MEMUPUK IQ DAN EQ ANAK MALAYSIA UNTUK HADAPI MASA DEPAN

PARA IBU, PAKAR PEMAKANAN DAN AHLI AKADEMIK DALAM BIDANG PSIKOLOGI PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERSETUJU DENGAN HASIL KAJIAN BAHAWA 96% IBU-IBU DI MALAYSIA MENYEDARI BAHAWA DALAM MASA HADAPAN YANG SUKAR, KEMAHIRAN MENTAL (IQ) DAN EMOSI (EQ) SAMA PENTING.

Walaupun kecemerlangan akademik sering menjadi keutamaan, ibu-ibu di Malaysia menekankan bahawa kecerdasan emosi (EQ) juga sama penting. Ini selaras dengan keputusan perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh Mead Johnson Nutrition Malaysia baru-baru ini.

Pakar telah bersetuju betapa pentingnya untuk menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran IQ dan EQ yang seimbang bagi membolehkan mereka bersiap-sedia untuk menghadapi masa hadapan yang tidak menentu. Ciri-ciri EQ yang penting termasuk keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, keupayaan untuk berempati dengan orang lain, keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik dan kecerdasan sosial.

eq

PENDIDIKAN SEIMBANG DARI SEGI IQ DAN EQ

Pakar-pakar di majlis tersebut adalah Siew Ju Li, pensyarah kanan dan pakar psikologi Fakulti Sains Tingkah-laku dari Universiti HELP dan Celeste Lau Wai Hong, Pengurus Dietetik Pusat Perubatan Sunway. Alina Amir, Presiden Lembaga alumni untuk Teach For Malaysia (TFM) dan pengasas bersama Arus Academy – sebuah platform pendidikan yang komprehensif dan inovatif bagi menyediakan kanak-kanak untuk masa hadapan juga menyertai perbincangan meja bulat.

Tumpuan perbincangan yang berjudul “Memupuk Kanak-kanak Malaysia yang Bersiap-sedia untuk Masa Hadapan” ini adalah mengenai langkah-langkah bagi menyediakan kanak-kanak untuk masa hadapan yang kompleks dan tidak menentu. Ibu bapa perlu memberi didikan yang seimbang merangkumi IQ dan EQ untuk memberi persediaan bagi anak-anak mereka.

Topik yang dibincangkan adalah IQ dan EQ, memupuk kanak-kanak agar mereka bersiap-sedia untuk masa hadapan dan kecerdasan emosi kanak-kanak. Peranan nutrisi dan bagaimana ia mempengaruhi EQ serta kemahiran insaniah yang diperlukan oleh setiap anak untuk bersiap-sedia untuk masa hadapan turut dibincangkan.

Lebih daripada separuh kanak-kanak yang memasuki sekolah dijangka mendapat pekerjaan yang masih belum wujud, maka keupayaan untuk menyesuaikan diri adalah kemahiran yang teras. Ini merupakan mesej penting yang dekat dengan hati kita – diharapkan ibu bapa di Malaysia akan menitikberatkan tentang keperluan ini.

Siew Ju Li, pakar dalam perkembangan kanak-kanak, isu-isu keibubapaan dan kanak-kanak yang berisiko menjelaskan, “Untuk berjaya dalam dunia yang kerap berubah dan berorientasikan teknologi, para pelajar bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dalam seni bahasa, matematik dan sains, malah perlu cekap dalam pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, perlu gigih, bekerjasama dan rasa ingin tahu. Kesemua ini adalah kemahiran yang utama dalam EQ. Kita hanya boleh meramal keadaan pekerjaan pada masa akan datang, namun dengan memperolehi kedua-dua kemahiran ini, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk masa hadapan yang tidak pasti.”

eq

NUTRIEN PENTING UNTUK MEMUPUK PERKEMBANGAN EQ

Apabila ditanya tentang bagaimana nutrisi memainkan peranan dalam perkembangan EQ kanak-kanak, Celeste Lau Wai Hong menjelaskan, “Melalui kemajuan sains dan inovasi teknologi, para penyelidik telah mengenal pasti dua nutrien yang penting untuk kanak-kanak – Membran Globul Lemak Susu (MFGM – Milk Fat Globule Membrane) dan DHA. Kedua-dua nutrien ini bekerjasama untuk meningkatkan perkembangan kognitif, membina daya ketahanan imuniti dan menyokong pengawalan tingkah-laku kanak-kanak.”

Lau juga menekankan kepentingan untuk mendapat rangsangan di samping pengambilan nutrisi yang baik untuk membantu menyokong perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh.

“Adalah penting ibu bapa memberi rangsangan dan nutrisi yang baik kepada anak-anak kerana otak kanak-kanak membesar sehingga tiga kali ganda dalam 2 tahun pertama, dan terus berkembang sehingga mencapai 90% daripada saiz otak dewasa dalam 5 tahun pertama. Kesemua ini membolehkan fungsi kognitif yang optimum dikekalkan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa,” sambung Lau.

Alina Amir, pengasas bersama Arus Academy berkata, “Kami mempunyai matlamat untuk menyemai semangat berinovasi – dengan visi ini, satu hari nanti, kanak-kanak bakal menjadi pencipta atau pakar inovasi dan bukannya pengguna. Sebagai seorang guru, saya percaya bahawa adalah amat penting untuk kanak-kanak mempunyai keseimbangan dari segi kemahiran IQ dan EQ. Keseimbangan adalah kunci bagi persediaan untuk masa hadapan.”

Dalam usaha bagi menyediakan kanak-kanak Malaysia bersiap-sedia untuk masa hadapan, adalah penting untuk mewujudkan perbincangan tentang kemahiran spesifik yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sesi perbincangan ini telah menarik perhatian tentang topik yang penting ini; dan menawarkan penyelesaian untuk ibu bapa di Malaysia.

Mead Johnson Nutrition Malaysia ingin bekerjasama dengan ibu bapa untuk membantu menyediakan anak-anak bersiap-sedia untuk masa hadapan. Inilah sebabnya kami memperkenalkan Enfagrow A+ Baharu yang ditambah dengan MFGM Complex dan 40% lebih DHAbagi membantu menyokong keperluan nutrisi bagi kanak-kanak di Malaysia.

 

BACA 5 KHASIAT LABU KUNING UNTUK BAYI