MIS CLAIRE JENAMA ‘PLUS-SIZE’ BUAT WANITA BERAYA DENGAN ANGGUN MENAWAN

SEINDAH NAMANYA, SEANGGUN REKAANNYA. MIS CLAIRE UNTUK WANITA PLUS-SIZE. JENAMA TEMPATAN INI SENTIASA FOKUS PADA GAYA KEMAS, ANGGUN DAN PEMILIHAN MATERIAL YANG TERPERINCI BAGI MEMASTIKAN KESELESAAN WANITA BERTUBUH BESAR.

 

Sempena Aidilfitri 2017, Mis Claire mengeluarkan koleksi Raya dengan rekaan, corak dan warna yang menawan. Saiz yang tersedia ialah dari 2XL sehingga 7XL.  Berbahagialah gadis-gadis dan wanita yang sering mengeluh kerana tidak ada saiz yang sesuai waktu membeli-belah baju raya. Kini, semua saiz dengan rekaan memikat tersedia untuk anda.

 

Koleksi Aidilfitri Mis Claire kali ini merangkumi empat koleksi iaitu Minimalistik, Noir, Garland dan Floral. Bagi yang jauh dan sibuk bolehlah tempah secara online. Mudah saja, hanya klik website MIS CLAIRE dan pilih saja mana yang anda mahu. Dalam tempoh yang singkat, ia pasti sampai di depan pintu.

 

Paling syok, harganya memang sangat berpatutan dan mampu milik. Bayangkan sehelai baju hanya RM60. Jika anda beli set pun dengan harga promosinya, pasti tidak akan lebih RM150! Hebat tak? Mana nak dapat, kan? Confirm raya sakanlah kita tahun ni!

plus-size

 

KOLEKSI RAYA MIS CLAIRE UNTUK WANITA TAMPIL YAKIN & BERGAYA

 

1. KOLEKSI MINIMALISTIK

SET KEBAYA MINIMALISTIK

Siapa kata orang plus-size tak boleh pakai kebaya? Ha, ini buktinya. SET KEBAYA MINIMALISTIK ini merupakan pilihan tepat untuk menghadiri majlis rumah terbuka atau kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara. Potongan yang menyerlahkan gaya kewanitaan dengan warna polos memberikan kesan elegan apabila diserikan dengan kerongsang atau dokoh. RM158 (tidak termasuk kerongsang).

plus-size

 

KURUNG MODEN RENDA

Miskipun konsep minimalis ditampilkan, si pemakai tetap mampu tampil bergaya dengan renda berjurai. Baju kurung moden renda ini nampak ringkas tetapi anggun. Koleksi RUFAH MINIMALIST RUFFLE TOP ini diperbuat daripada fabrik cotton dan pastinya tidak panas. Sesuai digayakan dalam cuasa Khatulistiwa yang panas dan lembap ini.

 

Ropol yang berjurai di tepi menyerlahkan konsep moden yang comel digayakan. Ada pelbagai pilihan warna sangat warna pilihan dan sesuai digayakan dengan skirt atau pun seluar. Tersedia dari saiz 2XL-7XL. RM79/top. RM130 (top+skirt).

plus-size

 

KURUNG MODEN STAIL “NEELOFA”

Ringkas tetapi elegan. Itulah yang boleh digambarkan pada rekaan kurung moden yang diinsprasikan daripada personaliti popular Neelofa. Mengambil sempena nama beliau, pasti si pemakai akan mendapat aura si cantik manis ini.

 

Kekal dengan unsur minimalistik, set kurung moden DHOHA DOUBLE SLEEVE ini tetap memberikan gaya ranggi dengan lengan kembang ala gaya ‘pop yey yey’. Tersedia dari saiz 2XL-7XL. RM79/baju. RM130 (baju+skirt).

plus-size

 

PEPLUM BERSILANG

Peplum memang selalunya bukan jadi pilihan si plus size. Namun, lihatlah rekaan FOUZIA FAUX-WRAP TOP ini, anda pasti tidak sabar hendak menggayakannya.  Itulah kelebihan Mis Claire, bijak mengenakan potongan sesuai untuk memenuhi kehendak pasaran plus size.

