MEDIA SOSIAL IBARAT NYAWA RAKYAT MALAYSIA

Ibarat irama dan lagu, Media Sosial dan rakyat Malaysia bagai tidak dapat dipisahkan. Whatsapp, Twitter, Facebook, Instagram merupakan antara medium komunikasi yang sedang ‘menggila’ di Malaysia.  Menurut statistik yang dikeluarkan oleh We Are Social & Hotsuite, 2018 seramai 24 juta rakyat Malaysia yang aktif menggunakan media sosial ini untuk urusan peribadi, bersosial atau berniaga.

 

Andai tiba-tiba Facebook disekat penggunaannya di Malaysia oleh kerajaan baru, bagaimana tindak balas kita? Tahukah anda? Facebook telah mendapat tentangan dan halangan oleh beberapa negara seperti China, Syria, Iran dan Vietnam?

 

Bolehkah kita hidup sehari tanpa Facebook? Mustahil bukan? Seperti ‘berhantu’. Apabila bangun sahaja dari tidur, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah mengambil telefon dan membuka applikasi facebook, instagram, whatsapp dan sebagainya daripada mengucapkan Alhamdulillah.

 

Adakah media sosial ini membuatkan kita melakukan perkara lagha? Tidak semestinya bukan? Masing-masing mempunyai hujah untuk diutarakan. Sebagai manusia, kita diberi keistimewaan akal fikiran untuk memilih sama ada negatif ataupun positif. Pilihan di tangan kita sendiri.

 

Dalam kita melihat keburukan media sosial, sebenarnya terlalu banyak kebaikan yang telah kita raih daripadanya. Banyak syarikat dan organisasi lebih dikenali dan berkembang maju dengan adanya media sosial. Pengguna dan organisasi menjadi lebih rapat dan mesra melalui media sosial.

 

sosial media

PPZ-MAIWP PRO MEDIA SOSIAL

Hal ini turut mendapat perhatian daripada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) yang tidak mahu melihat ini sekadar satu ‘trend’. Sebaliknya ia menjadi satu langkah yang amat baik dilakukan oleh PPZ-MAIWP apabila menggunakan Facebook sebagai antara medium komunikasi kepada masyarakat yang ingin bertanyakan berkaitan permasalahan zakat dari segi kiraan mahupun bayaran. Ini sekaligus meletakkan PPZ-MAIWP tersenarai antara institusi yang mengikuti arus teknologi moden.

 

PPZ-MAIWP melihat ini adalah satu keperluan bagi mendekati golongan siber yang semakin ramai penggunanya. Tidak mustahil satu hari nanti 100% rakyat Malaysia khasnya akan menggunakan media sosial sebagai gaya kehidupan, mendapatan maklumat, hiburan dan lain-lain.

 

Dapat kita lihat, apabila mendapatkan sesuatu berita kita akan merujuk kepada media-media sosial, portal, blog dan seumpamanya kerana mudah dan cepat. Sama ada anda menaip kata kunci di carian Facebook atau Google, kita akan terus mendapat paparan berkaitan. Segala maklumat semakin mudah dan hanya di hujung jari sahaja.

 

TIDAK ADA LAGI ALASAN UNTUK BERKATA TIDAK

Selaras dengan perkembangan ini, PPZ-MAIWP turut menyalurkan maklumat kepada masyarakat sebanyak mungkin berkaitan tanggungjawab berzakat. PPZ-MAIWP sejak beberapa tahun yang lepas telak mengorak langkah membina portal www.zakat.com.my bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk urusan kiraan zakat, bayaran dan juga semakan rekod bayaran zakat yang lepas.

 

Anda juga boleh mendapatkan info terkini mengenai zakat di laman Facebook PPZ-MAIWP iaitu di PUSAT PUGUTAN ZAKAT

 

JOM TENGOK VIDEO NI

media sosial

 

INI SEBAB KENAPA BAYAR ZAKAT DI ONLINE ITU AMAT MUDAH DAH SEMAKIN POPULAR

  1. CEPAT & MUDAH

Hanya kurang lima minit diperlukan untuk menyelesaikan urusan bayaran zakat anda menggunakan FPX atau debit atau kad kredit Islamik.

 

  1. SELAMAT

Tidak perlu beratur panjang di kaunter atau membawa wang. Anda hanya perlukan telefon pintar, tablet, komputer dan sambungan internet untuk melakukan transaksi.

 

  1. 24 JAM, 7 HARI SEMINGGU

Boleh buat bayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan cepat dan pantas. Tiada halangan kerana cuti hujung minggu atau cuti umum.

 

  1. KIRAAN ZAKAT YANG MUDAH

Anda boleh mengira zakat yang perlu anda bayar dengan mudah dan cepat, dengan hanya melengkapkan borang yang boleh didapati secara ONLINE yang disediakan.

 

  1. KALKULATOR ZAKAT

Dengan adanya kalkulator di www.zakat.com.my anda boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui anda WAJIB berzakat atau tidak.

 

  1. SEMAK BAYARAN

Anda boleh membuat semakan bayaran yang lepas secara online.

 

  1. KEMASKINI MAKLUMAT

Boleh mengemaskini maklumat peribadi, surat menyurat dengan cepat dan selamat.

 

Demikianlah usaha PPZ-MAIWP untuk memudahkan urusan membayar zakat hanya dengan melayari www.zakat.com.my. Segalanya hanya di hujung jari. Kurang dari lima minit, urusan zakat kita akan selesai dengan izin Allah. Mudah sangat hanya semudah kita menatap Facebook dan Instagram setiap waktu. Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

 

Talian bebas tol : 1 300 88 5757

Facebook : Pusat Pungutan Zakat

#zakatwilayah

#ramadanterbaik

#ppzwilayah

#ppzmawip