PAINT THE TOWN PINK BERSAMA SIME DARBY LPGA MALAYSIA

Edisi ke-8 Sime Darby LPGA Malaysia akan menghiasi seluruh bandar dengan warna merah jambu bagi kempen Paint the Town Pink pada bulan Oktober selari dengan penglibatannya bersama organisasi penyelidikan kanser terkemuka, Cancer Research Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan bagi Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

 

Kejohanan ini akan bekerjasama dengan penggiat tempatan sekitar Kuala Lumpur – jenama fesyen Dressing Paula; F&B tersohor, All Tasty Idea; studio berbasikal, Aloha Cycle Club; dan penjual alatan sukan, Royal Sporting House – sebagai rakan kerjasama.

 

Rakan kerjasama ini memberi sokongan kepada mereka untuk meningkatkan kesedaran dan Paint the Town Pink sepanjang bulan Oktober melalui inisiatif termasuk menu khas yang dihasilkan, sesi dedikasi Pink dan menyumbangkan sebahagian daripada hasil perniagaan mereka kepada Penyelidikan Kanser Malaysia.

 

Steven Thielke, Ketua Pegawai Eksekutif TPC Kuala Lumpur dan Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, berkata, “Sime Darby LPGA Malaysia mempunyai sejarah perkongsian yang berjaya dengan Cancer Research Malaysia melalui kaedah yang inovatif.”

 

“Tahun ini,” tambahnya, “kami berusaha untuk mengukuhkan usaha kami dalam meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara dan kami berasa gembira serta rendah hati dapat bekerjasama dengan rakan kongsi pengusaha tempatan yang menyokong kami.”

 

“Dengan pelbagai aktivasi Paint the Town Pink yang berlangsung sepanjang bulan Oktober, kami berharap dapat melibatkan lebih ramai masyarakat Malaysia dan mencipta impak yang lebih besar dengan membawa mesej ‘Women with Drive’ dan segala yang berkaitan dengan kejohanan tersebut,” ujarnya lagi.

pink

Paint the Town Pink

Para pelanggan akan membawa pulang dua keping tiket standard Sime Darby LPGA Malaysia ketika membeli-belah di outlet Dressing Paula sekitar Lembah Klang. Beli item berwarna merah jambu atau putih dari Dressing Paula, 20% daripada hasil penjualan akan disumbangkan ke Cancer Research Malaysia.

 

Peminat golf yang ingin menyumbang juga boleh mendapatkan barangan sukan di Royal Sporting House. Satu peratus hasil jualan daripada produk terpilih di Royal Sporting House akan disalurkan ke pihak yang berkenaan.

 

Pastikan anda mencuba menu khas merah jambu yang disediakan oleh pelayan berimej merah jambu di restoran & bar popular seperti The Good Batch, Nara, Hyde dan 61 Monarchy. Hidangan hujung minggu dan makan malam anda tentu lebih manis bukan sahaja kerana tawaran menarik yang disediakan tetapi berpeluang untuk membuat sumbangan amal.

 

Setiap outlet ini komited untuk mendermakan RM1 hasil jualan daripada sebarang item dalam menu merah jambu mereka. Pelanggan yang ingin mendapatkan dua keping tiket standard Sime Darby LPGA Malaysia hanya perlu membelanjakan RM100 di outlet ini.

 

Di samping itu, Jungle Bird, Shelly Yu dan Ril turut menyertai kempen ini. Bahkan anda juga boleh bersenam sambil menyumbang dengan berbasikal di Aloha Cycle Club pada ‘Pink Session’ mereka. Selepas berbasikal, pengunjung boleh menjamu selera di Rubberduck, restoran di sebelah yang juga di bawah keluarga Aloha. Mereka boleh memberi sumbangan ikhlas kepada Cancer Research Malaysia dan mendapat macaron merah jambu sebagai komplimentari.

pink

Sokongan berterusan

Di samping menjalankan kempen di kedai masing-masing, Royal Sporting House dan Jungle Bird juga akan hadir di TPC Kuala Lumpur pada minggu kejohanan dengan menawarkan minuman lemonade merah jambu kepada para pelawat. Sebahagian daripada hasil jualan ini turut akan disumbangkan kepada Cancer Research Malaysia.

 

Menyokong inisiatif pengumpulan dana untuk Cancer Research Malaysia yang berlaku di sekitar bandar, Penaja Pakaian Rasmi untuk Sime Darby LPGA Malaysia 2017, AMNIG turut penyokong penuh kempen Paint the Town Pink . Pembeli dalam talian boleh membuat pembelian di laman web AMNIG di www.amnig.com.my menggunakan kod promo: SDLPGA2017.

 

Sumbangan ini akan membiayai Program Navigasi Pesakit, program yang diketuai oleh jururawat yang memberi tumpuan kepada membantu pesakit kanser payudara mengatasi halangan rawatan mereka, dan meningkatkan kadar survival melalui peningkatan tempoh masa dan pematuhan terhadap rawatan.

 

“Memang tidak dinafikan bahawa kolaborasi dengan Sime Darby LPGA Malaysia ini telah memberikan impak secara langsung dalam menyelamatkan nyawa. Sejak 2010, kami telah mengumpulkan RM2.5 juta sumbangan yang telah digunakan untuk memberi pesakit informasi yag betul, menyokong dan menjaga keperluan mereka untuk melawan kanser payudara,” ujar Ketua Profesor Eksekutif Cancer Research Malaysia, Dr. Teo Soo Hwang.

 

Kempen Paint the Town Pink akan berlangsung selama sebulan sepanjang Oktober ini bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sehingga 4 hari kejohanan Sime Darby LPGA Malaysia pada 26-29 Oktober di TPC Kuala Lumpur.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari www.simedarbylpgamalaysia.com, www.facebook.com/SimeDarbyLPGAMalaysia, atau Twitter dan Instagram @SimeDarbyLPGA #SimeDarbyLPGA, #WomenWithDrive,  #SimeDarbyLPGAPinkOctober, #TPCKL

BACA 7 CARA TERBAIK BANTU WANITA CEGAH KANSER PAYUDARA