Mudahnya beri anak makan sayur

anak makan sayur

Kredit: waterforhealth

Anak makan sayur. Dewasa ini, anak dan sayur seolah-olah musuh ketat. Apatah lagi dengan kebanjiran makanan segera yang begitu mudah didapati dan disediakan. Dengan perisa yang enak, anak-anak menjadi fobia pada rasa asli sayur-sayuran. Bagaimana hendak menghentikan peperangan ini? Bagaimana hendak memberi anak makan sayur?

Ikuti panduan mengatasi masalah memberi anak makan sayur ini oleh Puan Hifzaila Hafni.

Pagi ini saya belek-belek buku Annabel Karmel – What To Feed When; macam lama tak jengah buku tu maklumlah anak dah boleh makan macam-macam. Jadi tak ada nak cari resipi untuk anak sangat dalam buku (padahal anak baru 2 tahun lebih).

Annabel Karmel ialah pakar pemakanan dan nutrisi untuk bayi dan kanak-kanak. Beliau telah menulis lebih 22 buah buku yang terjual lebih 4 juta naskhah di seluruh dunia.
Buku beliau yang saya ada yang ini:Annabel-Karmel books

Buku ni, saya beli masa KLIBF, 2 tahun lepas kot. Memang murah lah sebab bukan buku baru. Dan saya memang dah berniat sekurang-kurangnya nak ada satu buku Annabel ni.

Saya banyak rujuk buku ni masa Fuaad dah mula makan makanan pejal hingga umurnya hampir 2 tahun. Lepas dia dah boleh makan apa yang kami makan, saya dah mula lupa dah buku ni. Sebenarnya, dalam buku ni ada panduan pemakanan untuk anak hingga umur 3 tahun. Jadi, lama boleh pakai ni. Kalau Fuaad dah lepas fasa 3 tahun, boleh guna untuk adiknya pula. Insya-Allah.
Salah satu isu yang merunsingkan kebanyakan ibu bapa adalah anak-anak yang susah nak makan sayur. Tapi, kadang-kadang sebab ibu bapa juga tak makan sayur, maka memang tak hairan lah kalau anak pun susah nak terima. Tapi bagi famili yang dah biasa ada hidangan sayur, cuma anak kurang gemar, jalan penyelesaiannya bukanlah dengan mengikut sahaja kehendak anak tapi cuba juga terus tawarkan dia dengan sayur-sayuran yang dia suka.
Fuaad pun memilih juga sayur, tapi dia tetap makan. Cuma bila dia dah separuh kenyang, dia dah tak mahu sayur tu. Hmmm.
Satu nasihat yang dikongsi oleh Annabel dalam buku ini berkenaan anak yang susah nak makan sayur, nasihat beliau:
Ibu kena kreatif!zucchini-soup-1234757_640
  • ‘Sembunyikan’ sayur-sayuran dengan cara mengisarnya terlebih dahulu, kemudian campurkan dalam sos tomato. Ni kalau untuk resipi pasta, sesuailah. Contohnya spagheti blognaise.
  • Tambahkan sayur-sayuran yang telah dilenyek atau puri sayur-sayuran ke dalam sup, stew atau kuah.
  • Selitkan salad, tomato atau timun yang dihiris nipis atau halus dalam sandwic, wrap atau lasagna. Kalau buat topping pizza, boleh letak capsicum di bawah parutan keju.
  • Sewaktu buat kentang lenyek, boleh buat karot lenyek juga. Campurkan sikit. Selain warna yang lebih menarik, rasanya juga lebih sedap.
  • Sesekali tawarkan sayur yang boleh dimakan mentah, macam timun atau tomato. Timun boleh dipotong jejari, tomato boleh dipotong dadu. Manalah tahu, anak kita minat sayur mentah yang segar macam ni. Boleh cuba ajar dia cicah dengan mayonis (untuk anak yang lebih 2 tahun).
  • Cuba perkenalkan dengan sayur-sayuran pelbagai warna dan bentuk. Macam brokoli, putik jagung atau asparagus. Tapi pastikan sayur-sayuran ini dicelur dahulu ya. Brokoli boleh diceraikan kepada floret (lebih menarik bagi anak) untuk mudah dipegang dan dimakan.
Kalau anak tetap sukar nak terima sayur, atau kita risau akan nutrisi yang diperolehinya, boleh cuba berikan multi vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak.
Fuaad juga saya berikan vitamin tambahan bergantung kepada keperluan. Asalkan dia sihat dan cukup zat. Insya Allah.
Semoga bermanfaat untuk bantu anak makan sayur agar dapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang baik.
Dipetik dengan izin dari http://hifzaila.blogspot.my/

Leave a Reply