PENCARIAN INSAN GAGAH MALAYSIA KINI KEMBALI DALAM ‘R U TOUGH ENOUGH?’

Sebut sahaja GAGAH mungkin akan terbayang tubuh sador tapi maksud sebenar adalah lebih luas dari itu. Kekuatan fizikal, ketahanan mental dan kekentalan emosi akan membolehkan seseorang mengatasi cabaran dan halangan yang paling sukar.

 

Sesiapa sahaja boleh menang jika mereka bertekad akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan segala halangan demi mencapai impian. Kini tiba peluang untuk anda membuktikannya!

 

KIX HD (Astro Channel 729), saluran utama untuk hiburan berbentuk aksi di Asia, menjemput semua lapisan masyarakat Malaysia untuk mencuba R U Tough Enough? musim keempat.  Pemenang-pemenang yang lalu telah membuktikan bahawa kegagahan berada dalam semua aspek kehidupan dan semua orang boleh menjadi pemenang – Dinesh Jared Sundram seorang guru (2014) , kakitangan syarikat penerbangan yang beralih kerjaya ke bidang pastri, Chef DG Leoniel (2015) dan pengurus jualan IT yang bertukar kerjaya menjadi jurulatih kecergasan Benny Yeoh (2016) adalah contoh semangat juara R U Tough Enough?

GAGAH

10 Peserta Paling Gagah Akan Bertarung

Pada tahun ini, sepuluh peserta baharu akan dipilih untuk bersaing dalam The Ultimate Edition yang akan dihoskan oleh bekas duta, juara seni mempertahankan diri campuran (MMA) antarabangsa, pelakon dan model Peter Davis. Kesemua sepuluh peserta akan mengharungi beberapa siri cabaran sukar yang akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi mereka untuk dimahkotakan sebagai “Malaysia’s Toughest” 2017 dan memenangi hadiah bernilai hampir RM30,000.

 

R U Tough Enough?: The Ultimate Edition tahun ini akan menampilkan cabaran yang lebih epik – johan baharu yang dimahkotakan sebagai pemenang pada 2017 berpeluang untuk bersaing dalam pusingan bonus bersama kesemua tiga pemenang episod yang lalu untuk memenangi gelaran kehormat Pemenang Terulung R U Tough Enough?.

 

“Kami amat teruja untuk mempersembahkan tahun keempat R U Tough Enough? di Malaysia kerana terdapat begitu banyak cerita yang penuh inspirasi tentang wira tempatan. Dengan The Ultimate Edition, kami mengalu-alukan semua rakyat Malaysia yang percaya mereka mempunyai semangat juara untuk tampil ke depan kerana semua orang berpeluang untuk menang!” kata Shirley Cheong, Pengarah Eksekutif Pemasaran di KIX HD.

 

“Saya merasa sungguh gembira dapat kembali ke R U Tough Enough?, dan persaingan The Ultimate Edition untuk merebut gelaran ‘Pemanang Terulung’ pada tahun ini akan menjadikan lebih epik,” kata Davis. “Bagi saya, kegagahan mempunyai banyak makna, tapi paling utama ia adalah tentang samada kita sanggup untuk berusaha mengatasi cabaran lebih dari apa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Saya telah melihat betapa gagahnya rakyat Malaysia dan inilah masanya kita tunjukkan kebanggaan kita sekali lagi! Daftar untuk menyertai R U Tough Enough? dan tonjolkan kegagahan anda!

gagah

Duta R U Tough Enough 2017, Peter Davis.

Peluang Untuk Rakyat Malaysia Berusia 18 Tahun Ke Atas

R U Tough Enough? terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta mesti memohon secara dalam talian di www.KIX-TV.com/tough.   Calon yang telah disenarai-pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi uji bakat tertutup pada akhir Oktober dan sepuluh individu gagah akan dipilih untuk bertarung dalam pertandingan akhir di Sunway Pyramid pada 26 November.

 

Sebagai sebahagian dari proses pengambilan peserta untuk R U Tough Enough?, KIX HD akan menghantar pasukan Tough Troopers mereka ke beberapa lokasi utama di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk mencabar individu menonjol kegagahan mereka melalui beberapa siri ujian.

 

R U Tough Enough? ditaja oleh Fisherman’s Friend, gula-gula tekak yang ‘KUAT. MENYEGARKAN.’ Di antara rakan penaja rasmi lain adalah Berocca sebagai rakan prestasi rasmi, Celebrity Fitness Malaysia sebagai rakan kecergasan rasmi, Astro sebagai rakan penyiaran, Sunway Pyramid sebagai penaja lokasi dan Rojak Daily sebagai rakan media.

 

Maklumat lanjut di www.KIX-TV.com/tough. Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.

 

BACA – 6 MASA PALING BAGUS UNTUK MELAKUKAN SENAMAN