CARA LEBIH SIHAT UNTUK MENGGORENG DENGAN AIRFRYER XXL

Tentu ramai di antara kita yang menggemari makanan bergoreng? Apa kata anda cuba menikmati keunikan rasa makanan tersebut menggunakan teknik menggoreng dengan airfryer! Inilah salah satu cara yang lebih sihat untuk menikmati keunikan rasa makanan bergoreng.

 

Lebih-lebih lagi kalau  makanan kegemaran anda adalah ayam goreng berempah dan ikan sumbat sambal, sudah tentu anda mahukan penyediaan makanan sihat demi menjaga kesihatan keluarga.

menggoreng dengan Airfryer

Sahabat Philips (Chef Fikree Aznan, Hui Mathews, dan Careen Tan) berkongsi tip tentang bagaimana mereka memastikan hidangan mereka mempunyai nilai nutrisi yang terbaik.

Menggoreng Dengan Airfryer Berkapasiti Paling Besar

Menurut Pengurus Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel, ibu bapa dan si kecil sering menjadi pengkritik makanan terhebat di dalam keluarga, dan apabila anak-anak amat menggemari makanan bergoreng, ibu bapa biasanya akan menurut sahaja kehendak mereka.

 

Muhammad Ali berkata, “Namun, semakin ramai ibu bapa cuba memastikan hidangan yang disediakan dimasak sendiri demi menjaga kualiti dan bahan-bahan yang digunakan, namun ramai rakyat Malaysia yang sibuk lebih mengutamakan kemudahan apabila memilih makanan. Akan tetapi, makanan yang diproses mungkin mengandungi kadar kalori, lemak, gula dan garam yang tinggi.”

menggoreng dengan Airfryer

Go Seh Lei, pengurus produk Philips Malaysia dan Chef Marina Mustafa menampilkan Philips Airfryer XXL terbaharu yang besar, sihat dan lebih baik.

“Kesannya terhadap kesihatan dapat dilihat apabila 47.7% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes, di mana berat badan yang berlebihan merupakan faktor risiko besar bagi penyakit kardiovaskular, iaitu punca kematian nombor satu rakyat Malaysia tahun demi tahun.Terdapat keperluan yang mendesak untuk membantu rakyat Malaysia menyediakan hidangan sihat dengan cara yang lebih mudah,” tambahnya lagi.

 

“Di Philips, kami menggabungkan pengetahuan mengenai keinginan pengguna dan pembangunan produk berinovasi bagi menawarkan kepada pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng dengan Airfryer yang boleh menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, dan kemudahan yang lebih besar dengan membolehkan mereka memasak lebih banyak makanan sekaligus dengan menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar yang pernah kami keluarkan.

 

Kami memahami bahawa para ibu bapa, terutama sekali ibu, amat mementingkan keupayaan menyediakan makanan yang sihat lagi enak, yang disediakan sendiri di rumah dan kami mahu membantu mereka melakukannya dengan lebih mudah, menggunakan peralatan dapur kami yang berinovasi,” tambah beliau lagi.

This slideshow requires JavaScript.

Lebih besar – Masak lebih banyak hidangan enak dengan Airfryer XXL

Peralatan yang perlu dimiliki untuk menyediakan hidangan yang Airfryer XXL enak lagi menyihatkan di rumah ialah Philips Viva Collection (HD9630/99), Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan anda memasak hidangan untuk seisi keluarga.

 

Saiznya yang lebih besar direka khusus agar anda dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga. Anda tidak lagi perlu memasak berulang kali untuk memenuhi selera semua orang!

 

Anda boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini. Jadi tidak ada masalah untuk membakar atau menggoreng dengan Airfryer.

mengoreng dengan airfryer

Lebih menyihatkan – Menyingkir sehingga 50% lemak daripada makanan ketika memasak

Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa.

mengoreng dengan airfryer

123mamanet pun berkesempatan merasa hasil masakan dengan Philips Airfryer XXL ni.

Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk dan menggoreng dalam kuali.

 

Manakala ciri Turbostar berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi penutup pengurangan lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.

mengoreng dengan airfryer

Anda boleh memanggang seekor ayam bulat sekaligus, atau menggoreng ayam untuk seisi keluarga, menyajikan hidangan sempurna yang rangup di luar dan lembut di dalam, menyingkirkan lemak namun pada masa sama mengekalkan rasa dan jusnya.

mengoreng dengan airfryer

Gemarkan Kentang Goreng?

Dengan menggunakan Airfyer, anda tidak lagi perlu menggoreng kentang menggunakan minyak yang banyak, namun hasilnya yang garing tetap sama enak dan menyelerakan seperti biasa, walaupun digoreng menggunakan 90% kurang lemak .

 

Selain itu, rumah anda juga bebas daripada bau minyak goreng apabila memasak menggunakan Airfryer.

mengoreng dengan airfryer

Lebih baik – Pelbagai guna dan memudahkan

Bagi mereka yang sentiasa sibuk, selain memasak, proses mencuci juga perlu mudah dan cepat. Untuk memudahkan para pengguna, Philips Viva Collection Airfryer XXL didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat.

 

Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.

mengoreng dengan airfryer

Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan pengguna memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak buat seisi keluarga. Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan anda memasak dengan lebih cepat .

 

Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna anda tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. Sama ada anda memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, anda boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C.

 

Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, anda boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan anda lebih kemudahan.

 

Untuk membantu pengguna baru, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami, daripada snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Jadi, selamat menggoreng  dengan Airfryer terbaharu daripada Philips ini.