MESTI CUBA!  CARA CEPAT TIDUR DENGAN 5 MAKANAN TERPILIH INI

Bukan semua di antara kita yang senang nak lelapkan mata. Jadi, jika anda tergolong dalam kategori yang susah tidur, anda patut cuba cara cepat tidur dengan 5 makanan yang disenaraikan ini.

 

Tidur yang tidak lena boleh membuatkan kita sengsara. Apatah lagi jika kita bekerjaya.Tidur yang lena pada malam hari membuatkan tubuh menjadi lebih segar di pagi hari.

 

Berikut Adalah Cara Cepat Tidur Yang Boleh Dicuba.  Lima Jenis Makanan Ini Adalah Soluasi Terbaik Untuk Anda Yang Sukar Tidur.

  1. OATMEAL

Oatmeal merupakan sumber karbohidrat yang  mampu membantu membuatkan mata cepat mengantuk dan tidur dalam keadaan yang lebih tenang.

 

Pengambilan semangkuk oatmeal pada malam hari sangat bermanfaat. Sungguhpun begitu, oatmeal yang mengandungi gula tambahan tidak elok untuk tubuh. Jadi, tambahkan ‘topping’ buah-buahan seperti anggur, pisang ataupun ceri.

cara cepat tidur

  1. PISANG

Pisang mengandungi potassium dan kaya dengan magnesium serta kalium yang boleh membuatkan otot menjadi lebih relaks.

 

Selain itu, pisang juga mengandungi tryptophan yang dapat bertindakbalas menjadi serotonin dan melatonin yang mampu membuatkan otak kita berasa lebih tenang dan mudah mengantuk. Sebaiknya makan pisang dua jam sebelum tidur.

cara cepat tidur

  1. KACANG ALMOND

Anda yang sukar tidur boleh menjadikan kacang almond sebagai kudapan malam sebelum tidur. Kacang almond ini mampu membuatkan mata lebih cepat mengantu. Kandungan magnesiumnya mampu memberikan kita kualiti tidur yang lebih baik.

Di samping itu, jumlah proteinnya juga berupaya membantu menjaga kadar gula dalam darah.

 

Kacang yang sedap ini juga boleh anda jadikan kudapan agar tidur lebih cepat dan nyenyak. Kandungan magnesium di dalamnya membuat otot-otot mengendur sehingga Anda merasa lebih tenang, tidur pun lebih cepat. Boleh juga dikisar dan diminum bersama susu.

cara cepat tidur

  1. SUSU

Segelas susu panas juga dapat membantu mempercepatkan rasa mengantuk. Ini adalah kerana minuman tersebut mengandungi tryptophan serta nutrisi tinggi yang berupaya mengurangkan stress  sehingga otak menjadi lebih relaks sehingga kita rasa cepat mengantuk.

cara cepat tidur

  1. TELUR REBUS

Kekurangan protein boleh membuatkan kita mengalami gangguan tidur. Salah satu sumber protein tinggi ialah telur. Menikmati telur rebus pada malam hari  boleh membuatkan tidur kita lebih nyenyak pada malam hari.

cara cepat tidur

Itulah beberapa cara cepat tidur yang boleh dipraktikan jika anda mengalami kesukaran untuk tidur pada malam hari.

 

BACA: CARA ATASI SUSAH TIDUR WAKTU MENGANDUNG