OPPO F7 MENYERLAHKAN KEHEBATAN SWAFOTO BERSAMA NEELOFA & HEBE TIEN

OPPO, Pakar dan Peneraju Swafoto, hari ini melancarkan OPPO F7 terbaharu bagi merakam gambar anda yang sebenar. OPPO juga berbesar hati menamakan bintang terkemuka Malaysia, Neelofa dan penyanyi serta pelakon Taiwan, Hebe Tien sebagai duta produk. Kedua-dua bintang terkenal ini dipilih mewakili F7 kerana mereka mempunyai aura, keanggunan, kelas dan keperibadian yang tersendiri.

Team Mamanet turut dijemput untuk sama-sama menyertai acara pelancaran OPPO F7 yang penuh gilang-gemilang ini. Kami benar-benar kagum dengan apa yang dipersembahkan oleh OPPO F7 dengan kapasiti teknologi tinggi dan harga yang berpatutan, OPPO F7 adalah pilihan paling trending generasi kini.

oppo F7

Peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan OPPO F7 tidak dilepaskan. Para media telah diberikan penerangan yang jelas tentang telefon pintar ini dan bagaimana swafoto menjadi satu pilihan terbaik. Bagi yang malu kerana kulit kusam, jerawat dan sebagainya, jangan risau, kerana telefon ini mampu mengatasinya. Baca lanjut penerangan di bawah nanti.

oppo f7

Duta Produk OPPO F7 – Neelofa

“Saya teruja kerana telah dilantik oleh OPPO sebagai duta produk F7. Sebagai seorang yang suka berswafoto, telefon pintar luar biasa ini dilengkapi dengan teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 akan membawa fotografi swafoto ke suatu tahap yang baru. Dengan keupayaan F7 mengimbas wajah dengan lebih tepat dan memberikan kesan kecantikan yang lebih baik, saya kini dapat mengambil swafoto secara semulajadi dengan mudah dan kemudian berkongsinya bersama para peminat saya,” kata Neelofa.

oppo f7

Duta Produk OPPO F7, Hebe Tien

“Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 telah mempertingkatkan teknologi swafoto daripada pendahulunya dengan membolehkan penggunanya mengambil swafoto yang lebih baik dengan impak semulajadi. Di samping itu, cermin khas yang berkilat di belakangnya dapat menjimatkan masa saya untuk mencarinya dari dalam beg saya kerana warna merahnya itu mudah menarik perhatian. Saiz telefon 6.2 inci OPPO F7 ini senang untuk dipegang dan sesuai bagi kegunaan harian saya,” kata Hebe.

oppo f7

 

Dengan perbezaan peminat yang pelbagai di antara dua bintang ini, OPPO bersedia untuk berkongsi ciri-ciri baru F7 yang sangat istimewa dengan mereka. Ketika mana swafoto diambil, amatlah penting untuk memastikan ia dapat dilakukan dalam pelbagai cabaran persekitaran – F7 mampu mengambil gambar terbaik dalam apa jua keadaan cahaya.

Menurut William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, “Matlamat kami adalah untuk sentiasa memperbaiki teknologi sedia ada untuk membawa peminat kepada sesuatu yang baharu dan mengujakan, jadi dengan kehadiran duta-duta ini beserta dengan teknologi yang lebih baik, kami tidak sabar untuk menunggu saat di mana pengguna akan mencuba sendiri OPPO F7 kerana ia pasti memberikan pengalaman penggunaan yang luar biasa.”

oppo f7

Antara ciri F7 ialah penggunaan teknologi AI yang dipertingkatkan untuk fotografi swafoto selain daripada banyak lagi ciri-ciri operasi AI yang berkuasa. Bersama-sama dengan Paparan Skrin Terluas dan perisian pelbagai fungsi yang dinaik-taraf, F7 menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

oppo f7

25MP X Real-Time HDR Sensor    

Kamera hadapan OPPO F7 beresolusi tinggi 25MP dengan sensor High Dynamic Range (HDR) masa-sebenar. Imej yang diambil dengan F7 akan mempunyai lebih banyak “maklumat” seperti tahap perincian, warna dan pencahayaan yang lebih tinggi apabila gambar diambil di bawah sinar matahari terang atau teduh, sama seperti imej yang diambil dengan menggunakan kamera digital berkualiti tinggi.

Oleh itu, pengguna mempunyai lebih banyak kawalan – tidak kira sama ada foto diambil dalam persekitaran cahaya yang tinggi atau rendah. Imej HDR, bersama-sama dengan Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kesan kecantikan tanpa mengira umur dan jantina, yang akan memberikan peminat swafoto suatu pengalaman yang sangat mengujakan.

oppo f7

Teknologi AI Beauty 2.0 mempertingkatkan “Kepakaran Kecantikan Anda”

OPPO yang mempelopori pengenalan F5 yang dikuasakan dengan teknologi A.I. Beauty Recognition, yang menjadikan swafoto lebih nyata, semulajadi dan tersendiri. Kini, F7 akan mempunyai generasi kedua teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 yang mengangkat kedudukan fotografi swafoto lebih tinggi lagi.

