PARTI MUZIKAL PERDANA TERBESAR CBEEBIES DI RESORT WORLD GENTING SEKARANG!

Sukakan watak-watak kartun popular Cbeebies? Inilah masanya untuk berparti bersama-sama! Buat julung-julung kalinya Teletubbies, Hey Duggee, Go Jetters dan Sarah & Duck menampilkan persembahan muzikal secara langsung mereka di Malaysia!

Watak-watak kartun kesayangan kanak-kanak daripada rangkaian hiburan kanak-kanak, British Broadcasting Corporation mengambil tempat di pentas Genting International Showroom. Digelar “CBeebies & Friends – It’s Party Time!’ yang memulakan persembahan muzikal perdana di Resort World Genting mulai 16 Mac 2019, menjanjikan persembahan penuh bertenaga dan menghiburkan!

cbeebies
Mesej Positif Dan Menyimpan Nostalgia

“Saya percaya yang kanak-kanak Malaysia membesar dengan menonton siri kegemaran seperti ikonik Teletubbies dengan watak dan nilai yang dibawa, segar dalam diri mereka hingga dewasa. Penerbitan seperti Cbeebies membuktikan komitmen Resort World Genting menyediakan pilihan hiburan yang lengkap untuk seisi keluarga. Pertunjukan ini sangat hebat kerana mereka menyampaikan mesej positif dan membuatkan ibu bapa serta anak-anak mereka terikat dalam sebuah nostalgia,” ujar Kevin Tann, Timbalan Presiden bagi Acara & Hiburan, Resort World Genting.

cbeebies

Persembahan Penuh Bertenaga dan Menghiburkan

Persembahan secara langsung ini dikendalikan oleh pengacara hebat yang memperkenalkan semua bintang Cbeebies sepanjang persembahan segmen Parti mereka yang tersendiri dan krew didatangkan dari Australia dan Singapura.

Setiap segmen dilengkapi dengan keunikan yang tersendiri dan tarikan yang menyeronokkan. Daripada pesta tarian bersama Teletubbies, Tinky Winky, Dispsy, Laa-Laa & Poo hinggalah kepada kadet sekolah yang paling kelakar bersama Go Jetters Xuli, Kyan, Lars, Foz and Ubercorn (penari disko unicorn).

Meraikan hari ulangtahun kelahiran Scaft Lady bersama Sarah dan rakan karibnya, Duck dan dapatkan “badge” kerjasama Hey Duggee dengan Duggee dan rakan-rakan dari Squirrel Club termasuk Betty the Octopus, Happy the Crocodile, Roly the Hippo, Tag the hino anda Norrie the Mouse.

Penonton dapat belajar, ketawa dan bermain bersama Cbeebies Friends istimewa melalui nyanyian, tarian dan persabahatan bersama, hinggalah membawa kepada acara kemuncak pesta iaitu tidak lain dan tidak bukan, menari bersama dengan belon parti gergasi! Hooray! Masa untuk Berparti!

“Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Resort World Genting untuk persembahan perdana Cbeebies ini. Kami sedar yang Cbeebies mempunyai ramai peminat di seluruh Malaysia dan Resort World Genting merupakan destinasi hiburan sekeluarga yang terkenal dengan persembahan keluarga bertaraf dunia sepanjang tahun,” ujar Nick Larkin, penerbit Live Show & Licensee of the British Broadcasting Corporation.

cbeebies

Harga Istimewa untuk Keluarga yang Mahu Berhibur dan Menginap

Persembahan muzikal extravaganza ini berlangsung dari 16 hingga 31 Mac 2019 di Genting International Showroom. Tiket boleh didapati pada harga RM186(VIP), RM156 (PS1) dan RM116 (PS2) dengan tambahan RM4 yuran pemprosesan. Kanak-kanak bawah usia 1 tahun masuk percuma.

Keluarga yang datang untuk menikmati persembahan ini layak mendapat tawaran menarik pakej “show-and-room” serendah RM353 nett, menawarkan penjimatan sebagai 51% bagai bilik standard dan harga tiket. Jom, tunggu apa lagi, tempah tiket anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut, lawati www.rwgenting.com atau telefon 02 2718 118.

(Visited 7,871 times, 1 visits today)