NIKMATI AIS KRIM UNICORNETTO DAN BERPELUANG MENANGI PERCUTIAN KE UNICORN ISLAND!

Anda mahupun anak-anak suka makan ais krim? Dah cuba menikmati ais krim Unicornetto yang bertemakan unicorn?

 

Ia berbeza dari Cornetto keluaran daripada Wall’s yang biasa kita beli kerana pembungkusan holografik dengan unicorn dicetak di atasnya. Melihatkan pada packaging-nya pun dah boleh buat tergoda untuk membelinya!

 ais krim Unicornetto

Malah, warnanya juga cukup memikat, merah jambu, biru dan ungu memperlihatkan ciri-ciri unicorn. Manakala di bahagian atas ais krim berperisa marshmallow ini turut diletakkan gula-gula kapas dan bebola crispies yang berwarna-warni sebagai hiasan. Di bahagian tengah ais krim pula diletakkan jem strawberi.

 ais krim Unicornetto

Menangi Percutian Ke Unicorn Island, Filipina

Jangan lepaskan peluang untuk cuba  menikmati ais krim Unicornetto, harganya cuma RM3.20 sahaja. Di samping itu juga, anda berpeluang untuk memenangi percutian untuk 2 orang ke Unicorn Island di Filipina. Cara penyertaannya cukup mudah, anda hanya perlu memuat naik gambar bersama kapsyen yang paling kreatif berserta dengan hastag #MYUnicornetto

Peraduan ini akan tamat pada 28 April, 2019.

 

Rebutlah peluang keemasan ini, maklumat lanjut layari Facebook Cornetto di https://www.facebook.com/CornettoMalaysia/

 

 

(Visited 16 times, 1 visits today)