OMNI 360 BY ERGOBABY SANGAT PRAKTIKAL & SELESA UNTUK SI MANJA

Memperkenalkan Omni 360 by Ergobaby! Berita baik buat bakal-bakal mama dan mama yang ada anak kecil. Baby carrier daripada jenama Ergobaby sangat bukan sahaja selesa dipakai. Bahkan sangat praktikal digunakan, mampu menyenangkan aktiviti mama semua tanpa batasan! 

 

Sempena Bulan Alat Penggendong Bayi (Babywearing), Ergobaby® memperkasakan ibu bapa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mereka inginkan dengan bantuan penggendong bayi.

 

Kempen media sosial dengan tema “I Can Do Anything #INMYERGO” adalah kempen pemerkasaan global di mana pengisian kempen diperoleh hasil daripada perkongsian pengalaman ibu bapa yang telah menggunakan penggendong bayi.

 

Kehidupan sebagai ibu bapa ada kalanya mencabar terutama kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata dan mereka yang baru bergelar ibu bapa.

 

Oleh sebab itu, kempen #INMYERGO ini dianjurkan dengan tujuan untuk meraikan pengalaman keibubapaan mereka, sama ada besar atau kecil.

omni 360

Bentuk OMNI 360  Mudahkan Ibu Bapa Beraktiviti Bersama Si Manja

Ergobaby® memudahkan penjagaan kanak-kanak dan memperkasa ibu bapa untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan bersama si manja. Penggendong bayi ini mengutamakan keperluan bayi,  keselesaan ibu bapa dan senang digunakan. Ia memberi kebebasan kepada ibu bapa bukan sahaja dalam melakukan kerja rumah malah dapat keluar dan menjalani kehidupan harian mereka seperti bersenam, membeli-belah, bersantai dan mengembara. Ibu bapa dapat menjalani hari-hari bersama bayi mereka dengan mudah.

 

“Penggendong bayi merapatkan hubungan ibu bapa dan anak sewaktu menjalani aktiviti harian atau bekerja. Kita boleh mendakap si manja apabila mereka memerlukan perhatian kita, menyusukan bayi, menidurkan bayi dengan selesa dan pada masa sama menjalani kehidupan seperti biasa,” kata Jessica Siah, Ketua Jualan, Bloom & Grow Asia, yang merupakan pengedar eksklusif Ergobaby® di Asia.

 

Untuk menyertai kempen “I Can Do Anything #INMYERGO”, ibu bapa boleh berkongsi foto kegemaran mereka bersama penggendong bayi Ergobaby® di Instagram dengan cara hashtag #inmyergo dan mengikutinya untuk mengetahui kisah dari ibu bapa lain juga!

omni 360

Bentuk OMNI 360  By Ergobaby Lebih Ramping

 

Majlis pelancaran kempen yang diadakan di Happikiddo, Citta Mall itu telah dihadiri oleh pasangan yang bakal menimang cahaya mata dan pasangan yang baru bergelar ibu bapa, peminat penggendong bayi dan pakar penggendong bayi dari Malaysian Babywearers.

 

Siti Arina Raihana Bt Abdul Rashid, konsultan penggendong bayi bertauliah dari Malaysian Babywearers (MBW), berkata, “Penggendong bayi telah memperkayakan pengalaman saya tentang keibubapaan, lebih-lebih lagi pada bulan-bulan terawal dengan si manja saya. Dengan menggunakan penggendong bayi, saya merasa lebih selesa dan mudah untuk  menyusukan bayi.”

 

Dia menambah, ”Di samping itu, saya juga boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu, seperti menyiapkan kerja rumah, menguruskan keluarga setiap hari dan pada masa yang sama saya merasa lega dan tidak perlu bimbang kerana mengetahui anak saya selamat dan sihat bersama saya. Penggendong bayi telah membolehkan saya menjadi ibu yang lebih berdikari seterusnya memperkayakan pengalaman keibubapaan saya.”

omni 360

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tempatan iaitu Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Shazleen.

omni 360

Bentuk OMNI 360 by Ergobaby ini lebih ramping dan ‘structured bucket seat’ inilah yang menjaga bayi supaya duduk dalam 4 posisi  secara ergonomic. Di mana lututnya berada pada posisi di atas pangkal paha dan pembahagian berat dibahagikan secara merata sehingga para mama yang mengendong bayi tetap berasa selesa dan tidak akan mengalami sakit pinggang.

 

Kelebihan OMNI 360 by Ergobaby  kerana boleh digayakan dalam 4 posisi iaitu bayi yang digendong mengadap luar, mengadap ibu, mengadap sisi dan hadap belakang. Memang selesa dipakai walaupun dalam tempoh atau jangkamasa yang lama.

 

Penggendong bayi ini juga sesuai buat bayi yang baru lahir sehingga umur dua tahun, dengan kemampuan berat maksimum 20 kg. Harga yang ditawarkan RM949.00.

 

Omni 360 by Ergobaby ini boleh didapati di The Babyloft, Bebehaus, Jumping Baby Jacks dan kedai-kedai keperluan ibu mengandung terkemuka yang lain. Sila layari www.bloomandgrowasia.com untuk maklumat lanjut.

 

BACA – KEMBALI LANGSING SELEPAS BERSALIN