‘RIDE AND MOVE’ GAYA HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN NATURE’S HEART

Nature’s Heart nampaknya begitu komited untuk menawarkan makanan dan minuman lebih sihat dengan kualiti,  rasa dan nilai luar biasa.

Lantaran itu mereka menyarankan lebih ramai individu agar aktif melakukan aktiviti ‘ride and move’ yang menunjukkan bagaimana makanan dan minuman lebih sihat mampu memberi tenaga yang diperlukan untuk menyempurnakan pelbagai tugasan harian, tidak terkecuali aktiviti kecergasan!

Bertemakan ‘Ride and Move As One with Nature’s Heart’, pada masjlis tersebut para tetamu telah diperkenalkan dengan kelas menunggang basikal di dalam kawasan tertutup yang lebih bertenaga, sistem bunyi dan lampu yang canggih, diketuai oleh para jurulatih di sebuah studio pakar kecergasan terkemuka di Kuala Lumpur.

Nature’s Heart

Rakyat Malaysia Perlu Lebih Sihat

Kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan bahawa 47.7% orang dewasa mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Bahkan hampir 17.7 peratus orang dewasa mengalami obesiti merujuk pada klasifikasi World Health Organization (1998) , manakala kira-kira satu daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan. Ini jelas menujukkan rakyat Malaysia hari ini perlu hidup dengan gaya hidup lebih sihat!

Kaji selidik sama menunjukkan bahawa 94% orang dewasa di Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi , sedangkan serat merupakan elemen penting bagi diet yang sihat dan seimbang.

Produk-produk Nature’s Heart terkenal dengan manfaat kesihatannya dimana sumbernya diambil dari negara-negara terpilih termasuklah Australia, India, Turkey dan Amerika Syarikat.

Nature’s Health berhasrat untuk memberikan kemudahan, rasa sedap, serba boleh dan harga berpatutan bagi membantu memulakan gaya hidup sihat dengan lebih mudah dan menerusi gaya hidup seperti ini kerana snek dan makanan boleh diambil terus atau ditambah secara mudah ke dalam makanan dan minimum untuk manfaat nutrisinya.

Dibungkus di dalam beg yang boleh ditutup, pengguna boleh mengamalkan pengambilan dalam jumlah sewajarnya dengan mengambil kadar yang diperlukan sahaja, kemudian menyimpan kadar selebihnya tanpa perlu dibazirkan.

Nature’s Heart

Terrarium Nature’s Heart

Untuk bersedia menjalani sesi senaman yang mencabar, YouTuber Kecergasan No. 1 Asia, Joanna Soh menganjurkan satu bengkel yang menghasillkan terrarium yang boleh dimakan daripada produk-produk Nature’s Heart, sekali gus memberikan para peserta lebih banyak sebab untuk menikmati snek dan makanan Nature’s Heart kegemaran mereka.

“Aktiviti Spinning boleh membakar 400 sehingga 600 kalori setiap jam.  Jika anda menjalankan aktiviti berintensiti tinggi seperti ini, anda memerlukan makanan yang bagus. Terrarium yang boleh dimakan ini sememangnya mempunyai rupa yang menarik dan sedap dimakan. Dengan menggunakan produk Nature’s Heart Biji Chia, Kranberi Kering, Kacang Campuran Panggang dan Biskut Oat dengan Kismis sebagai bahannya, ia dapat membantu memberikan manfaat nutrisi. Ideal sebagai snek selepas anda menamatkan senaman yang mencabar atau dijadikan sarapan yang istimewa,” jelas Joanna Soh.

Para peserta terdiri daripada mereka yang tidak pernah menghadiri kelas seperti ini. Mereka mendapati senaman itu cukup mencabar dan gembira untuk menikmati terrarium Nature’s Heart yang telah tersedia dan boleh terus dimakan.

Menurut Pengurus Produk – Jenama Penjagaan Kesihatan Sendiri, Guardian Health and Beauty, Mr Tan Eu Jin, jenama Nature’s Heart’s popular dengan snek yang mudah dinikmati seperti kacang panggang, buah-buahan kering dan biskut ditambah dengan biji chia dan bili flax giling yang merupakan minuman dan makanan yang sihat.

