PACKIST TAWARKAN PAKEJ PERCUTIAN SUAI PADAN YANG UNIK

Anda senang mencari pakej percutian yang menarik? Packist.com adalah laman sesawang yang dibangun dan diuruskan oleh Beautiful World Tours & Travel Sdn Bhd, iaitu sebuah agensi pelancongan yang kaya dengan 25 tahun pengalaman dalam industri pelancongan di negara ini.

 

Packist merupakan pusat sehenti yang menempatkan lebih 300 agensi pelancongan selaku rakan kongsi atau pembekal di bawah satu bumbung. Ini sekaligus memudahkan mereka memuatnaik pakej-pakej dan berkongsikan maklumat berkaitan secara terus menerus kepada pelanggan masing-masing

Packist

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Packist, Jesnin Kee, berkata: “Kami amat teruja dengan hala tuju baharu Packist ini. Selepas berkecimpung dalam industri selama 25 tahun, kami begitu gembira untuk membawa Packist ke satu peringkat yang lebih tinggi dengan memberi nafas baharu kepada satu bidang yang dahulunya agak rumit, namun kini segalanya dipermudahkan dengan kecanggihan teknologi digital.”

 

Penambahbaikan kepada platform Packist adalah perlu bagi menampung permintaan yang kian meningkat terhadap pengalaman percutian yang disuai padan, mudah dan lancar, serta unik sejak kebelakangan ini. Dengan menampilkan lebih daripada 300 agensi dalam senarainya, sistem unik Packist membolehkan orang ramai mengatur percutian impian mengikut kehendak masing-masing.

Packist

Packist Tawarkan Banyak Pakej Baharu

Selain pakej yang disuai padan, Packist juga menawarkan pelbagai pakej baharu seperti ‘Wellness’ (Sihat Sejahtera), ‘Free & Easy’ (Santai), ‘Beach Holidays’ (Percutian Tepi Pantai), ‘Cruise’ (Percutian Atas Kapal), ‘Theme Parks’ (Taman Tema) serta ‘Couple & Honeymoon’ (Bulan Madu).

 

Selaku agensi pelancongan yang sentiasa mengutamakan kemudahan buat para pelanggannya, Packist juga menyenaraikan perkhidmatan tambahan khas yang lain seperti Aktiviti dan Lawatan Sehari, Insurans Pelancongan, Permohonan Visa dan penyewaan WiFi Poket.

 

Tambahan kepada itu, perkhidmatan sampingan lain seperti Pengangkutan Ulang-Alik Lapangan Terbang, sewa Kereta Peribadi dengan khidmat pemandu juga disediakan oleh Packist.

 

“Kami berasa gembira untuk berkongsikan pakej-pakej baharu kepada para pelanggan melalui platform seperti ini yang diyakini dapat memberikan kuasa yang sepenuhnya kepada mereka untuk mengatur percutian impian masing-masing atau memilih pakej percutian yang disusun mengikut tema yang mereka inginkan,” ujar Kee lagi.

 

“Sebagai contoh, untuk pakej ‘Wellness’ kami, kami menawarkan aktiviti seperti yoga, urut, spa, kayak dan pelbagai jenis akitivit sihat yang lain. Pakej seperti ini direka khas untuk anda beristirehat sepanjang percutian.  Walau bagaimanapun, pilihannya adalah tidak terhad kerana para pelanggan diberi kebebasan untuk memilih aktiviti khas lain mengikut kehendak mereka. Niat kami adalah untuk memberi fleksibiliti kepada para pelanggan supaya mereka dapat memanfaatkan percutian merka sebanyak mungkin. Tidak lama lagi kami juga berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dan penerbangan dalam talian. Dengan hala tuju baharu ini, Packist bakal menjadi sebuah platform pelancongan yang terunggul di Malaysia,” ujar Kee.

Packist

Platform pelancongan dalam talian terbaharu ini diperkenalkan tepat pada masanya kerana Packist kini sedang mengadakan jualan akhir tahunnya mulai 29 Oktober hingga 7 November ini. Antara destinasi-destinasi yang tersenarai termasuklah Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Indonesia serta lain-lain negara ASEAN dan di seluruh dunia.

 

Dan bersempena acara Jualan Dalam Talian Terbesar Malaysia 11.11 yang akan tiba tidak lama lagi, Packist juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai promosi dan diskaun istimewa bagi pakej percutian di seluruh Asia.

Di samping itu, Packist juga mengalu-alukan mana-mana agensi pelancongan yang berminat untuk menyertai mereka sebagai rakan kongsi.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.packist.com