JOM BERCUTI DI KEDESAAN NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Bercuti tidak semestinya kita perlu pergi jauh-jauh dengan sejuta pelan perjalanan yang sukar untuk direalisasikan. Cubalah rasai keseronokan beriadah dalam suasana desa di Natasya Riverside Resort Gopeng di Kampung Jahang, Gopeng, Perak ini!

 

Jemputan sempena Program Bersama Media di Natasya Riverside Resort Gopeng oleh usahawan terkenal yang juga pemilik Perwanza Propeties & Trading Sdn Bhd, Dato’ Suhaimy bersama founder Natasya Skincare, Datin Muniroh  tidak dilepaskan begitu sahaja.

 

Meskipun baru dibuka pada bulan Mei, 2017 yang lalu, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Kini 8 unit kabin jenis dua tingkat sedang dibina dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 25 Disember ini.

 Natasya Riverside Resort Gopeng

Natasya Riverside Resort Gopeng Penginapan Yang Cukup Selesa

 

Di samping mahu menikmati suasana dusun yang dipenuhi dengan banyak pokok durian, mahu juga meninjau dekorasi dan keselesaan penginapan di dalam kabin atau kontena ini. Selain itu, turut terdapat 5 buah rumah kayu, yang mana salah satunya adalah bilik eksekutif.

Natasya Riverside Resort Gopeng

Natasya Riverside Resort Gopeng

Terdapat 19 buah kabin, dan setiap satu kabin mempunyai tiga buah katil bujang dan satu bilik air. Meskipun hiasan dalaman bilik berkenaan sederhana, namun bilik berhawa dingin ini sangat selesa untuk didiami.

Natasya Riverside Resort Gopeng

 Natasya Riverside Resort Gopeng

Sesuai Untuk Hari Keluarga Dan Aktiviti Syarikat

Bagi yang ingin mengadakan hari keluarga, brainstorming, team building ataupun company trip, lokasi pilihan sudah tentunya yang selesa dan lengkap segala kemudahan.

 

Natasya Riverside Resort boleh dijadikan salah satu pilihan kerana mereka sememangnya mengalu-alukan syarikat korporat atau badan-badan kerajaan dan swasta untuk datang ke sini.

 

Setakat ini penginapan di dalam kabin mampu memuatkan 78 peserta, namun apabila kabin dua tingkat siap dibina nanti, keseluruhan bilangan peserta bertambah menjadi 120 orang.

 

Lagipun dewan seminarnya luas, berhawa dingin dan selesa serta lengkap dengan PA System .

 

Bab makan pun, ok sebab sudah termasuk dalam pakej. Ada banyak pilihan. Pilih sahaja yang mana satu. Nak buffet masakan kampung, steamboat ataupun BBQ. Semuanya disediakan.

Natasya Riverside Resort Gopeng

 

DAPATKAN VIDEO MENARIK!!!KLIK SINI

 

Ada Banyak Aktivit Menarik

Terdapat banyak aktiviti  yang menarik ditawarkan  dalam pakej  Natasya Riverside Resort ini. Bagi yang tidak berani untuk melakukan aktiviti lasak, bolehlah berbasikal di sekitar kawasan resort ini. Tidak pun menunggang kuda dan bersiar-siar sambil menghidup udara segar.

Natasya Riverside Resort Gopeng

Flying fox, white water rafting, river tubing, waterfall abseiling, jungle trek, caving (Gua Tempurung), sunset hiking dan Rafflesia trekking  antara aktiviti  lasak yang tersenarai di dalam pakej tersebut.

Natasya Riverside Resort Gopeng

Alamilah percutian menarik  dan sangat adventurous di Natasya Riverside Resort ini. Sesiapa yang suka suasana alam, tempat santai dalam dusun durian, inilah tempat yang menarik. Lagipun harga yang ditawarkan sangat berpatutan!

Natasya Riverside Resort Gopeng

Natasya Riverside Resort Gopeng

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut  termasuk pakej dan harga yang ditawarkan boleh melayari FB Natasya Riverside Resort.

 

BACA – DOMPET NIPIS? CUBA 5 IDEA PERCUTIAN BAJET KELUARGA