NU SKIN BUATKAN ANDA SEDIA UNTUK “SELFIE” DALAM 2 MINIT

Nu Skin Enterprises, Inc. baru-baru ini mengumumkan pelancaran ageLOC LumiSpa di Malaysia, alat peranti kulit yang baru dengan sistem ganda untuk meningkatkan pembaruan kulit, memberikan kulit yang lebih halus dan lebih lembut degan satu kali penggunaan.

 

Pelanggan-pelanggan Nu Skin kini boleh yakin bahawa kulit mereka sentiasa bersih and bersiri, bersedia untuk “selfie” bila-bila masa, di mana sahaja. Nu Skin ageLOC LumiSpa membersihkan kotoran dan bahan toksik secara mendalam, memberikan pembaruan kulit yang dramatik dan mengekalkan penampilan kulit cerah dan muda.

 

Pada acara pelancaran, Nu Skin Malaysia mengumumkan dua personaliti ageLOC dan ageLOC LumiSpa. ageLOC merupakan teknologi yang dibangunkan oleh Nu Skin untuk menyasarkan sumber utama penuaan. Pengarah filem terkenal, Jess Teong dilantik sebagai duta ageLOC kerana usahanya untuk meningkatkan penampilan, kesihatan and kerjaya diri dan tidak membiarkan kesukaran menghalangnya, mencerminkan intipati ageLOC.

 

Pelakon terulung, Tan Li Yang juga diumumkan sebagai duta rasmi untuk ageLOC LumiSpa. Artis yang berbakat itu mempercayai bahawa ageLOC LumiSpa meyampaikan apa yang telah dijanjikan terhadap perkara penuaan.

nu skin

7 Manfaat Kulit ageLOC LumiSpa dari Nu Skin

Berbanding dengan urut muka, peranti kulit ageLOC LumiSpa merangsang kulit degan teknologi ekslusif Mikropulse Oscillation. Gerakan dan frekuensi yang tertentu ini membantu membersihkan kotoran, minyak dan solek pada kulit wajah secara mendalam.

7 manfaat menggunakan ageLOC LumiSpa adalah sebagai berikut:

  1. Pembaruan kulit
  2. Kulit bersih
  3. Penampilan pori-pori yang berkurangan
  4. Kehalusan kulit
  5. Kecerahan kulit yang meningkat
  6. Kulit terlihat lebih segar
  7. Kulit terlihat berisi dan kencang

nu skin

Dasar Sains Dan Teknologi

AgeLOC LumiSpa telah dibangunkan oleh saintis Nu Skin sempena ahli dermatologi yang disahkan oleh lembaga dan diilhamkan oleh kajian ekspresi gen pengeluaran protein kulit. Dalam perkembangan ageLOC LumiSpa, Nu Skin telah menjalankan beberapa kajian klinikal selama 12 minggu untuk mendukung manfaatnya – peningkatan dalam kelancaran kulit, kelembutan, tekstur, kejelasan dan sinar setelah setiap penggunaan.

 

“Keperluan penjagaan kulit sudah berubah berbanding dengan zaman dahulu. Orang zaman sekarang ingin mencari produk yang berbilang fungsi dan mudah digunakan, memberikan hasil yang dapat mereka lihat dan rasakan,” kata Dr. Joseph Chang, ketua pegawai saintifik.

 

Beliau menambah, “Perawatan pembersihan ageLOC LumiSpa diformulasi secara khusus, untuk pembersihan, sentuhan dan interaksi yang tepat dengan kulit, mengoptimumkan keberkesanan langkah perawatan dengan tombol rawatan peranti ageLOC LumiSpa yang dipatenkan. Dengan itu, pelanggan-pelanggan dapat serta-merta merasakan kulit yang lebih lembut dan lebih cerah dengan satu kali perawatan.”

 

Sistem ageLOC LumiSpa

Sistem ageLOC LumiSpa termasuk:

Alat peranti kulit ageLOC LumiSpa: ageLOC LumiSpa adalah peranti perawatan kulit peribadi yang tahan air dan dapat diisi ulang dayanya. Tombol rawatan peranti ageLOC bergerak pada frekuensi yang tepat, disahkan oleh kajian klinikal, untuk mempromosikan pembersihan dalam dan pembaharuan kulit untuk penampilan yang sihat dan segar.

 

Tombol rawatan silikon: ageLOC LumiSpa memiliki dua kepala peranti untuk perawatan — normal dan firm. Permukaan silicon yang lembut dan tidak mengikis perak antimikrobial lebih bersih daripada berus biasa digunakan dengan peranti lain.  Setiap tombol rawatan mempunyai jangka hayat tiga bulan dan tertanam dengan perak anti mikrob.

 

Produk pengaktifkan pembersih ageLOC LumiSpa: ageLOC LumiSpa memiliki tiga pilihan produk pengaktifkan pembersih yang dirancang untuk berbagai jenis kulit: kulit kering, kulit normal/kombinasi dan kulit berminyak. Produk-produk ini diformulasi dengan menggunakan campuran bahan kandungan ageLOC dari Nu Skin.

 

Dirancang secara optimum untuk ageLOC LumiSpa, produk-produk ini terbukti memaksimumkan manfaat perawatan dan pembersihan kulit dari peranti ageLOC LumiSpa – untuk penampilan kulit yang sihat, cerah, dan terlihat muda. Bahan kandungan utama termasuk:

  1. Knotweed Jepun untuk membantu mengurangkan pengeluaran minyak
  2. Ekstrak dari buah delima dan rhododendron untuk perlindungan antioksidan
  3. Milk thistle dan ekstrak nannochloropsis oculata (ekstrak alga) untuk membantu menjaga kelembaban alami kulit

 

Dapat Di Mana?

Kit starter ageLOC LumiSpa termasuk peranti ageLOC LumiSpa, tombol rawatan, pembersih pengaktifkan, asas pengecasan, kord kuasa, panduan permulaan cepat dan manual pengguna. ageLOC LumiSpa boleh didapati dari 10 Mac 2018 dengan harga MYR1,144.

Laman web nuskin.com.my.