PAKAIAN TERPAKAI DIMIKRO-BERSIH DISUMBANGKAN DALAM KEMPEN KOMUNITI TOP PASS IT ON

KEMPEN KOMUNITI TOP PASS IT ON DIANJURKAN BARU-BARU INI TELAH MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT APABILA BERJAYA MENGUMPUL 5,046 HELAI PAKAIAN TERPAKAI BERKUALITI.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, merasmikan acara kemuncak kempen ini dengan majlis penyerahan sebahagian daripada pakaian terpakai yang telah dimikro bersih kepada para wakil dari empat buah persatuan komuniti dari Lembah Klang yang diadakan di Mydin USJ di sini, hari ini.
Kempen komuniti TOP Pass It On berkenaan merupakan satu usaha yang dipercayai terbesar pernah diadakan untuk mengumpul, mengasing dan mencuci secara profesional pakaian-pakaian terpakai yang telah digunakan secara cermat di Malaysia.
pakaian terpakai

Datuk Seri Rohani Abdul Karim Merasmikan Majlis Penyerahan Kepada Empat Persatuan Komuniti di Lembah Klang.

TOP KUMPUL PAKAIAN TERPAKAI DAN CUCI DENGAN TOP MICRO-CLEAN TECH™

Kempen komuniti ini dianjurkan dengan sasaran untuk membuka peluang bagi lebih ramai ahli masyarakat mencuba penemuan inovasi Micro-Clean Tech™ yang membolehkan pengguna mencapai tahap kebersihan baru yang mampu membersihkan kotoran yang kelihatan, mahupun yang tersembunyi.
TOP telah mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai. Kemudian membersihkannya secara profesional melalui pusat cucian Regional Laundry dengan menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegarkan, memperbaharui dan memulihkan pakaian. Selanjutnya  diserahkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada mereka yang akan mendapat manfaat daripadanya.
Sejumlah 30 buah persatuan komuniti akan menerima pakaian terpakai yang telah dimikro bersih melalui gerakan sumbangan besar-besaran yang dianjurkan oleh TOP bermula dari 7 Mac hingga 18 Mei, 2017 di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Usaha TOP ini untuk memperkasakan masyarakat dengan membolehkan mereka membantu ahli-ahli komuniti yang memerlukan dan turut diselitkan dengan asas-asas penjagaan alam sekitar yang kukuh melalui penekanan terhadap kemampanannya dan pada masa yang sama mempromosikan kepentingan gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan sihat tersebut telah mendapat pujian daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
“Ini merupakan kempen swasta-kerajaan-masyarakat yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu lebih ramai orang disamping membina kesedaran di kalangan masyarakat bahawa mereka boleh menyumbang dengan pelbagai cara,” jelas beliau.
pakaian terpakai

TEKNOLOGI ANTI-SEBUM BAHARU YANG DIRUMUS KHAS

TOP ialah pilihan utama bagi rakyat Malaysia, dan juga memegang posisi nombor satu antara jenama-jenama pencuci baju di negara ini. 
TOP yang terkenal sebagai pakar Anti bau hapak kini diperkasakan dengan Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum baharu yang dirumus khas oleh Lion Corporation Japan. Teknologi Micro-Clean Tech™ mampu membersihkan kotoran nyata dan tersembunyi dengan berkesan bagi memberikan pengguna kehidupan yang bersih dan sihat.
Pasukan Kajian dan Pembangunan (R&D) TOP telah mengenal pasti minyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh iaitu sebum sebagai punca kepada kotoran tersembunyi pada pakaian.
Sebum juga hadir dengan peluh dan ia dihasilkan dengan lebih banyak dalam iklim panas dan lembap seperti Malaysia. Sebum boleh terperangkap di dalam teras fiber walaupun tidak kelihatan oleh mata kasar dan tidak mudah untuk dibersihkan dengan pencuci biasa.
Molekul sebum yang terperangkap boleh menjadi sumber nutrisi kepada bakteria dan menyebabkan pakaian berbau.
Barisan produk Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum TOP didatangkan dengan semua fungsi-fungsi terkenal TOP termasuklah teknologi anti bau hapak, anti debu hama, anti bakteria dan teknologi wangian FreshCare™ bagi kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.
Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo, kempen Komuniti TOP Pass It On melangkaui jangkaan kerana jumlah pakaian yang berjaya dikumpulkan adalah dua kali ganda lebih banyak. Ini juga menggambarkan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap jenama berkenaan serta teknologi-teknologi pencuci yang berinovasi.
Santhini Kumar, 14 dari Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor & Kuala Lumpur, kempen Komuniti TOP Pass It On telah memberikan beliau kegembiraan apabila memiliki pakaian yang seolah-olah baru dan bersih.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila Lawati pautan http://www.southernlion.com.my

 

(Visited 1 times, 1 visits today)