MELAKA KAYA DENGAN BUDAYA, SAJIAN ISTIMEWA & AGRO TOURISM

Jadual hari kedua memang padat. Oleh sebab itu, saya menyambung sedikit catatan hari kedua di sini. Dari Melaka Tropical Fruit Farm, saya dan team Travelogue Malaysia menuju ke Homestay Ayer Limau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Ia turut menawarkan program Agro Tourism yang menarik.

 

Memandangkan lawatan kami di MTFF selesai sekitar jam 8.00 malam, maka kami tiba di Homestay Ayer Limau agak lewat. Namun, ibu bapa angkat kami tetapi setia menanti kehadiran ‘anak-anak angkat gadang’ ini.

 

Di sini kami dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki tinggal di rumah ibu Siti Zabedah Karim. Sementara kumpulan wanita pula tinggal di rumah ibu Kamsiah Jaafar. Maka bermulah kehidupan sementara kami sebagai anak angkat di Homestay Ayer Limau.

agro tourism

Homestay Ayer Limau turut tawarkan Agro Tourism

Rumah ibu Kamsiah tersergam indah dengan laman yang luas penuh dihiasi pokok bunga. Dulunya ada pokok anggur tapi sudah dibuang, katanya. Di tepi rumah ada reban ayam serama dan sangkar burung merbuk. Memang mendamaikan.

Agro Tourism

Seterusnya kami dihidangkan dengan ikan bakar dan tempe goreng. Sambal cicah ikan bakar dan tempe ibu memang terbaik. Rupa-rupanya ibu Khamsiah ada resipi tersendiri kerana beliau berasal dari Johor. Apatah lagi bila minum dengan Teh Wangi Ros 888. Memang menyelerakan.

Agro Tourism

 

 

Malam itu kami tidur di bilik yang sangat luas dan selesa. Dilengkapi katil queen, almari solek dan almari baju serta berpenghawa dingin. Bilik air, ruang makan dan ruang tamu juga sangat selesa, luas dan dihias rapi.

Agro Tourism

Rumah ini hanya dididiami oleh ibu Kamsiah dan suami memandangkan anak tunggal mereka menetap di Kuala Lumpur.

Agro Tourism

Keesokan harinya, ibu dan ayah menyediakan sarapan pagi atas permintaan kami iaitu tauhu dan tempe goreng sekali lagi. Manakala nasi lemak pula dibeli dari warung kegemaran mereka.

Di sini terdapat pelbagai aktiviti untuk mereka yang ingin merasai kehidupan cara kampung. Ada beberapa pakej disediakan untuk anda bersama aktiviti yang telah disusun. Antaranya peluang menikmati juadah kampung, mencuba pelbagai jenis permainan tradisional dan agro tourism. Jika musim buah, bolehlah ke dusun.

Agro Tourism

Kami sendiri sempat mengikuti demo menyediakan serabai asli Melaka. Nanti saya akan kongsikan resipinya dalam artikel akan datang.

Agro Tourism

Sayang seribu kali sayang, belum pun sempat bermesra lebih lama, kami terpaksa bergegas ke Klebang. Insya-Allah jika ada peluang lain, kami ingin menetap di sini lebih lama lagi. Terima kasih ibu dan ayah atas layanan mesra kalian. Siap dengan bekal tempe dan tauhu untuk kami.

Lokasi: Homestay Ayer Limau, Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka

Laman web: ayerlimauhomestay.com.my

Facebook: Homestay Ayer Limau

 

Keria Antarabangsa Limbongan Jadi Kegilaan ramai

Akhirnya destinasi yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Saya ni memang peminat kuih keria. Jadi peluang untuk beramah mesra dengan pengusaha Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Melaka ini, tidak saya lepaskan.

Agro Tourism

Seawal jam 9 pagi kami sudah sampai di salah sebuah pusat penyediaan kuih keria. Memandangkan kuih ini mendapat permintaan yang sangat tinggi, maka prosesnya terpaksa dilakukan di tiga lokasi berlainan.

Kali ini kami berada di rumah puan Azura Baba iaitu menantu kepada Haji Jalil.  Selain beliau, Hj Jalil sendiri menyediakan kuih keria ini di gerai mereka di Limbongan. Manakala seorang lagi iaitu anak Hj Jalil turut memproses keria di sebuah lagi rumah lain.