 Nature’s Heart

Snek Padat Penuh Kebaikan

“Matlamat Nature’s Heart’s adalah untuk menghasilkan snek yang padat dengan kebaikan, dan sedap untuk dinikmati. Wujud tanggapan awal bahawa snek dan makanan yang sihat rasanya kurang enak dan tidak menyelerakan berbanding makanan kurang sihat. Nature’s Heart sedang berusaha untuk mengubah mitos ini dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang membolehkan lebih ramai orang mencuba cara kreatif untuk menambah snek, minuman dan makanan yang sihat ke dalam diet.”

“Status kesihatan rakyat Malaysia berdasarkan hasil kajian Kementerian Kesihatan membuatkan kami ingin mencari satu pilihan lebih sihat yang boleh menambah kebaikan ke dalam diet harian dan pada masa yang sama mudah, harga berpatutan, versatil dan sedap dimakan. Nature’s Heart mempunyai semua ciri tersebut. Harganya berpatutan dan mudah didapati melalui lebih 400 buah kedai Guardian di seluruh negara dan e-stor Guardian,” kata Mr Tan lagi.

“Produk-produk ini boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Satu tip berguna untuk mereka yang rasa sukar untuk membuat perubahan diet adalah dengan fokus kepada satu hidangan setiap hari seperti sarapan. Kemudian masukkan diet yang baik dan lebih berkhasiat ke dalam setiap hidangan lain secara perlahan-lahan. Sama juga dengan kecergasan, periksa dulu tahap kecergasan anda dengan doktor. Kemudian lakukan senaman intensiti rendah seperti berjalan pantas selama 20 minit sehari sebagai permulaan. Dan dapatkan beberapa snek Nature’s Heart untuk membantu anda meneruskan aktiviti seharian,” kata Joanna Soh.

“Cuba snek Nature’s Heart dan hasilkan sendiri Terrarium Nature’s Heart yang boleh dimakan untuk anda dan yang tersayang – rasa kemudian baru boleh percaya. Dan mula bersenam untuk jadi lebih sihat,” kata Mr Tan.

Nature’s Heart

Resepi Terrarium Coklat

Bahan-bahan:

  • 1 pek Nature’s Heart Biskut Oat dengan KismisOat biscuit with Raisins
  • 1 bekas Natural Set Yogurt
  • 2 sudu teh madu
  • 1 1/2 sudu serbuk koko
  • 1 hiris brownies yang sihat
  • Nature’s Heart Kacang Campuran Panggang atau Kacang Gajus Panggang (Masin)/ Badam Panggang (Masin)/ Macadamia Panggang (Masin)
  • Nature’s Heart Kranberi Kering
  • Nature’s Heart Biji Chia
  • Bunga yang boleh dimakan

 

Cara Membuatnya:

  1. Lapisan pertama ialah pasir yang boleh dimakan.
  2. Untuk menghasilkan pasir yang boleh dimakan, hancurkan Nature’s Heart Oat Biscuits with Raisin di dalam satu beg plastik berzip menggunakan penggelek (pin roller).
  3. Lapisan kedua ialah tanah lembab.
  4. Kita perlu mencampurkan 1 bekas yogurt, 2 sudu teh madu dan 1 1/2 sudu serbuk koko ke dalam mangkuk
  5. Lapisan ketiga ialah tanah.
  6. Di sinilah kita hancurkan brownies yang sihat
  7. Kita perlu meletakkan semua lapisan ini di dalam satu gelas atau balang kaca jernih supaya lapisan tersebut boleh dilihat. Pastikan letakkan lapisan mengikut sususan daripada satu hingga tiga.
  8. Selepas semua lapisan itu siap, anda boleh memilih topping kegemaran sama ada Nature’s Heart Roasted Mixed Nuts or Roasted Cashew/ Almond/ Macadamia, Nature’s Heart Dried Cranberries atau Nature’s Heart Chia Seeds.
  9. Akhir sekali, hiaskan dengan sedikit bunga yang boleh dimakan.

Produk Nature’s Heart ini hanya boleh didapati di kedai-kedai dan e-stor Guardian www.guardian.com.my. Antaranya Campuran Minuman Multi-Bijirin, Buah-Buahan & Sayuran, Biji Flax Giling, dan Biji Chia.Kacang Gajus Panggang (Masin), Kacang Campuran Panggang, Badam Panggang (Masin), Macadamia Panggang (Masin), Aprikot Kering, Kranberi Kering dan Biskut Oat dengan Kismis.

 

(Visited 3,727 times, 1 visits today)