Kemajuan terbaharu termasuk keupayaan pengenalan wajah yang lebih tepat, kesan kecantikan yang lebih baik untuk pelbagai jantina dan umur; keupayaan pembelajaran sendiri berdasarkan pilihan oleh pengguna juga ditambah dengan pelbagai ciri-ciri yang menyeronokkan.

oppo f7

Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. 2.0 mengimbas 296 titik pengenalan wajah, peningkatan 20% daripada teknologi generasi pertama, membolehkan keupayaan pengenalan wajah yang lebih jelas dan tepat. Kini, perbezaan umur, jantina, warna kulit dan jenis kulit seseorang – termasuk sehingga empat subjek individu – dapat dikesan dengan lebih terperinci.

Kami juga tahu setiap orang mempunyai kecantikannya yang tersendiri dan bersyukur kepada pembelajaran A.I., kini, swafoto anda akan menjadikan diri anda seperti yang anda ingini. Pembelajaran A.I. boleh mengenal pasti pilihan pengindahan diri anda, berdasarkan pengeditan yang selalunya dibuat kepada imej album foto, dan secara automatik dapat mencipta pelarasan yang hampir serupa kepada foto-foto yang baru.

Jadi untuk kali yang  seterusnya anda mengambil swafoto, F7 akan tahu apa yang perlu dilakukan seperti yang anda mahukan, nada kulit yang sempurna, bentuk mata eksotik atau ciri wajah yang menyeronokkan.

Ciri-ciri baru juga dibangunkan di dalam F7 yang menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan. Vivid Mode memberikan pengguna pilihan untuk bermain dengan lebih banyak kombinasi warna daripada swafoto, seperti mempertingkatkan warna pakaian dan latar belakang.

Swafoto akan menjadi lebih baik lagi, seolah-olah mengambil gambar kulit hadapan untuk sebuah majalah. Sementara fungsi Pelekat AR (Augmented Reality) membolehkan anda menambah pelbagai elemen kepada swafoto, seperti menambah ciri-ciri binatang comel atau bintang filem, yang tersedia untuk dikongsikan terus ke media sosial.

oppo f7

Fungsi ‘App-in-App’ pula membolehkan pengguna menjawab panggilan masuk sambil  meneruskan permainan atau menonton filem. Skrin Penuh Pelbagai Tugas pada F7 adalah yang pertama dalam industri yang membolehkan pengguna menggunakan gerak isyarat untuk menavigasi antara aplikasi.

 

Rekaan Industri Baharu Menarik Perhatian Pengguna Muda

Rekaan F7 menetapkan piawaian baru dalam kejuruteraan ketepatan dan bahan, dengan setiap butiran dipertimbangkan dengan teliti oleh pereka OPPO. Pengguna mempunyai tiga pilihan warna yang berbeza sesuai dengan keperibadian masing-masing – Solar Red, Moonlight Silver, dan edisi khas Diamond Black.

Model 128GB edisi khas adalah berwarna Sunrise Red – menggunakan badan kaca unik yang berkilauan seperti batu permata, membiaskan warna yang berbeza dari setiap sudut pandangan pengguna.

Model 128GB edisi khas adalah berwarna Sunrise Red dan Diamond Black – ia mempunyai memori 128GB iaitu antara yang terbesar yang tidak pernah terdapat pada telefon OPPO.

oppo f7

Diilhamkan oleh batu permata, model F7 Diamond Black pula adalah simbol keanggunan dan kesempurnaan teknologi. Penjagaan yang teliti dan kemahiran artisanal seperti yang digunakan dalam pemotongan dan penggilapan berlian, ia juga digunakan untuk setiap telefon.

Pelbagai lapisan logam dan kaca penutup belakang mereplikasi sinar seumpama berlian dan pembiasan cahaya, dengan corak segi tiga berkilau yang berwarna cerah dan gelap apabila dilihat dari sudut yang berbeza. Dari hujung telefon ke pusatnya memiliki sinaran dan kilauan warna pelangi di mana reka bentuknya dan warnanya tidak pernah dilihat sebelum ini.

Ia juga menggunakan kuasa dengan sewajarnya untuk memanjangkan lagi jangka hayat harian penggunaan bateri. OPPO F7 boleh didapati dalam variasi warna Solar Red, Moonlight Silver dan Diamond Black.

 

OPPO Concept Store: https://www.oppo.com/my/shops/

FB Rasmi OPPO: https://www.facebook.com/malaysiaoppo/

 

#oppomalaysia #OPPOF7 #capturetherealyou