QSR BRANDS SUMBANG RM100 RIBU KEPADA PEKERJA TERJEJAS BANJIR DI PULAU PINANG

Dalam usaha untuk meringankan beban pekerja mereka, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali restoran makanan segera terbesar di rantau ini, telah menyumbang hampir RM100,000 kepada pekerja mereka yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.

Seramai 87 pekerja terjejas akibat krisis itu. Setiap pekerja yang terjejas menerima wang tunai RM1,000 dan bekalan makanan bernilai RM100. Sumbangan oleh QSR Brands sejajar dengan komitmennya terhadap kesejahteraan dan keselamatan pekerja mereka.

Pengarah Urusan QSR, Datuk Mohamed Azahari Kamil yang melawat kakitangan dan keluarga mereka untuk memberi sokongan dan menyerahkan sumbangan berkata, “Kami benar-benar prihatin dengan komuniti di Pulau Pinang dan ingatan serta doa  sentiasa mengiringi mereka yang terjejas oleh banjir ini.”

”Sudah tentulah kesejahteraan pekerja kami merupakan perhatian besar kami dan  kami akan terus memantau keadaan mereka pada masa-masa krisis dan membantu sedaya mungkin,” kata Datuk Azahari lagi.

banjir

Briged Waqaf Terlibat Di 18 Pusat Pemindahan Banjir Di PP

Sementara itu, Johor Corporation, syarikat induk QSR Brands, telah mengerahkan pasukan sukarela untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang menerusi misi bantuannya  “JCorp Prihatin Pulau Pinang”.

Pasukan sukarela yang digelar, Briged Waqaf telah terlibat di 18 pusat pemindahan banjir di tiga daerah di Pulau Pinang. Sudah pastinya usaha murni ini dapat membantu mengurangkan beban di kalangan mangsa banjir yang terdiri daripada para pekerja dan penduduk tempatan amnya.

Itu merupakan sebagaian daripada projek CSR yang dilakukan oleh JCorp untuk mereka yang ditimpa bencana dan kurang bernasib baik. Bahkan selaku majikan yang berwibawa QSR Brands dan Johor Corporation telahpun mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan beban pekerja mereka.

banjir

QSR Brands mempunyai Francaisi lebih dari 775 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pengendali Pizza Hut di Malaysia dan Singapura, dengan lebih daripada 390 restoran dan konsep penghantaran di Malaysia dan 80 restoran dan konsep penghantaran di Singapura.

Facebook QSR Brands

BACA: ORANG YANG KUAT MENANGIS MEMILIKI MENTAL YANG KUAT