OUTLET MERCATO BERI TRANSFORMASI BUAT WARGA KL SAAT BELI BELAH

MERCATO BARU-BARU INI TELAH MELANCARKAN DUA WAJAH BARUNYA DI PAVILION SHOPPING MALL. OUTLET MERCATO INI MENAMPILKAN REKAAN TERBARU YANG MENGUJAKAN SAAT BELI-BELAH PENGUNJUNG.

Dengan dekorasi yang memukau dan ruang makan yang luas, transformasi Mercato kini menawarkan lebih pilihan makanan antarabangsa. Kehadiran Oyster & Seafood Bar by Mercato dan Mercato Cafe, menjadikan Mercato kini sesuai sebagai lokasi pertemuan orang ramai untuk bersantai dengan rakan dan keluarga sewaktu membeli-belah.
Outlet Mercato merupakan destinasi beli belah kegemaran ramai termasuk pelancong dan para pekerja di sekitarnya kerana lokasinya yang strategik.
Apatah lagi, outlet Mercato ini menyediakan hidangan individu supaya pelangan boleh makan apa sahaja yang mereka mahu sama ada menghirup secawan kopi atau menambah sepinggan hidangan tiram segar.
outlet mercato
“Mercato memang terkenal dengan kualiti produk yang diperoleh daripada pengeluar tempatan dan antarabangsa yang terbaik. Namun begitu, untuk memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan, kami perlu terus berinovasi mengenai produk dan perkhidmatan kami,” ujar Pierre Olivier-Deplanck, Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., syarikat induk Mercato.
Katanya lagi, “Dengan menggabungkan tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dengan kesukaan mereka terhadap makanan dan bersiar-siar, kami boleh memberikan pengalaman pelanggan kami kepada satu peringkat yang lebih tinggi.”
OUTLET mercato
Beliau menambah, “Konsep evolusi daripada rangkaian baru Mercato mampu mengubah aktiviti membeli belah barangan dapur kepada satu pengalaman baru yang luas biasa. Kini, pelanggan bukan sahaja berpeluang membeli produk premium dan antarabangsa di dalam negara, tetapi sebaliknya dapat bersantai sambil makan-makan di sini sebelum, semasa atau selepas mereka membeli-belah. Di Mercato, ada sesuatu untuk semua orang!”
OUTLET mercato

OUTLET MERCATO TURUT SEDIAKAN KHIDMAT PENGHANTARAN MAKANAN

Mercato turut menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pelanggan yang berbelanja lebih RM200 dalam jarak 10km dari kedai. Sebagai alternatif, mereka boleh meminta bantuan untuk menghantar barangan mereka ke kereta.
OUTLET mercato
Di majlis pelancaran itu, pihak media turut disajikan dengan pengalaman makan-makan di Mercato bersama Olivier-Deplanck. Acara bermula dengan para media dibawa melawat ke kedai premium yang ruang lantainya telah diperbesarkan daripada 20% kepada 40% agar pelanggan lebih selesa. Bahkan aneka barangan runcit baru dan berbeza dari seluruh dunia telah ditambah sebanyak 35%. Barangan ini tidak terdapat di pasaraya lain.
Lawatan tersebut turut mengetengahkan rangkaian baru makanan  yang ditawarkan untuk penduduk tempatan dan luar negara. Ini termasuk Taste of Asia yang terdiri daripada lebih 600 jenis maknanan berbeza dari negara Asia termasuk Jepun, Korea, Taiwan dan Timur Tengah.
OUTLET mercato
Malaysian Delight pula menampilkan pelbagai cita rasa Malaysia termasuk daripada perasa durian hinggalah kepada kegemaran pelancong dengan mercu tanda Menara Berkembar, KL dan Melaka Stadthuys dan A’Famosa.
Selain itu, pelanggan boleh memilih pelbagai jenis daging lembu dan kambing import, sayur-sayuran dan buah-buangan segar dan produk organik.
Malah ada lebih daripada 100 jenis keju dari seluruh dunia, pelbagai jenis kek dan kaunter Sedia-di-Makan. Pelbagai jenis roti organik dan artisan boleh didapati selaras dengan trend roti sihat. Perkhidmatan pemotongan roti turut diadakan.

OUTLET MERCATO BAK LAUTAN MAKANAN DAN PRODUK TERBAIK

Para media turut berpeluang menikmati sajian sampel daripada 16 gerai mini yang menampilkan pelbagai premium dan pilihan makanan antarabangsa, termasuk daripada jenama eksklusif seperti Booths dari UK, Casino dari Perancis, dan E-Mart dari Korea.
Di samping itu ada sayur-sayuran dari pengeluar tempatan O’Fresh, keju dan antipasto, salmon dan daging lembu, kopi Monjava, makanan organik dari Love Earth, serta persampelan dari Loreal!
OUTLET mercato
Seterusnya para media dibawa ke tingkat atas untuk menikmati hidangan di Oyster dan Seafood Bar by Mercato dan Mercato Café.   Di sini tetamu ditunjukkan rangkaian menu yang cukup banyak dan lazat yakni terdiri daripada sarapan kegemaran, tapas and mains, salad, burger dan sushi.
OUTLET mercatoOUTLET mercato
Paling menonjol ialah seleksi pilihan terbaik tiram segar untuk peminat tiram dan  Belgian Chocolate Hot Fountain yang pertama seumpamanya di Malaysia. Mendahului dari senarai adalah pencuci mulut lazat, Mercato Signature Drink dan jus sihat, kopi yang dibru segar dan teh gourmet, serta minuman istimewa Mercato, ‘Freakshake’.
Dibuka mulai 10:00 am -22:00 Pm dari Isnin hingga Ahad. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Mercato Malaysia.