PENCUCI MULUT PERCUMA HARI  BAPA DI MARINI’S ON 57 DAN MARBLE 8

DALAM KESIBUKAN KITA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELANG, JANGAN LUPA PADA HARI BAPA YANG JATUH PADA HARI INI.

 

Bagi yang  ingin meraikan Hari Bapa dengan gaya paling mewah, anda wajar bawa bapa anda ke sini. Biarlah bapa anda rasa disanjung tinggi pada Hari Bapa ini dengan menjamu hidangan istimewa di restoran pencakar langit iaitu Marini’s on  57 atau Marble 8 di tingkat 56 oleh anak-anak tercinta.

 

Jika anda suka makanan Itali dan mahu stek terhebat, di sinilah tempatnya. Nikmati makanan Itali dan minuman enak di Marini’s on  57 atau nikmati stek lembut daripada daging lembu premium Angus dan Wagyu  di restoran stek mewah Marble 8.

hari bapa

HIDANGAN PEMANIS MULUT UNTUK BAPA

Tidak lengkap kalau makan tanpa pemanis mulut. Di sinilah letaknya kemanisan Hari Bapa buat anda semua. Nikmati pencuci mulut percuma yang  disediakan khas untuk semua bapa yang menimati hidangan di sini.

 

Chef kami akan menyediakan pencuci mulut mousse decadent. Nikmati Smoked Chocolate Mousse dengan serbuk kopi  arang di Marini’s on  57 atau meneroka tekstur berbeza Caramel Chocolate dan Banana Mousse yang ditabur dengan kacang macadamia di Marble 8.

 

Pencuci mulut komplementari  Hari Bapa ini dihidangkan pada 17 dan 18 Jun 2017. Untuk tempahan di Marini’s oni 57 atau Marble 8, hubungi +603 2386 6030 atau e-mel reservations@marinisgroup.com.

 

Marini’s on 57 (www.marinis57.com) terletak di Aras 57, Menara 3 Petronas.  Manakala Marble 8 (www.marble-8.com/) terletak di Aras 56, Menara 3 Petronas . Untuk maklumat mengenai Kumpulan Marini, melawat Marinisgroup.com.

 

Jika inginkan kelainan kali ini, bolehlah bawa bapa dan bapa mertua kesayangan anda ke sini. Selamat menyambut Hari Bapa buat semua bapa di luar sana. Semoga anda menjadi bapa terhebat di dunia ini. Sayangi keluarga anda dan lindungi mereka daripada sebarang ancaman atau kesusahan.