BLOOM AND GROW DENGAN BANGGANYA MEMPERKENALKAN BABY TULA  DALAM PORTFOLIONYA

Bagaimana tercetusnya idea mencipta Baby Tula? Ikuti kisah menarik mengenai pasangan pengembara Ula dan Mike yang bertemu jodoh di San Diego, sebuah bandaraya yang digelar Bandaraya Terbaik di Amerika Syarikat.

Pengalaman pertama mereka melihat kaum ibu menggunakan penggendong bayi ialah ketika melancong ke Amerika Selatan, di mana mereka kagum melihat si ibu dan si kecil begitu selesa melakukan urusan seharian mereka bersama-sama. Namun, pasangan itu hanya mendapat cetusan idea pertama mereka ketika melancong ke negara asal mereka iaitu Poland dan Vietnam bersama-sama dengan anak mereka.

Setelah gagal menemui penggendong bayi yang sempurna, pasangan itu kemudiannya meminta bantuan daripada rakan-rakan, ahli keluarga serta ibu bapa lain yang mengalami masalah sama seperti mereka. Selepas beratus prototaip, akhirnya terciptalah penggendong Baby Tula yang amat dikenali hari ini kerana produknya yang berkualiti, rekaannya yang unik dan ergonomik, selesa serta bergaya untuk si kecil dan penjaganya.

Tula merupakan salah satu daripada jenama pengendong bayi ternama dan paling selamat di pasaran. Ia diperbuat daripada 100% kanvas kapas dan fabrik berkualiti serta didatangkan dalam pelbagai pilihan corak dan warna untuk digayakan oleh si pemakai.

Reka bentuk Tula yang kemas dan boleh diubahsuai sepenuhnya dihasilkan dengan penuh teliti bagi menjamin keselesaan si pemakai dan si kecil, daripada bayi hinggalah kanak-kanak bertatih. Penggendong bayi ini boleh dipakai sama ada di depan atau di belakang dan ia memberikan sokongan optimum terhadap perkembangan tubuh bayi dengan tempat duduk posisi M yang ergonomik.

Penggendong bayi ini turut dilengkapi dengan penutup kepala yang boleh ditanggal bagi menyokong kepala bayi ketika sedang tidur, melindungnya daripada sinaran matahari atau angin, serta membolehkan ibu menyusu si kecil dengan selesa. Ia turut dilengkapi dengan poket hadapan untuk menyimpan barangan keperluan si kecil.

Ia boleh didapati dalam tiga saiz iaitu; Standard (6.8-20.4 kg atau 15-45 paun), Toddler (11.3-27 kg atau 25-60 paun) dan Free-to-Grow (3-20.4 kg atau 7-45 paun).

Pelbagai Pilihan Pengendong Baby Tula Untuk Anda

 

baby tula

Free-To-Grow Carrierbaby tula

Baby Tula Free-to-Grow Carrier merupakan penggendong bayi boleh laras yang direka bentuk agar ia boleh membesar bersama si kecil (3-20.4 kg atau 7-45 paun). Selain mempunyai ciri-ciri menghala ke dalam, dua posisi standard dan penggendong bersaiz kanak-kanak bertatih, Baby Tula Free-to-Grow Carrier turut menawarkan tetapan tinggi serta lebar boleh laras bagi memastikan si kecil sentiasa berada dalam posisi yang betul dan ergonomik pada setiap tahap perkembangannya tanpa memerlukan pelapik tambahan untuk bayi.

  1. Panel Badan Berinovatif

Terdapat tiga tetapan lebar dan dua tetapan tinggi boleh laras bagi memastikan si kecil berada dalam posisi yang selesa serta ergonomik daripada baru lahir, bayi dan awal bertatih

  1. Penyandang Bahu Berlapik Dengan Dwi Pelarasan

Memberikan keselesaan optimum pada leher dan bahu serta membolehkan pelbagai pengguna membuat pelarasan dengan mudah dan pantas.

