KONGSI KERIANGAN BERSAMA MAT KOOL® FRUITYBUG BAHARU!

NESTLÉ ICE CREAM, PENGELUAR AIS KRIM TERKEMUKA MALAYSIA HARI INI MELANCARKAN MAT KOOL® FRUITYBUG – AIS KRIM PERKONGSIAN DWI-BATANG BERBENTUK KUMBANG. ACARA PELANCARAN ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA ROADSHOW MAT KOOL® FRUITYBUG YANG BERLANGSUNG DI MYDIN MALL, USJ1.

 

MAT KOOL® adalah salah satu jenama aiskrim kanak-kanak yang terkenal di Malaysia yang sentiasa menghasilkan produk-produk yang mempunyai unsur keriangan dan keseronokan melalui gabungan perisa enak dan bentuk yang kreatif.

 

Selepas kejayaan MAT KOOL® Butterfly, MAT KOOL® kini memperkenalkan MAT KOOL® FruityBug, aiskrim perkongsian keduanya yang berperisa strawberi dan nanas yang cukup menyegarkan.

fruitybug

Dibuat daripada pewarna dari sumber tumbuh-tumbuhan, adunan manis MAT KOOL® FruityBug pasti membangkitkan rasa gembira dalam konsumer. Ini menekankan lagi komitmen jenama MAT KOOL® untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dan perisa aiskrim unik, khas untuk para peminat setianya.

 

“Di Nestlé Ice Cream, kami sentiasa berusaha untuk memperkenalkan aiskrim baharu dalam portfolio produk kami dengan pelbagai aiskrim yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kami ingin membangkitkan detik-detik manis bersama aiskrim dengan sentiasa mengeluarkan pelbagai variasi baru,” kata Teo Heng Keat, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream.

 

“Oleh itu, kami memperkenalkan MAT KOOL® FruityBug untuk mencetuskan saat-saat riang penuh keseronokan yang mampu membawa senyuman di kalangan ahli keluarga dan sahabat-handai,” tambah Teo.

fruitybug

 

IKLAN MEMAPARKAN IMAGINASI KERIANGAN BERKONGSI AISKRIM MAT KOOL® FRUITYBUG BERSAMA RAKAN-RAKAN

Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Teo dan Siva Prakash, Ketua Jabatan Pembelian & Pemasaran Mydin. Acara pelancaran ini dimulakan dengan menyiarkan iklan televisyen terkini MAT KOOL® FruityBug, yang memaparkan imaginasi keriangan berkongsi aiskrim MAT KOOL® FruityBug bersama rakan-rakan.

 

Semasa majlis pelancaran, para tetamu bersuka-ria dengan permainan-permainan menyeronokkan yang menggalakkan semangat setia kawan dan nikmat berkongsi. Keriangan dilanjutkan lagi dengan penampilan khas MAT KOOL® yang sempat beramah-mesra dengan orang ramai.

fruitybug

Sempena ulang tahun ke-60 Mydin, para pelanggan berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik dan promosi eksklusif MAT KOOL® FruityBug di Mydin Mall, USJ sepanjang hujung minggu itu. Para pemenang bertuah membawa pulang MAT KOOL® FruityBug dan beg dingin beku edisi terhad MAT KOOL®. Acara roadshow MAT KOOL® FruityBug juga akan diadakan di seluruh negara sepanjang bulan September hingga Oktober.

 

Aiskrim MAT KOOL® FruityBug kini boleh didapati di kedai-kedai dan platform e-dagang 11street (www.11street.my) pada harga runcit disyorkan iaitu RM 1.90. Untuk keterangan lebih lanjut tentang aiskrim MAT KOOL® FruityBug, layari laman web Nestlé di http://www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestlé Malaysia di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

 

BACA DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID UNTUK ELAK SAKIT