MED DESIRE LANCARKAN PRODUK TERBARU LUBNACO DAN LALEHGO

Buat julung-julung kalinya, Med Desire Resources telah mengadakan  satu majlis ramah mesra bersama para stokis dan ejen-ejennya baru-baru ini.  Majlis ini merupakan bukti kesungguhan syarikat yang telah bertapak selama tiga tahun di pasaran Malaysia dan antarabangsa.

Pihak Med Desire turut meraikan 70 orang anak yatim dari Baitul Hidayah, Puchong selaku tetamu VIP dalam majlis berkenaan. Mereka turut menerima sumbangan ikhlas daripada pihak Med Desire.

“Saya dedikasikan majlis ini buat para stokes dan ejen Med Desire Resources. Tanpa mereka, tak mungkin kami mampu berada hingga ke tahap ini. Kerjasama dan persefahaman antara semua pihak adalah kincu kejayaan yang dipraktikkan,” ujar Norfarahidah Zubir, 33 selalu pengasas dan Pengarah Urusan Med Desire.

med desire

Beliau menambah, “Tahun ini lebih istimewa kerana pihak syarikat berbesar hati untuk mengadiahkan kereta Mini Cooper  kepada stokis-stokis yang layak dengan  mencatat jualan tertinggi sehingga bulan Disember tahun ini.

med desire

Secara tidak langsung, ia menjadi peniup motivasi buat mereka yang lain untuk bekerja dengan lebih komited dan fokus kepada jualan,” jelas ibu kepada 4 anak ini.

 

Med Desire Keluarkan Dua Lagi Produk Hebat Lubnaco & Lalehgo

Dalam majlis yang sama, Med Desire telah melancarkan dua lagi produk menyengat iaitu LUBNACO dan LALEHGO yang bakal berada di pasaran selewat-lewatnya pertengahan Mac 2018.

med desire

Noorazlisham Mat Nayan, 35, Pengarah Operasi Med Desira berkata, “Lubnaco dan Lalehgo adalah keluaran terbaru kami yang sangat istimewa. Lubnaco adalah kombinasi lazat dari kopi hijau dan mangga Amerika. Manakala Lalehgo adalah minuman fibre yang diperbuat daripada buah-buahan organik. Kedua-dua produk ini berupaya membantu menurunkan berat badan secara sihat.

“Melihat kepada produk sebelumnya iaitu Kaki Cantik Tea dan Slim You Dytox, respon yang diterima amat menggalakkkan. Dari situ timbul idea untuk menambah baik produk-produk tersebut hingga terhasilnya Lubnaco dan Lalehgo,” tambahnya lagi yang juga merupakan suami kepada Norfarahidah.

med desire

Bermula dengan pengalaman sebagai dropshiper, Norfarahidah memberitahu,  “Pada masa hadapan kami bercadang untuk cuba menembusi pasaran farmasi di Malaysia. Biarpun ia bukanlah satu perkara yang mudah tetapi kami akan berusaha untuk meralisasikan misi ini hingga berjaya.”

Beliau turut memaklumkan bahawa dua porduk sebelum ini sudah pun berada di pasaran semenjanjung Malasyia, Sabah, Sarawak, Brunei, Kuwait dan Mongolia dalam tempoh tiga tahun sahaja.

med desire

Cara Penggunaan Sangat Mudah Dan Harga Juga Berpatutan

Cara penggunaan produk ini amat mudah iaitu pengguna perlu mengamalkan satu sachet Laubnaco sebelum sarapan pagi. Produk ini dapat membantu mengurangkan selera makan supaya pengguna boleh kurus secara sihat. Ia tidak mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan.

Bagi Lalehgo, produk berbentuk serat atau fibre ini perlu diambil sebanyak 2 sachet bagi orang yang berat badannya 58 kilo ke atas. Ia diperbuat daripada bahan organik tanpa campuran sebarang bahan kimia.

Pihak Med Desire menyasarkan jualan sebanyak  400 ribu kotak  untuk 2018 ini. Sasaran paling tinggi ialah pada bulan Ramadan kerana waktu itu ramai pengguna ingin kelihatan kurus menjelang hari raya. Dengan harga yang mampu milik, pasti para pengguna tidak sabar hendak mencuba produk daripada Med Desire ini.

“Kami ingin membantu suri rumah untuk turut sama menjana pendapatan. Dengan pendapat yang diperoleh mereka boleh meningkatkan ekonomi keluarga. Peluang bisnes terbuka kepada sesiapa yang berminat hendak menjadi ejen dan stokis. Tiada jualan terus dari pejabat urusan sebaliknya semua jualan akan melalui stokis,” ujar Norfarahidah mengakhiri perbualan.

Selain majlis makan malam, cabutan bertuah dan persembahan tarian turut diadakan bagi menghiburkan tetamu.med desire

med desire

 

BACA:  7 CARA HILANGKAN LEMAK BAWAH DAGU