SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS WANGIAN SEJUTA KEINDAHAN BUAT YANG TERSAYANG!

Adakah anda gemarkan hadiah minyak wangi? Set hadiah Enchanteur Paris ini hadir untuk melengkapi hari-hari anda!

 

ENCHANTEUR  adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti yang sentiasa mengikuti peredaran masa dan diinspirasikan keunggulannya daripada haruman Perancis.

 

Bahkan wangian ini dicipta dengan begitu unik sekali bagi menghidupkan detik-detik romantis di setiap perjalanan percintaan seorang wanita!

Enchanteur Paris

Set Hadiah Paling Ideal

Set hadiah sebegini sangat serbaguna, ideal untuk dijadikan hadiah ataupun buah  tangan. Tak semestinya sebagai hadiah hari jadi sahaja. Lagipun cara pembungkusannya sangat kemas, dan cantik serta  lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.

 

Pemberian wangian sebegini umpama seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga yang harum semerbak.Haruman ini turut mengabungkan unsur simbolik keintiman dan kemewahan. Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian.

Enchanteur Paris

5 Set Wangian Enchanteur

Kelima-lima set wangian ini tersendiri, disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai dijadikan hadiah. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini juga  sesuai dijadikan hadiah dan kejutan kerana ia mudah dibawa di dalam beg tangan.

 

  1. Set Hadiah Edt Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang cukup menyenangkan dengan penuh kesegaran.Manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta).

 

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang sentiasa mekar. Ia direka khas dengan unik sekali bagi mengekalkan mood manis sepanjang hari.

 

Wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben,seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris.

 

  1. Set Hadiah Edt Mini Enchanteur Paris (Mon Amie & Adore)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah dengan cukup istimewa.

 

Mon Amie adalah aroma personaliti menawan yang mempunyai kuasa memikat. Manakala wangian Adore pula menggambarkan haruman si pemakai yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam.

 

  1. Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml. Kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.

 

Diformulasikan dengan tekstur ringan dan tidak berminyak, membuatkan si pemakai berasa lebih selesa untuk beraktiviti.

 

  1. Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie And Charming)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam.

 

Set ini melengkapi gaya hidup si pemakai yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza.

 

Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat.

 

  1. Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Romantic)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu.

 

Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang bagi menjadikan setiap detik bersama berharga.

 

Enchanteur Paris Miniature EDT Gift Sets – RM34.90 (SM & SS)

Enchanteur Paris Mon Amie Gift Sets berharga RM23.50 (SM & SS)

Enchanteur Miniature Gift Sets – RM34.90 (SM)/RM36.70 (SS)

 

BACA: HARGA RUNTUH DI GUARDIAN SETIAP MINGGU SETIAP BULAN.