PANTAI MORIB DESTINASI MENARIK BERSANTAI KELUARGA PADA HUJUNG MINGGU

BAGI YANG NAK MENCARI IDEA UNTUK BERCUTI ATAU MENIKMATI SUASANA PANTAI DI HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA ATAU TEMAN-TEMAN, BOLEHLAH KE PANTAI MORIB.  TERLETAK TIDAK JAUH DARI BANDAR BANTING.

 Walaupun keindahannya tidak setanding dengan pantai Port Dickson, namun Pantai Morib tetap menjadi salah satu tarikan pelancongan buat warga Kuala Lumpur, Selangor dan juga kawasan di sekitarnya.

Seandainya lalu di kawasan tersebut atau bercuti di kawasan sekitarnya, jangan lupa untuk singgah di Pantai Morib. Sesuai sangat untuk kita  beristirahat atau beriadah bersama teman-teman dan keluarga.

MELIHAT KEINDAHAN MATAHARI TERBENAM DI PANTAI MORIB

Pada sebelah petang dan hujung minggu memang ramai pengunjung berbanding daripada hari biasa yang suasananya agak sepi.

Di pantai ini kita dapat menyaksikan tenggelamnya matahari. Biarpun agak kurang dramatik, namun panorama sunset ketika senja datang berlabuh itu tetap membuatkan kita berasa kagum dengan kebesaran Tuhan.PANTAI MORIB

PELBAGAI KEMUDAHAN TERSEDIA

Biarpun air lautnya tidak begitu menambat hati untuk mandi manda, tetapi tetapi kebersihan pantai ini masih terjaga.

Air lautnya pasang surut dan ketika tiba masa air surut, kita akan dapat lihat ramai yang mengutip kerang  dan juga ketam laut.

Kawasan pantai juga dilengkapi lajur pejalan kaki yang sudah disimen.

Begitu juga dengan kawasan persekitarannya yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Tempat parkir kereta yang luas, taman permainan kanak-kanak, kemudahan surau dan juga tandas  serta  kedai-kedai (medan selera) yang menyediakan pelbagai jenis masakan dan makanan.

Pilih sahaja nak makan apa. Nasi goreng, satay, ikan bakar, kerang bakar, ayam goreng, sotong goreng, tomyam, seafood, semua adalah! Harganya pun boleh tahan.PANTAI MORIBPANTAI MORIB

AKTIVITI MENARIK

Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar Pantai Morib. Selain bersantai di Taman Layang-Layang dan juga Taman Eksplorasi Marin, boleh juga kalau nak berpinik.

Bentang tikar, hidang semua makanan yang dibawa. Apa lagi menjamu seleralah beramai-ramai sambil menatap keindahan alam semulajadi.

Hujung minggu biasanya ramai yang bermain layang-layang. Tak kira kanak-kanak, remaja ataupun yang sudah berumur. Masing-masing asyik bermain layang-layang, tambahan pula apabila angin laut menderu kuat.

Di sebabkan kawasan permainan kanak-kanak agak luas, bermain kasut roda dan juga belon  gelembung dari buih sabun cukup menyeronokkan bagi anak-anak kecil.  Aktiviti ini mempunyai keasyikkan tersendiri dalam dunia bermain anak-anak!PANTAI MORIBPANTAI MORIB

TEMPAT MENGINAP

Bagi yang ingin bermalam, ada banyak juga tempat penginapan dari yang murah hingga yang mahal.

Tapi lebih baik kalau kita menempah siap-siap hotel ataupun homestay secara online. Bukan sahaja banyak pilihan, tetapi harganya pun jauh lebih menarik dan menjimatkan.

pantai morib

TEMPAH SEKARANG!

 

Walaupun bercuti ke Pantai Morib ini tidak sehebat bercuti di pantai 5 bintang, namun ia tetap memberikan satu kenangan manis buat anda yang datang ke sini, terutama bab menjamu selera!

 

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Bersama Rakan di Facebook!

Anda Mungkin Ingin Tahu Tentang Tip Percutian Bajet Untuk Dompet Nipis!

LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)