Hilangkan Gatal Pada Kulit Dengan 5 Petua

Gatal Pada KulitSesiapa yang mengalami masalah kulit yang sensitif macam Mamanet, sila jangan susah hati. Mamanet dah cuba beberapa petua merawat gatal pada kulit secara semulajadi. Alhamdulillah, masalah gatal yang dialami semakin pulih.

Penyebab gatal-gatal pada kulit ada banyak dan bervariasi. Biasanya penyebab utama gatal pada kulit adalah kerana berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul di kulit.

 

Merawat kulit gatal, tidak mudah kalau tak kena caranya. Silap haribulan jika salah merawatnya boleh membuatkan kulit menjadi bertambah gatal yang mana pada akhirnya terjadi jangkitan yang teruk seperti ‘dermatitis’.

 

Baca juga: 6 tanda-tanda keguguran pada awal kehamilan

 

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk merawat gatal kulit, misalnya dengan mengunakan ubat gatal yang banyak dijual di pasaran dan farmasi. Namun, Mamanet lebih suka menghilangkan rasa gatal kulit dengan cara semulajadi kerana ia lebih selamat dan jimat!

 

Berikut Beberapa Cara Merawat  Gatal Pada Kulit Secara Tradisional:

 

  1. Daun SalamGatal Pada Kulit

Tentu ramai yang tahu, daun salam yang digunakan sebagai penambah rasa kesedapan masakan ternyata boleh juga digunakan untuk merawat gatal pada kulit. Caranya mudah sahaja, hancurkan beberapa helai daun salam yang sudah dicuci bersih. Kemudian tempelkan pada mana-mana bahagian kulit yang gatal, tiga kali sehari.

 

  1. Minyak Masak Dan GaramGatal Pada Kulit

Minyak masak dan garam juga boleh menghilangkan rasa gatal kulit. Anda hanya perlu campurkan minyak masak dengan sedikit garam halus. Selepas itu, sapukan pada kulit yang gatal.

 

 

  1. Mahkota DewaGatal Pada Kulit

Selain mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, daun mahkota dewa juga boleh digunakan untuk menghilangkan gatal pada kulit.Hancurkan daun mahkota dwa sehingga halus, kemudian sapukan pada kulit yang gatal.

 

Baca juga: 6 tanda-tanda keguguran pada awal kehamilan

 

  1. Kunyit Dan Daun Hempedu BumiGatal Pada Kulit

Khasiat kunyit memang luar biasa, dipercayai mampu mengatasi pelbagai jenis masalah pada kulit. Untuk merawat gatal pada kulit, ambil kunyit hidup yang sudah tua dan beberapa helai daun Hempedu Bumi.Bersihkan terlebih dahulu kunyit dan daun Hempedu Bumi, tumbuk atau giling sampai lumat. Setelah itu, sapukan ramuan tersebut pada bahagian tubuh yang gatal.

 

 

  1. Minyak Kelapa Dara Dan LemonGatal Pada Kulit

Ambil sedikit air perahan lemon dan campurkan dengan 4 sudu makan minyak kelapa dara. Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang gatal, biarkan selama semalaman. Insya-Allah, masalah gatal pada kulit yang anda hadapi akan berkurangan.

Leave a Reply