MILIKI SET HADIAH EKSKLUSIF MUSIM PERAYAAN DARIPADA GUARDIAN MALAYSIA

Mencari set hadiah eksklusif dengan harga yang berpatutan? Jom ke Guardian, kerana Guardian Malaysia, peneraju rantaian kesihatan dan kecantikan runcit di tanah air kini mencipta satu trend untuk sambutan musim perayaan ini dengan menampilkan set-set hadiah eksklusif.

Baru-baru ini telah diadakan satu sidang media oleh Ms Wong Vai Chi, selaku Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk  berkualiti  pada harga yang sangat berpatutan.

Menurut Vai Chi, 80 set hadiah yang cukup menarik, praktikal dan berguna telah dipilih daripada beberapa jenama antarabangsa eksklusif Guardian dan Jenama Sendiri (Own Brand) yang melambangkan nilai hebat untuk wang.

“Terdiri daripada barangan kosmetik, beg, penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan tangan, set mandian, wangian, set berus dan banyak lagi. Kami pasti anda akan menemui hadiah yang tepat untuk orang yang tersayang, keluarga, dan sahabat handai, tidak kira umur dan gaya hidup mereka,” jelas beliau.

set hadiah

Set Hadiah Pada Harga Berpatutan

Vai Chi turut menjelaskan bahawa Guardian telah membina reputasi selama bertahun-tahun dalam memenuhi keperluan pelanggan atau pengguna untuk produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Kami percaya para pelanggan akan gembira dengan pilihan, kualiti serta harga yang kami tawarkan. Kami berjaya menjadi peruncit utama dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Selaku pakar dalam kesihatan kecantikan, kami berbangga dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pelanggan. Set-set hadiah ini, yang merupakan siri kedua kami, adalah sejajar dengan polisi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan tanpa mengira apa jua musim!

set hadiah

 

Your Personal Guardian

Di  majlis pelancaran itu, Vai Chi turut memberitahu, ‘Your Personal Guardian’ diwujudkan untuk membantu pelanggan memilih hadiah yang ideal untuk orang yang mereka sayang.

“Mulai 10 Disember 2018, dapatkan khidmat ‘Your Personal Guardian’ yang boleh dikenal pasti dengan mudah dengan lencana yang mereka pakai. Jika anda buntu apa yang patut dihadiahkan buat ibu saudara atau adik perempuan remaja anda, sila dapatkan cadangan hadiah daripada ‘Your Personal Guardian’.

Setiap pelanggan yang membeli hadiah yang disyorkan oleh ‘Your Personal Guardian’ akan menerima beg membeli-belah percuma daripada Guardian.

Promosi ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ Guardian Malaysia bermula pada 29 November 2018 di seluruh 430 stornya dan bakal berakhir pada 31 Disember 2018.

set hadiah

Untuk kekal relevan dengan pelanggan dalam arus zaman yang sentiasa berubah, Guardian Malaysia akan melancarkan ‘Your Personal Guardian’ di Facebook Messenger pada bulan Disember. Ia bertujuan membantu  dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mendapatkan set hadiah yang sesuai untuk orang tersayang melalui kuasa chat.

Maklumat lanjut,  layari:

Guardian Malaysia atau www.facebook.com/GuardianMalaysia

 

(Visited 10,836 times, 1 visits today)