Agro Tourism

Sebab itu, jika anda pernah beratur untuk membeli keria, anda akan nampak selain keria dibawa dari belakang gerai, ia turut dihantar dengan kereta.

Memang semua orang boleh buat keria tetapi tidak akan sama seperti keria Hj. Jalil. Tiada rahsia pun, kata puan Azura. Bagaimanapun, oleh kerana ia telah diwarisi sejak bergenerasi maka, kuih keria di sini memang istimewa dan unik.

 

“Nisbah keledek dan tepung ialah 80:20. Untuk gula pula saya campur gula Melaka, gula merah dan gula pasir. Itu saja,” ujarnya lagi sambil tangannya pantas membuat kerja.

 

Saya lihat di dapur, ada 4 kawah besar sudah terjerang iaitu 2 kuali penuh minyak untuk menggoreng keria dan dua lagi untuk memasak air gula bagi menyira kuih.

Agro Tourism

Kerjanya sangat bersistematik dan pantas. Memang saya kagum melihat Azura dan para pekerjanya berusaha keras menyediakan tempahan melalui whatsapp dan untuk jualan di gerai.

 

Kerja memasak keria ini bermula dari jam 10 pagi hinggalah ke pukul 4.00 petang. Begitulah rutin Azura setiap hari kecuali hari Jumaat (tutup). Hanya beliau seorang sahaja yang menggoreng keria tersebut untuk memastikan kualitinya terjamin.  Pada saya, di sinilah terletakkan rahsia kehebatan keria Hj Jalil ini.

Azura tahu waktu yang tepat untuk menyira kuih agar keria tidak pecah dan gula pula tidak berkeping atau berderai. Itulah dia rahsia kuih keria Hj. Jalil air tangan Azura yang manis ini.

Agro Tourism

Seramai 10 orang pekerja bertugas untuk proses awal seperti mengupas keledek, merebus, mengisar dan membentuk keria. Pada waktu puncak iaitu Sabtu dan Ahad, lebih 6000 biji keria habis dijual. Dia turut menerima tempahan dalam jumlah yang besar. Bagaimanapun tempahan mestilah dibuat sehari lebih awal.

 

 

Setelah puas menunggu, maka siaplah gorengan yang pertama. Tuan rumah berbesar hati membekalkan kami keria sebagai buah tangan. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.

Agro Tourism

Pesanan saya, nak makan keria ini kenalah bersabar sedikit. Jangan makan waktu terlalu panas, nanti melecur lidah. Tunggu sekejap sampai dia suam. Barulah dikunyah. Masya-Allah sebaik masuk ke mulut, rasa lemak manis keledek dan gula Melaka membuatkan saya tak henti-henti mengunyah. Tanpa disedari, bungkusan sudah kosong. Maknanya, lain kali kena datang lagi.

Agro Tourism

Sebab itu, tidak mustahil orang sanggup memandu dari segenap ceruk untuk mendapatkan keria yang dijual pada harga RM10 untuk 20 biji. Sebaiknya datang awal. Jika tidak, anda terpaksa berbaris panjang untuk menunggu giliran mendapatkan keria ini. Paling penting ia masih panas!

Lokasi: Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil, Limbongan, Melaka.

Facebook: Kuih Keria Antarabangsa Limbongan

 

Dataran 1 Malaysia Meriah Dengan Aktiviti

Sementara menunggu gerai Coconut Shake Klebang Original dibuka pada jam 11.00 pagi, kami mengambil kesempatan untuk lepak di Dataran 1 Malaysia Klebang. Kawasan ini adalah kawasan laut yang ditambak. Jika dulu, pantai Klebang hanyalah sebuah kawasan pinggir laut yang dibina tebing tinggi untuk menahan hakisan.

Agro Tourism

Kini, pantainya sudah seluas saujana mata memandang. Kawasan sekitar sedang pesat membangun. Manakala sebuah pusat riadah iaitu Dataran 1 Malaysia telah dibina untuk kemudahan menjalankan pelbagai aktiviti seperti pesta, karnival dan sebagainya.