  1. Kain Twil Telap Udara & Ringan

Buatan tangan menggunakan 100% fabrik OEKO-TEX® Standard 100 yang disahkan

  1. Pelbagai Posisi Ergonomik

Pilihan sama ada untuk menggendong di hadapan atau di belakang yang memberikan posisi semula jadi serta ergonomik terbaik untuk jangka panjang, keselesaan ketika menggendong yang menggalakkan pertumbuhan pinggul serta tulang belakang bayi yang sihat

  1. Tali Pinggang Lebar Berlapik

Memberikan keselesaan yang unggul bagi membantu pengagihan berat, serta dilengkapi dengan poket besar di bahagian hadapan

  1. Pelapik Kaki Ekstra

Memastikan bayi selesa agar boleh dikendong lebih lama

  1. Reka Bentuk Mudah Untuk Dilaras

Keupayaan untuk dilaras berulang kali agar sentiasa sesuai dengan saiz bayi ketika sedang membesar. Boleh digunakan daripada (3-20.4 kg atau 7-45 paun), tanpa memerlukan pelapik untuk bayi

  1. Rekaan Sedondon Tapak & Penutup Kepala

Rekaan tapak twil dengan penutup kepala sedondon yang mudah ditanggalkan, menyokong kepala bayi ketika sedang tidur, melindunginya daripada cahaya matahari ketika sedang bersiar-siar, dan privasi ekstra ketika menyusu susu ibu

Harga Runcit Disyorkan: Free-to-Grow – RM 839

baby tula

 

Standard & Toddler Canvas Carrierbaby tula

Standard Canvas Tula Baby Carrier menawarkan penggunaan yang mudah kepada ibu bapa dalam pelbagai posisi, keselesaan yang unggul dan pilihan pelbagai corak yang sesuai dengan gaya mereka.

  1. TEMPAT DUDUK POSISI M YANG ERGONOMIK

Menyokong perkembangan tubuh bayi yang selamat

  1. PENYANDANG BAHU BERLAPIK DENGAN DWI PELARASAN

Memberikan keselesaan optimum pada leher dan bahu serta membolehkan pelbagai pengguna membuat pelarasan dengan mudah dan pantas

  1. KANVAS TELAP UDARA & RINGAN

Buatan tangan menggunakan 100% kanvas OEKO-TEX® Standard 100 yang disahkan

  1. PELBAGAI POSISI ERGONOMIK

Pilihan sama ada untuk menggendong di hadapan atau di belakang yang memberikan posisi semula jadi serta ergonomik terbaik untuk jangka panjang, keselesaan ketika menggendong yang menggalakkan pertumbuhan pinggul serta tulang belakang bayi yang sihat

  1. TALI PINGGANG LEBAR BERLAPIK

Memberikan keselesaan yang unggul bagi membantu pengagihan berat, serta dilengkapi dengan poket besar di bahagian hadapan

  1. PELAPIK KAKI EKSTRA

Memastikan bayi selesa agar boleh dikendong lebih lama

  1. REKA BENTUK MUDAH UNTUK DILARAS

Boleh didapati dalam dua saiz: Standard dan Toddler. Membolehkan ia digunakan lebih lama sejak bayi baru lahir hingga bertatih. Penggendong bayi bersaiz Standard boleh digunakan oleh bayi antara 6.8 hingga  20.4 kg manakala saiz Toddler pula daripada 11.3 hingga 27 kg. Penggendong bayi bersaiz Standard boleh digunakan untuk bayi baru lahir dengan menggunakan Tula Infant Insert (Dijual Berasingan)

  1. REKAAN SEDONDON TAPAK & PENUTUP KEPALA

Rekaan tapak kanvas bercetak sepenuhnya dengan penutup kepala sedondon yang mudah ditanggalkan, menyokong kepala bayi ketika sedang tidur, melindunginya daripada cahaya matahari ketika sedang bersiar-siar, dan privasi ekstra ketika menyusu susu ibu

Harga Runcit Disyorkan:

Standard – RM 629

Toddler – RM 839

Infant Insert – RM 209

 baby tula

 

baby tulaCoast Carrier

Memiliki ciri-ciri yang sama dengan penggendong bayi standard tetapi menawarkan reka bentuk kerangka panel yang menggunakan bahan mesh telap udara. Panel berkenaan membenarkan pengudaraan ke tubuh bayi, sesuai untuk gaya hidup aktif dan digunakan di negara beriklim panas.

Tula Coast Carrier boleh didapati dalam kedua-dua saiz Standard serta Toddler kami, dalam rekaan Juliette dan Navigator.

 

Harga Runcit Disyorkan:

Standard – RM 629

Toddler – RM 839

Free-to-Grow Coast – RM 839

Instagram: @babytulaasia

Facebook: @babytulaasia