Menu oatmeal untuk diet anak

Oatmeal untuk dietCARA ekspress untuk mama masak ialah dengan menyediakan menu oatmeal  untuk diet anak. Tidak perlu menumis atau berlama-lama di dapur untuk sediakan makanan buat si manja.

Makanan untuk anak berusia 6 bulan ke 12 bulan lazimnya ringkas dan diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mama turut digalakkan menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak lalu dan disimpan dalam bekas-bekas kecil. Kaedah ini lebih mudah dan menjimatkan masa.

Namun ada ketikanya ibu mungkin tidak berkesempatan untuk sediakan makanan sejuk beku atau dikisar, mungkin juga kesuntukan masa untuk memasak, maka di sini dikongsikan satu menu yang cukup ringkas dan sangat berkhasiat.

 

Cara-cara menyediakan menu oatmeal  untuk diet anak

Campuran Oat dan KurmaOatmeal untuk diet
Bahan-bahan:
2 sudu besar cooking oat
1 biji kurma (dicincang atau dikisar halus)
Sesudu madu (jika suka)
Air panas
Cara membuat:
1. Masukkan oat dan kurma ke dalam mangkuk.
2. Tuang air panas dalam mangkuk sama paras dengan oat atau lebih sedikit sahaja.
3. Masukkan ke dalam mikrowave selama 30 saat. Atau masakkan di atas dapur selama 1-2 minit.
4. Kacaukan dan lenyekkan kurma bersama oat.
5. Sejukkan dan sedia dihidang. Boleh letak sesudu madu untuk lebih enak.

 

Campuran Oat dan TelurOatmeal untuk diet
Bahan-bahan:
2 sudu besar cooking oat
1 biji telur (dipecah)
Air panas

Cara membuat:
1. Masukkan oat dan telur ke dalam mangkuk.
2. Tuang air panas dalam mangkuk sama paras dengan oat atau lebih sedikit sahaja.
3. Masukkan ke dalam mikrowave selama 5 minit. Atau masakkan di atas dapur selama 10 minit.
4. Kacaukan dan gaul telur bersama oat.
5. Sejukkan dan sedia dihidang.

 

Campuran Oat dan PisangOatmeal untuk diet

Bahan-bahan:
2 sudu besar cooking oat
1/2 biji pisang (dilenyek)
Air panas

Cara membuat:
1. Masukkan oat dan pisang ke dalam mangkuk.
2. Tuang air panas dalam mangkuk sama paras dengan oat atau lebih sedikit sahaja.
3. Masukkan ke dalam mikrowave selama 5 minit. Atau masakkan di atas dapur selama 5 minit.
4. Kacaukan dan gaul pisang bersama oat.
5. Sejukkan dan sedia dihidang.

Selamat mencuba!

Teks: Hifzaila Hafni

Panduanpemakanananak.blogspot.com

Leave a Reply