Agro Tourism

Tempat ini menjadi pilihan seisi keluarga untuk berliburan di hujung minggu. Kanak-kanak boleh bermain air di kolam kecil yang disediakan. Manakala barisan gerai jualan di sepanjang pantai memudahkan orang ramai untuk menjamu selera. Kebanyakan gerai ada menjual coconut shake iaitu minuman popular di Klebang ini. Pada hari Jumaat hingga Ahad, ada car boot sale.

Agro Tourism

Biasanya Dataran ini akan meriah pada waktu petang dan malam hujung minggu. Jadi, jika anda datang ke Melaka, ini adalah antara lokasi lepak dan santai paling sesuai untuk seisi keluarga. Boleh bawa layang-layang, basikal atau sekadar berkelah di bawah pohon kelapa.

Agro Tourism

Lokasi: Dataran 1 Malaysia Klebang, Pantai Klebang, Melaka

 

Klebang Original Coconut Shake Memang Terbaik

Apa ertinya kalau datang Melaka tapi tidak pekena Coconut Shake Klebang kan? Maka, sudah menjadi antara destinasi wajib singgah di sini. Sebaik sampai di sini, saya tidak menyangka yang Klebang Original Coconut Shake di tepi jalan Klebang ini hanya ‘dummy’ saja.

Agro Tourism

Sebenarnya, ada lorong masuk di depan gerai tersebut untuk ke restoran Klebang Original Coconut Shake yang terletak di belakang. Ada sebuah pintu gerbang gergasi yang menyambut kami. Barulah saya tahu bahawa restoran ini begitu besar. Parkir juga luas. Kagum saya seketika. Selama ini saya hanya berhenti di tepi jalan dan membeli coconut shake di warung kecil mereka.

Agro Tourism

Apa dia sebenarnya coconut shake kegilaan ramai ini? Sebenarnya ia adalah minuman yang diperbuat daripada air kelapa muda yang dicampur dengan ais dan dikisar bersama ais krim vanilla. Di dalamnya juga ada tekstur halus isi kelapa yang boleh dikunyah.

Agro Tourism

Selain coconut shake, terdapat banyak juadah lain dan kuih-muih untuk mengalas perut. Pendek kata, di sini pun anda boleh makan dan minum sampai kenyang. Apa tah lagi bila dimakan bersama kuih keria. Memang terangkat.

Lokasi: Klebang Original Coconut Shake, Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Melaka

Facebook:  Klebang Original Coconut Shake

 

Meniup Semangat Kepahlawanan di Perigi Hang Tuah

Kisah tragis Hang Tuah, Laksamana Melaka yang setia pada Sultan. Ironinya dia sanggup mempertahankan Sultan Mansur yang telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya akibat difitnah.

Agro Tourism

Hang Tuah tega menurut perintah Sultan Mansur agar membunuh Hang Jebat yang mahu menuntut bela di atas ‘kematian’ Tuah. Maka tamatlah riwayat Hang Jebat di tangan sabahatnya.

Andai Hang Jebat tahu bahawa Hang Tuah tidak dibunuh sebaliknya bersembunyi di suatu tempat,  tentu Hang Jebat tidak akan menderhaka dan kisah tragis ini tidak akan terjadi. Mungkin generasi sekarang akan mewarisi sejarah yang berbeza pula.

Agro Tourism

Begitulah serba-sedikit imbauan kisah tragis pahlawan Melaka ini. Meskipun makam Hang Tuah dikatakan di Palembang (dia dikatakan merajuk dengan Sultan Mahmud-sultan terakhir Melaka), namun Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong Melaka merupakan antara bukti kewujudannya.

Perigi ini dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Airnya sangat jernih dan tidak pernah kering walau pun pada musim kemarau. Menurut cerita orang setempat, perigi ini dulunya kecil tetapi menjadi semakin besar (wallahualam).

Agro Tourism

Di sebelah kawasan perigi Hang Tuah, telah dibina Perkampungan Hang Tuah yang tersergam indah. Namun kami tidak berkesempatan singgah.

Lokasi: Perigi Hang Tuah, Semabok, Melaka

Laman Web: Perzim Melaka

 

Taman Mini Malaysia Semakin Menarik

Usai makan tengah hari, kami berkunjung pula ke Mini Malaysia yang merupakan destinasi terakhir kami dalam siri jelajah Melaka ini.

