KULIT CERAH BERSERI DENGAN MELANO CC PURE VITAMIN C BRIGHTENING ESSENCE

Siapa yang tak mahu mempunyai kulit cerah berseri sekalipun tidak mengenakan solekan yang tebal. Melano CC Brightening Essence, esen No.1 untuk pencerahan kulit di Jepun kini sudah berada di pasaran. Melano CC merupakan salah satu jenama di bawah Rohto Mentholatum yang juga mengedar produk Hada Labo. Melano CC telah menawarkan pengguna, satu rangkaian produk yang berkualiti dan efektif untuk memperbaiki masalah kulit, terutamanya pigmentasi dan bintik hitam.

 

Vitamin C Bantu Kulit Cerah Berseri

Vitamin C adalah antara bahan yang paling popular dalam produk pemutihan kulit. Banyak jenama pencerahan dan peremajaan kulit di pasaran mengandungi Vitamin C tetapi bukan semuanya memberikan hasil yang memuaskan. Ini adalah kerana ia tidak dirumus dengan baik.

Vitamin C yang tinggi keberkesannya mempunyai satu kelemahan. Vitamin C yang asli adalah tidak stabil. Ia mudah mengoksida dan merosot. Vitamin C yang sudah merosot boleh merengsakan kulit dan kulit menjadi merah. Selain itu, warna keperangan atau kekuningan disebabkan pengoksidaan dan kemerosotan Vitamin C akan meninggalkan kesan kotor pada pakaian, kain cadar dan tuala anda.

Sekiranya kandungan menjadi kuning, ia juga bermakna keberkesanan serum telah berkurang. Bagi anda yang mahu mendapatkan serum Vitamin C berkualiti, dapatkan serum yang tidak berwarna kerana pewarna boleh menyembunyi sebarang tanda pengoksidaan produk, akibatnya anda mendapat serum yang kurang efektif.

kulit cerah berseri

Kebaikan Paling Mujarab

Di antara kebaikan Vitamin C yang pelbagai bentuk, asid L-Ascorbik di dalam esen Melano CC memberikan kebaikan yang paling mujarab.

Melano CC mempunyai rekaan pembungkusan yang berlainan berbanding dengan botol bentuk penitis yang biasanya digunakan oleh kebanyakan serum lain.  Tiub aluminum yang mempunyai muncung khas memastikan kandungannya ketat udara dan mengelakkan pengoksidaan, agar serum kekal segar dan tidak berwarna seperti ianya kali pertama anda menggunakannya.

 

Rumusan Unik

Selain berjaya menstabilkan dan menginkorposikan formulasi Vitamin C dalan Melano CC Brightening Essence, Vitamin C unik Rohto yang memiliki penembusan tinggi membolehkan bahan aktif pencerahan meresap jauh ke dalam kulit justeru menghalang pembentukan melanin untuk memberi hasil yang lebih baik.

Untuk meningkatkan keberkesanan produk, Melano CC menggabungkan Vitamin C Asli dengan Vitamin E yang mempunyai antioksidan tinggi dan Ekstrak Benih Alpinia, serta bahan anti-radang Dipotassium Glycyrrhizinate untuk memberikan hasil pemutihan yang lebih baik.

 

Kebaikan Mengguna Esen Vitamin C

Terdapat beberapa kelebihan Esen Vitamin C yang patut anda ketahui bag mendapakan kulit cerah berseri. Antaranya mampu membaiki kulit wajah yang kusam, mencerah dan menjadi warna kulit muka lebih sekata agar nampak cerah berseri.

Ia juga  mampu melawan pembentukan bintik hitam, mengurangkan kesan parut jerawat, dan mengecilkan liang roma, melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas. Di samping itu,  esen Vitamin C juga berupaya meredakan kemerahan, menenangkan kulit yang merengsa serta mengembalikan keanjalan kulit wajah.

 

Cara menggunakannya

Melano CC Brightening Essence merupakan produk yang paling disyorkan di laman web kecantikan Jepun. Esen ini tidak berwarna dengan tekstur ringan dan wangian citrus yang segar. Ia juga tidak terasa berminyak atau melekit, amat sesuai untuk cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.

Hanya picit 2 atau 3 esen ke tangan, dan sapu rata pada kulit wajah. Anda juga boleh sapukan lebih untuk tempat bermasalah yang anda ingin fokus.

Biasanya, serum Vitamin C yang baik adalah amat mahal dan perlu dijaga rapi. Walau bagaimanapun, formulasi dan pembungkusan Melano CC bukan saja boleh menjamin keberkesanannya, tetapi harganya juga mampu dimiliki.

 

Hasil Pencerahan Yang Mantap

Selain daripada Melano CC Brightening Essence, Melano CC Brightening Lotion dan Melano CC Brightening Mask turut berada di pasaran. Gunakan Melano CC Brightening Essence terlebih dahulu, diikuti oleh Melano CC Brightening Mask dan akhirnya dengan Melano CC Brightening Lotion bagi mendapat hasil pencerahan yang mantap.

 

Dapatkannya Di Watsons

Anda betul-betul nak kulit cerah berseri? Dapatkan segera produk Melano CC boleh didapati di mana-mana cawangan Watsons seluruh negara dengan harga runcit seperti berikut:

Melano CC Brightening Essence RM59.00

Melano CC Brightening Lotion RM59.00

Melano CC Brightening Mask RM9.90

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.watsons.com.my.

 

(Visited 4,688 times, 1 visits today)