REBUT PELUANG TERAKHIR KEMPEN JOM BERZAKAT OKTOBER INI!

Marilah rebut peluang terakhir kerana kempen menang hadiah untuk pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kini sudah hampir sampai ke penghujungnya. Anda tentu ingat bahawa kempen Jom Berzakat@zakat.com.my telah dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu. Kempen selama 3 bulan ini bakal berakhir pada 31 Oktober ini.

Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk merebut peluang terakhir memenangi hadiah menarik berupa telefon bimbit tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. yang telah berbesar hati menaja hadiah sebagai menghargai para pembayar zakat.

Jadi, apa tunggu lagi? Hanya klik link ini www.zakat.com.my/kempen dan klik butang “BAYAR ZAKAT ANDA” dalam link tersebut untuk membuat pembayaran zakat. Ketahui syarat-syarat penyertaan anda di sana.

peluang terakhir

Rebut Peluang Terakhir Untuk Menang Hadiah

Selama 3 bulan (Ogos,September & Oktober) pembayar baru melalui portal Pusat Pungutan Zakat akan berpeluang memenangi hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. Para pemenang hadiah bulanan akan diumumkan pada setiap bulan berikutnya dan majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan pada Karnival Zakat yang diadakan pada 01 Disember 2018 kelak.

 

Galakan Kepada Pembayar Zakat Baru

Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

peluang terakhir

Antara objektif lain kempen ini adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, syarikat yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan media sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portall PPZ-MAIWP.

Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta. Umat Islam diseru menunaikan zakat sebanyak 2.5% daripada harta atau pendapatan mereka untuk membantu asnaf. Jadi, jangan ketinggalan untuk merebut peluang terakhir yang pastinya menanti anda yang bertuah.

 

SELAMAT BERZAKAT
BERZAKAT MEMBAWA BERKAT

Talian zakat: ☎️1300885757

#bayarsekarang #jomberzakat #ppzmaiwp #ppzwilayah