FACE OF HEALTHY BEAUTY EMPAT FINALIS MARA KE PERINGKAT AKHIR

Pencarian  Face of Healthy Beauty yang dibawakan oleh Guardian Malaysia ini bakal berakhir pada 27 Julai akan datang.

Seramai 4 finalis daripada setiap kawasan, bahagian Selatan, Utara, KL dan Sabah, Sarawak akan mara ke peringkat akhir itu nanti. Majlis grand final tersebut dijangka akan di adakan di Shah Alam.

healthy beauty

Empat pemenang daripada 16 peserta yang bertanding ke peringkat akhir itu nanti akan memenangi wang tunai  RM10,000.00 , baucer Guardian bernilai RM10,000.00dan RM 500 untuk disumbangkan kepada organisasi kebajikan pilihan mereka serta produk-produk daripada pihak penaja seperti Bio-Essence, Blackmoress, Garnier, Loreal, Maybelline, Nivea, Safi dan TRESemme.  Di samping itu juga, keempat-empat pemenang ini akan menjadi Duta Guardian Malaysia selama setahun.

Untuk Semi Finals Ketiga yang berlangsung di Central I-City Mall, Shah Alam baru-baru ini, 25 wanita telah berentap untuk maju ke peringkat akhir. Masing-masing cuba

menunjukkan kebolehan dan keperibadian yang dimiliki bagi meraih gelaran ‘The Face of Healthy Beauty’.

Empat finalis yang telah terpilih untuk mara ke peringkat akhir ialah:

Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal

Karyll Chee Kar-Yee

Nur Aimi Binti Abdul Ghani

Nurul Ezzaty Binti Hasbullah

(Untuk mengetahui lebih lanjut tentang empat finalis ini boleh didapati di laman web peraduan di https://theface.guardian.com.my  )

Bukan Sekadar Cantik Sahaja!

Mengimbas pelancaran pencarian ‘Face of Healthy Beauty’, yang telah berlangsung pada bulan Mei lalu, menurut  Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty Sdn Bhd , pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini bukan sebuah Pertandingan Kecantikan semata-mata. Banyak yang perlu dinilai selain daripada kecantikan yang dimiliki. Antaranya mestilah mempunyai kesihatan dan gaya hidup yang sihat, punya stail tersendiri, sentiasa berfikiran positif dan mempunyai personaliti yang menyenangkan.

Sebagai tambahan kepada empat pemenang nanti, lapan pemenang lain akan diumumkan. Pemenang kategori ini akan

dianugerahkan oleh pihak  penaja mengikut kriteria produk mereka. Antara kategorinya ialah Paling Sihat (Blackmores), Paling Elegan(Bio-essence), Paling Kelihatan Muda Remaja (Garnier), Mata Paling Menawan (L’Oréal), Paling Bersemangat (Maybelline), Paling Yakin (Nivea), Paling Menarik (TRESemmé)

Undi Jangan Tak Undi!

Bermula 8 Julai – 24 Julai 2019 di laman mikro, anda boleh mengundi finalis kegemaran anda untuk menang di Grand Finals nanti. Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang kepada 50% daripada jumlah keseluruhan pada pertandingan akhir nanti.

Untuk satu undi, tiada pembelian diperlukan, tetapi  jika anda mengundi  sebanyak 5 undian, anda perlu membeli barang dari Guardian. Bagi 10 undian pula, anda perlu membeli mana-mana jenama penaja dalam satu resit yang sama.

Jika peserta tersebut menang dalam Grand Finals nanti, dia akan melakukan cabutan dan  memilih pengundi bertuahnya. Sebanyak 4 cabutan akan dilakukan. Setiap pemenang akan memilih seorang  pengundi yang mana akan menerima baucer Guardian bernilai RM500.

Selain itu,  pertandingan Scan & Win untuk pelanggan masih berlangsung sehingga 7 Julai ini. Kod QR akan ditempatkan di kedai Guardian untuk pelanggan mengimbas. Selepas mengimbas kod QR, mereka hanya perlu menjawab empat soalan yang berkaitan dengan kecantikan yang sihat.

Selepas menjawab, anda akan menerima baucar segera untuk pembelian seterusnya.

(Visited 4,259 times, 1 visits today)