuti MasterChef Australia musim ke-9 ini untuk mendapatkan lebih banyak info masakan.