 

Jadi, lepas ni tidak usah fikir banyak kali. Pilih saja peplum daripada Mis Claire ini. Hebatlah gaya cik adik dan cik akak untuk raya tahun 2017 ini. Tersedia dari saiz 2XL-7XL. RM79/top. RM130 (top+skirt).

plus-size

2. KOLEKSI NOIR

 

KEBAYA RIAU

Koleksi tradisional BINTANG KEBAYA RIAU TOP ini memang menyerlahkan gaya kewanitaan. Warnanya yang polos diserikan dengan sulaman benang emas di lipatan kebaya dan lengan. Tambahkan aksesori seperti kerongsang untuk menyerlahkan penampilan si pemakai. RM99/top. RM150 (set).

 

plus-size

KURUNG PAHANG

BULAN KURUNG PAHANG TOP memang sesuai untuk korang digayakan pada pagi Aidilfitri. Baju kurung Pahang memang terkenal dengan potongan pesak gantungnya yang memberikan ilusi ramping pada bahagian pinggang. Diperbuat daripada fabrik cotton polyblend dengan sulaman benang emas pada kaki baju dan lengan untuk memberikan kesan autentik Melayu pada pakaian. RM99/top. RM150/set (promosi). Saiz 2xl – 7xl. Ada 4 pilihan warna.

plus-size

3. KOLEKSI GARLAND

 

KURUNG MODEN EMPIRE

Terdiri daripada tiga koleksi iaitu KURUNG MODEN EMPIRE, KURUNG MODEN PEPLUM dan JUBAH GARLAND. Antara variannya ialah SAFFRON GARLAND KURUNG EMPIRE TOP yang diperbuat daripada fabrik Bubble Crepe. Baju dan kain boleh dibeli berasingan. Didatangkan dengan saiz 2XL, 4XL dan 6XL. RM60/top. RM120/set.

plus-size

 

JUBAH GARLAND

Jubah tetap fenomena dalam fesyen muslimah. Koleksi JUBAH GARLAND ini bermotifkan corak floral halus yang unik dan romantik sama seperti kurung moden Garland. Bolehlah pakai sedondon dengan adik-beradik atau anak beranak. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat si pemakai nampak langsing walaupun coraknya penuh. RM100.

JUBAH GARLAND

4. KOLEKSI FLORA

Koleksi Floral ini direka dengan dua varian iaitu moden dan tradisional. Dengan potongan dan keunikan motif floral yang ditumpukan hanya pada lengan, kaki baju dan kaki kain menjadikan corak floral sajak untuk digayakan oleh si plus-size.

Pilihlah sama ada KURUNG MODEN BABYDOLL, KURUNG MODEN PEPLUM atau KEBARUNG FLORAL kerana anda pasti kelihatan langsing tatkala menggayakannya.

KEBARUNG FLORAL

KEBARUNG FLORAL adalah gabungan dua rekaan klasik, kebaya dan kurung yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini. Set kebarung moden rekaan floral, eksklusif dari Mis Claire bakal menyerlahkan lagi penampilan si pemakai pada hari raya pertama.

plus-size

KURUNG MODEN BABYDOLL

KURUNG MODEN BABYDOLL yang cute ni bolehlah digayakan pada hari kedua dan KURUNG MODEN PEPLUM untuk raya ketiga.  Koleksi ‘HOT’ ini bakal muncul di pasaran beberapa hari sahaja lagi. Pastikan anda sentiasa update Mis Claire.  Saiz 2XL – 7XL. RM130/SET.

 

plus-size

 

Cabar diri anda untuk menggayakan koleksi Mis Claire khusunya yang bercorak floral pada hari raya ini. Paling penting harga untuk sepasanga sangat menarik iaitu tak lebih dari RM150 sahaja! Macam bukan harga plus-size kan?

 

Cepat! Buat tempahan online sekarang MIS CLAIRE sebelum kehabisan stok!

Facebook: Plussize.misclaire

Instagram: Plussize_misclaire

Hashtag: #misclaireraya2017  #iwearmisclaire

Showroom Mis Claire:
35, 1st Floor, Jalan SS 23/15, Taman SEA Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi: Selasa – Sabtu (11.00 am – 5.00 pm)
Tel: 03-7887 6008
Waze ‘MIS CLAIRE’