NESTLÉ® AISKRIM TRADISI HARGAI WIRA MASYARAKAT DI BULAN RAMADAN        

SEIRING DENGAN PENGISIAN RAMADAN, TAHUN INI NESTLÉ® AISKRIM TRADISI TELAH BERKUNJUNGG KE JABATAN BOMBA & PENYELAMAT KUALA LUMPUR DAN IBU PEJABAT PLUS MALAYSIA BERHAD UNTUK MERAIKAN WIRAWATI DAN WIRA MASYARAKAT.

 

Kunjungan sempena kempen “Sepotong Kenanganku” ini adalah bertujuan untuk berterima kasih kepada mereka yang sentiasa komited kepada tugas melindungi orang ramai. Namun sumbangan mereka ini kadang kala tidak disedari lantaran kehidupan hari ini yang sentiasa bergerak pesat.

 

Kekal dengan slogan NESTLÉ® Aiskrim Tradisi iaitu ‘Ukir Senyuman dengan  Sepotong Kenangan’, anggota dan staf bertugas disajikan dengan ais krim tempatan berperisa klasik seperti Kacang Merah, Sirap Bandung dan Kelapa  Gula Melaka sebagai tanda penghargaan atas usaha dan dedikasi mereka bertugas di kala kita sedang menikmati buka puasa di rumah bersama keluarga tersayang.

wira malaysia

 

RAIKAN WIRA DAN WIRAWATI MALAYSIA SEMPENA MUSIM PERAYAAN

“Ramadan adalah bulan untuk mempertingkatkan amal kebajikan dan merapatkan keakraban keluarga. Wira dan wirawati ini mendahulukan keperluan orang lain sebelum diri sendiri dan sering mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan masyarakat,”  kata Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream.

 

Beliau menambah, “Mereka memainkan peranan penting dalam masyarakat tetapi seringkali kita terlepas pandang. Jadi kami di Nestlé Ice Cream ingin menghargai dan berterima kasih di atas jasa dan bakti mereka.”

 

“Sepotong Kenanganku juga adalah cara kami untuk menyebarkan mesej keakraban keluarga. Kami berharap ini akan dapat menaikkan semangat mereka di musim perayaan ini dengan mewujudkan detik gembira bersama rakan sekerja, yang umpama keluarga kedua mereka,” ujarnya lagi.

wira malaysia

PLUS Ronda_L-R_ Muhammad Rafiuddin Bin Sallehuddin, Mohd Norhamzah Bin Mazlan, Mohd Faiz Bin Md Arshat, Mohamad Hafizuddin Bin Rohalim, Zamri Bin Muhamad.

 

NESTLÉ® Aiskrim Tradisi adalah jenama yang menghargai nilai detik kegembiraan melalui keakraban keluarga, dan kempen Sepotong Kenanganku bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan pemurah.

 

Semoga kempen ini dapat mengubat sedikit kerinduan di hati wirawati dan wira Masyarakat ini yang tidak dapat berbuka bersama keluarga.