GUARDIAN MALAYSIA CERIAKAN  DUNIA PEMINAT HELLO KITTY!

Berita baik buat semua peminat Hello Kitty apabila ia dan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. sekali lagi telah menjalinkan kerjasama. Buat kali pertamanya, para peminat kucing paling comel ini bakal berpeluang untuk memiliki tujuh barangan menarik yang direka khusus untuk Guardian Malaysia.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen, yang melancarkan koleksi tersebut baru-baru ini menjelaskan bahawa inisiatif pemasaran unik ini diadakan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat Hello Kitty.

 

Dua koleksi telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac nanti. Jadi, barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri.

 

“Kami yakin bahawa barangan comel ini bakal menambat hati pelanggan dan peminat.Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah,” jelas beliau.

hello kitty

Hello Kitty Celebrates

Rangkaian barangan “Hello Kitty Celebrates”– terdiri daripada selimut, kusyen, buku nota dan penanda buku dan direka untuk mencerminkan mood perayaan. Semua ini boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 1 Februari lalu sehingga 7 Mac ini.

 

Manakala koleksi yang lain – “Hello Kitty Hello Confidence,” pula terdiri daripada beg tote,beg makan tengah hari, beg kosmetik dan beg komputer riba, hadir dalam warna ungu dan merah jambu dan membawa mesej “cinta”, “ceria” dan “semarakkan cinta” bagi melambangkan Hari Wanita Sedunia. Ianya akan dijual pada 8 Mac hingga 18 April.

 

Hello Kitty telah memberi inspirasi kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Ia telah menubuhkan taman temanya sendiri iaitu Hello Kitty Town di Puteri Harbour di Johor.

 

Bersempena dengan pelancaran koleksi tersebut, Guardian Malaysia turut menawarkan lawatan ke Hello Kitty Town dan peluang bertemu Hello Kitty.

Mana-mana pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM150, termasuk mana-mana barangan Hello Kitty di stor-stor Guardian terpilih, akan berpeluang untuk menerima dua tiket percuma ke Hello Kitty Town. Namun, tiket tersebut adalah terhad.

hello kitty

Cara atau syarat penyertaan, pelanggan perlu membeli mana-mana daripada tujuh barangan yang ditawarkan dan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.

 

Jika anda peminat Hello Kitty, segeralah ke Guardian dan kumpul koleksi tersebut!

 

BACA: 6 KHASIAT VITAMIN E UNTUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN

(Visited 1 times, 1 visits today)