NAK LANGSING? CUBA 7 MINUMAN UNTUK KURUS INI!

Tidak ramai yang tahu ada cara mudah untuk menurunkan berat badan iaitu dengan pengambilan beberapa jenis minuman untuk kurus sebelum tidur.

Bagi yang mempunyai kelebihan berat badan tentu sahaja mempunyai keinginan untuk kurus. Namun, ramai di antara kita yang berasa amat sukar untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat dan memperbanyakkan senaman serta mengatur jadual pemakanan.

Banyak makan, banyak tidur dan kurang bersenam bukan sahaja membuatkan berat badan kita bertambah. Bahkan perut kita juga jadi semakin buncit!

Ada bermacam-macam cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Salah satunya adalah dengan cara semulajadi iaitu dengan pengambilan minuman untuk kurus sebelum tidur.

Ini adalah kerana ketika tidur, metabolisme tubuh bekerja lebih lambat jika dibandingkan sewaktu kita berjaga. Pengambilan minuman untuk kurus ini boleh membantu mempercepatkan metabolisme dan membakar kalori ketika kita sedang tidur.

BACA: 6 TIP DIET YANG BETUL, BUAT PASTI KURUS

LIKE & SHARE MAMANET

minuman untuk kurus

BERIKUT BEBERAPA JENIS MINUMAN UNTUK KURUS YANG BOLEH DIPRAKTIK SEBELUM TIDUR:

  1. AIR MASAK

Air masak adalah minuman semulajadi terbaik yang sangat diperlukan oleh badan kita.

Selain dapat menghindari diri kita daripada pelbagai penyakit, air masak juga ternyata berfungsi dalam proses menurunkan berat badan kita.

minuman untuk kurus

  1. SUSU SOYA

Ada zat tryptophan dan melatonin di dalam susu soya yang memabntu membakar lemak dan meningkatkan metabolisme sehingga badan kita terasa lebih segar ketika bangun tidur. Kualiti tidur kita pun akan menjadi lebih baik jika minum susu soya. Di samping itu, proses membuang air besar juga menjadi lebih lancar.

minuman untuk kurus

  1. SUSU SEGAR

Susu segar panas adalah pilihan yang tepat untuk menurunkan berat badan. Kandungan tryptophan dan kalsium akan melancarkan metabolisme.

minuman untuk kurus

  1. TEH HIJAU

Minum teh hijau tanpa gula sebelum tidur akan membantu tubuh mempercepatkan metabolisme, membakar kelebihan lemak dan mengurangkan nafsu makan.

Pengambilan teh hijau ketika bangun tidur dan sebelum makan akan membantu proses penuruan berat badan.

minuman untuk kurus

Kandungan antioksidan yang tinggi, terutama catechin dan  kafien akan mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak dalam badan, sehingga meransang terjadinya penurunan berat badan.

 

  1. TEH CHAMOMILE

Secawan teh chamomile sebagai minuman untuk kurus ternyata dapat meningkatkan suhu badan dan membakar lebih banyak lemak.

Lagipun teh chamomile ini kaya dengan kalsium, kalium,vitamin A, magnesium dan flavonoid iaitu mineral yang membantu menjaga diet seimbang yang efektif.

minuman untuk kurus

 

  1. KOPI HITAM

Kopi hitam tanpa gula juga termasuk dalam kategori minuman untuk kurus. Ini adalah kerana kafein yang terkandung pada kopi ternyata dapat membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama sehingga keinginan untuk menikmati makanan pun jadi semakin berkurangan.

Selain itu, kopi hitam juga merangsang thermogenesis yang dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori dengan lebih cepat.

Namun, perlu ingat elakkan mengambilnya secara berlebihan kerana kandungan kafeinnya yang tinggi akan memberikan efek buruk pada kesihatan badan kita. Memadai, minum sekali atau dua kali sehari sahaja.

minuman untuk kurus

  1. JUS BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Pengambilan jus buah atau sayur-sayuran (tanpa ditambah dengan gula) yang kaya dengan serat secara teratur pada setiap malam juga boleh membantu kita mengawal berat badan.

Kandungan serat akan membuatkan perut kita berasa kenyang sehingga dapat mengurangkan nafsu makan kita. Selain membantu menrunkan berat kandungan serat dalam minuman ini juga akan melancarkan lagi proses penghadaman perut kita.

minuman untuk kurus

Sekalipun ingin memiliki tubuh yang langsing, namun kita tetap perlu lebih berhati-hati dalam memilih minuman diet ini.

Fahami juga jenis minuman yang berbahaya untuk diet serta minuman untuk kurus supaya usaha kita untuk menurunkan berat badan secara sihat tidak sia-sia!