PENGANGKUTAN PERCUMA BUAT IBU MENGANDUNG SEMPENA HARI IBU

TAHUKAH ANDA, JANTUNG IBU MENGANDUNG BERDEGUP  20 KALI LEBIH SETIAP MINIT BERBANDING WANITA YANG TIDAK MENGANDUNG? INI UNTUK MEMASTIKAN SI IBU DAN ANAK DI DALAM KANDUNGAN MENDAPAT OKSIGEN DAN NUTRISI YANG SECUKUPNYA.

Memahami apa yang dilalui oleh para ibu hamil setiap hari,  Anmum™ Materna  bekerjasama dengan Riding Pink untuk memberi sokongan kepada ibu-ibu sempena Hari Ibu dengan membantu mereka dalam tugasan harian dan memberikan mereka pengalaman yang luar biasa.
Dari 8-31 Mei 2017, 25 ibu mengandung pertama yang mendaftar dengan Riding Pink akan mendapat perkhidmatan pengangkutan menakjubkan secara PERCUMA daripada Anmum™ Materna – sama ada untuk menghadiri pemeriksaan pra-natal, ke tempat kerja, membeli barangan dapur, atau untuk keluar bersantai dengan kawan-kawan.
Untuk menjadikan perjalanan ini lebih istimewa, ibu-ibu akan mendapat pilihan lagu istimewa Hari Ibu untuk dinikmati, dan juga nasihat pakar  tentang teknik pernafasan untuk ketenangan diri bagi ibu-ibu terpilih.
 mengandung

PENGANGKUTAN PERCUMA DAN HADIAH LAIN BUAT IBU MENGANDUNG

Setelah selesai perjalanan, mereka akan menerima pek hadiah ekslusif daripada Anmum™ Materna yang mengandungi pek nutrisi dan hadiah menarik sebagai persediaan untuk hari kelahiran.
 
Bukan itu sahaja, 100 orang lagi ibu yang mendaftar akan menerima potongan RM5 untuk perjalanan mereka dan sebuah Kit Vital Mama eksklusif yang dilengkapi dengan produk-produk khas untuk kegunaan ibu dan pilihan lagu Hari Ibu.
 
Riding Pink, perkhidmatan pengangkutan wanita yang pertama di Malaysia, ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi sokongan kepada para wanita dan ibu, menjadi penjana pendapatan tambahan melalui khidmat kenderaan yang selamat bagi pihak wanita.
 
Berkongsi matlamat yang sama, Anmum™ Materna memberikan keyakinan kepada para ibu  sepanjang perjalanan sebagai seorang ibu, dengan memberikan nutrisi yang sesuai untuk menyokong kehamilan mereka. Dengan visi ini, Anmum™ Materna dan Riding Pink telah memulakan inisiatif ini agar ibu-ibu mengandung dapat menikmati pengalaman yang sememangnya luar biasa.
 
mengandung

Kit Penting Ibu Mengandung

IBU MENGANDUNG SERING TIDAK CUKUP NUTRISI

Berbekalkan maklumat yang menunjukkan ramai ibu mengandung mungkin tidak menerima nutrisi mencukupi untuk diri mereka dan anak yang dikandung berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Jurnal Sains Kesihatan Malaysia pada tahun 2014ⁱ, kempen “Extraordinary Mums”  oleh  Anmum™ Materna telah menumpukan kepada kemungkinan kekurangan nutrisi.
 mengandung
Sebagai contoh, hanya 3%ⁱ ibu mengandung di Malaysia mendapat folat[i] mencukupi daripada diet harian mereka dan hanya 23%ⁱ ibu mengandung mengambil keperluan kalsium harian yang disyorkan daripada diet harian mereka.
 
Ibu mengandung memerlukan 600µgⁱⁱ folat sewaktu hamil untuk mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf manakala 1000mgⁱⁱ kalsium  adalah penting untuk keperluan mereka sendiri di samping menyokong tulang anak yang dikandung.
 
Walaupun kebanyakan ibu menyedari mereka perlu mengamalkan diet yang sihat dan seimbang untuk diri sendiri dan anak dalam kandungan, agak sukar untuk ibu-ibu yang sibuk mendapat nutrisi mencukupi melalui diet seharian biasa.
 
Contohnya, keperluan harian folat sebanyak 600µgⁱⁱ adalah bersamaan dengan 75 cawan beras ceruh, dan 1000mg kalsium boleh didapati dalam 10 biji kek kacang soya dan 11mg zink boleh diperoleh daripada 52 keping roti putih dan 55 pisang bersaiz besar.
 ibu mengandung
Untuk membantu para ibu mendapat nutrisi yang mencukupi untuk diri sendiri dan kandungan mereka, dua gelas Anmum™ Materna memberikan 100%ⁱⁱ keperluan harian folat, kalsium dan zink yang disyorkanⁱⁱ, dalam bentuk susu formula rendah lemak yang mudah disediakan.
 mengandung
Sempena Hari Ibu ini, raikan detik-detik kehamilan yang luar biasa bersama  Anmum™ Materna dan Riding Pink untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan percuma dan diskaun, selain daripada Kit Vital Mama eksklusif dengan sertakan butiran dan perjalanan  anda kepada kami di anmumpink@gmail.com.
Anda juga boleh melayari www.facebook.com/ConnectedMumsClub/ atau www.facebook.com/RidingPink untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman-pengalaman luar biasa  ini dan kenali ibu-ibu hebat lain.
SAKSIKAN VIDEO  ANMUM MATERNA X RIDING PINK EXTRAORDINARY RIDE
(Visited 1 times, 1 visits today)