Terletak di Air Keroh dan hanya beberapa meter dari Tol Air Keroh. Pengurusan Mini Malaysia ini sedang menambahbaik fasiliti dan aktiviti yang diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke sini.

Agro Tourism

Tarikan utama di sini ialah pameran rumah-rumah tradisional 13 negeri di Malaysia. Kami sempat singgah di rumah Perlis, Rumah Pulau Pinang, Rumah Kedah, Rumah Melaka dan Rumah Sarawak.

Agro Tourism

Di dalam rumah ini dipamerkan pelbagai peralatan tradisional untuk kegunaan masyarakat zaman dahulu.  Selain itu ada pelbagai demonstari disediakan untuk para pengunjung mengalami sendiri suasana kehidupan masyarakat  Melayu tradisional. Antaranya ialah demonstrasi membuat kuih Melayu di Rumah Pulau Pinang dan melukis batik di Rumah Terengganu.

Agro Tourism

Lebih menarik di rumah Kedah ada kelengkapan perkahwinan disediakan.  Anda boleh menyewa kostum yang disediakan dan bergambar di Pelamin. Bahkan kepada yang ingin mengabadikan memori perkahwinan mereka, bolehlah membuat tempahan untuk membuat majlis kahwin di sini. Ada pakej menarik disediakan.

Agro Tourism

Di rumah Sarawak ada persembahan live daripada seorang pahlawan suka kaum Kadazan bersama alat muzik yang dinamakan sape. Selain itu ada juga demonstrasi membuat manik.

Agro Tourism

Di laman Rumah Perak pula, anda boleh belajar bermain gasing. Selesai bermain gasing, kami berpeluang pula menonton persembahan kebudayaan di pentas utama.

Agro Tourism

Mini Malaysia ini turut terbuka kepada orang ramai untuk mengadakan pelbagai acara dan keramaian. Antara acara yang boleh dianjurkan ialah Majlis Perkahwinan Tradisional, Hari Keluarga, Mkaan Berhidang, Melukis Batik, Bilik Seminar dan Acara Korporat serta Team Building.

 Agro Tourism

Lokasi: Mini Malaysia & Asean Cultural Park, Air Keroh, Melaka

Laman web: minimalaysiaasean.com

Facebook: Kampung Budaya Malaysia & Asean

 

Tamatlah sudah kisah tiga hari pengembaraan kami di bumi Melaka. Ada banyak lagi lokasi menarik yang tidak sempat kami jelajahi. Sebab itu, datang Melaka tidak cukup sehari atau sekali. Kenalah datang beberapa hari dan berkali-kali. Bukan sahaja makanan dan tempat menarik tetapi Agro Tourism pun tidak kurang hebat. Hingga berjumpa lagi di siri Travelogue Malaysia – Johor pula.

 

Colours of Lives Travelogue Malaysia dikendalikan oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia. Manakala 123mamanet.com sebagai rakan media. Terima kasih juga kepada Tourisme Malaysia Melaka.

Terima kasih kepada para penaja Colours of Lives Travelogue Malaysia – Melaka.

Touch ‘n Go Malaysia, Plus Highway, Seremban – Melaka, PLUS Malaysia, Perodua, 888 Tea & Coffee, Marini Naturale Magic, Jabatan Laut Malaysia, Majlis Perbandaran Alor Gajah , Majlis Perbandaran Melaka, Tapai Pulut Sarimah, PNK Resort Melaka Barat, Cucur Udang Alor Gajah, Baju Melayu FZ by Ayana, Big Bibik (Baba & Nyonya), Coconut Shake Klebang, Homestay Kampung Ayer Limau, The Shore Oceanarium Melaka, The Shore Sky Tower Melaka, Perbadanan Muzium Melaka – Official, Melaka Tropical FRUIT FARM, Kuih Keria Haji Jalil Limbongan, Mini Malaysia and ASEAN Cultural Park, Turtle Sanctuary Conservation Center, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Rumah Tradisional Melaka Perigi Hang Tuah

 

BACA : MENGGAMIT CINTA DI SYURGA LIBURAN MELAKA BUMI BERSEJARAH