MENANGANI “3 TAHAP TINGGI” DENGAN ALLIANZ 3H COVER

Sekiranya seseorang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi, darah tinggi atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi, kini berkemungkinan besar akan menghadapi masalah apabila ingin membeli pelan perlindungan.

 

Allianz 3H Cover Allianz Life Insurance Malaysia Berhad menawarkan bantuan kepada mereka yang menghadapi “3 Tahap Tinggi” iaitu kolesterol yang tinggi, darah tinggi atau Indeks Jisim Badan (BMI) yang tinggi untuk menaiktaraf  kualiti hidup mereka.

 

Dengan Allianz 3H Cover dan rider 3H Critical Cover, mereka yang mempunyai “3 Tahap Tinggi” boleh mendapatkan pelan perlindungan sehingga umur 85 tahun bagi empat penyakit kritikal (serangan jantung, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang), kematian serta hilang keupayaan kekal dan menyeluruh (TPD) sebelum umur 65 tahun. Sebelum ini, mereka yang mempunyai penyakit-penyakit ini akan ditolak secara langsung oleh penanggung insurans.

 

“Sehingga kini, bukan mudah untuk mendapatkan perlindungan insurans sekiranya anda mempunyai keadaan yang sedia ada seperti “3 Tahap Tinggi”. Terdapat peluang dimana anda akan ditolak secara langsung oleh penanggung insurans. Masalahnya amat jelas dan itulah sebabnya kami mengeluarkan Allianz 3H Cover,” kata Joseph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad di majlis pelancaran pada hari ini.

 

“Kami ingin memberi warga Malaysia di luar sana peluang kedua dalam kehidupan mereka dan lebih penting lagi, perlindungan yang sewajarnya. Sebagai syarikat insurans, perlindungan adalah perniagaan kami tetapi kami juga ingin meningkatkan kualiti hidup anda. Di Allianz, kami ingin membina rangkaian kesihatan yang mengubah kehidupan dan pemikiran orang ramai ke arah meningkatkan kesihatan mereka,” tambah Joseph.

3 tahap tinggi

Allianz 3H Cover Beri Perlindungan Tambahan Percuma

Sebagai insentif tambahan, Allianz 3H Cover turut menawarkan Perlindungan Tambahan Percuma. Para pelanggan akan menerima peningkatan sebanyak 50 peratus untuk kematian dan perlindungan TPD dan peluang untuk menaik taraf pelan penyakit kritikal mereka kepada pelan 36 penyakit kritikal yang menyeluruh dan komprehensif sekiranya “3 Tahap Tinggi” mereka kembali normal.

 

Allianz Malaysia turut bekerjasama dengan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur, Columbia Asia, Pantai Hospital, Gleneagles Hospitals dan Nestle Omega Plus dalam membina ekosistem yang melindungi, mendidik dan memelihara rakyat Malaysia.

 

Hospital-hospital ini akan mengadakan ceramah kesihatan mengenai topik-topik seperti Mengetahui nombor dan penyakit jantung anda dan Mengurus kesihatan jantung anda sepanjang bulan November sementara advokasi kesihatan jantung, Neslte Omega Plus juga memainkan peranannya dengan Allianz dalam membina masyarakat yang sihat.

 

“Kami mahu orang di luar sana mengetahui bahawa sebagai sebahagian daripada ekosistem ini adalah sama dengan berjanji dengan diri mereka sendiri dan keluarga mereka bahawa mereka tidak akan membiarkan penyakit menguasai  hidup mereka. Mereka mungkin menghadapi masalah dalam mengubah diet atau gaya hidup mereka tetapi perubahan tidak berlaku dalam masa yang singkat. Perubahan adalah komitmen yang berkembang dari masa ke semasa dan kami di Allianz akan memulakan perjalanan bersama anda,” kata Gross.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz 3H Cover, layari allianz.com.my/get-3Hcover.

 

BACA – 7 CARA MENJAGA KESIHATAN BADAN AGAR POWER