PEMBERSIHAN BERKESAN DENGAN PENCUCI DAPUR BIO-HOME

Pencuci dapur mudah dan berkesan bio-home ini telah diuji dan terbukti selamat serta lembut pada kulit. Tambahan pula, kesemua produk bio-home diperbuat daripada bahan aktif terbiodegradasidan dan berasaskan tumbuhan serta bebas daripada sebarang bahan yang berbahaya terhadap alam sekitar.

 

Bukan itu sahaja tau, semua produk bio-home ini mempunyai bau yang menyegarkan dan tahan lama. Formulasi tanpa bilas yang memudahkan kerja pembersihan lebih senang dan efisien. Malahan, bahan pembungkusan dibuat daripada bahan boleh kitar semula.

dapur

Pembersihan Berkesan daripada Pencuci Dapur

Pencuci dapur bio-home yang baru diperkenalkan ini merupakan gabungan agen pencuci mesra alam diperbuat dari bahan aktif semulajadi yang bertindak kuat ke atas kotoran degil dan kesan minyak, namun lembut pada kulit. Ia sesuai untuk semua permukaan dapur termsuk permulaan dapur memasak, ketuhar gelombang mikro, ketuhar serta sinki dapur.

 

Menurut kata Pengurus Produk, Penjagaan Rumah dan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Ms Tan Joo In, para pengguna di Malaysia kini semakin memilih produk yang lebih mesra alam dan lebih selamat untuk digukanan seisi keluarga. Lebih-lebih lagi yang ada anak-anak kecil.

dapur

“Pengguna hari ini cukup matang dalam memilih produk, yang lebih canggih dan mempunyai unsur tradisional yang kuat termasuk aroma yang unik. Namun, terbukti sangat berkesan,” jelas beliau.

 

Pembersih dapur bio-home ini didatangkan dalam dua variasi iaitu “Lemongrass & Green Tea’ dan juga “Lavendar & Bergamot”. Rangkaian pencuci dapur bio-home ini boleh didapati di seluruh Malaysia dengan harga RM10.60 untuk 500ml sebotol.