KEMPEN PENJAGAAN DIRI TERBAEK NIVEA BERSAMA KHAI BAHAR DAN NABILA RAZALI

Menerapkan gaya hidup sihat dan bersih serta kepentingan penjagaan diri wajar diajarkan pada anak-anak. Apatah lagi apabila menjelang remaja mereka akan mengalami fasa akil baligh. Remaja perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang penjagaan diri yang baik supaya mereka dapat mengatasi masalah peluh dan bau badan dengan betul.

 

Apabila mereka dilengkapi dengan pengetahuan ini, fasa remaja yang sememangnya sukar dari segi fizikal dan sosial boleh lebih mudah diatasi. Sewaktu fasa akil baligh mereka mengalami perubahan ketara termasuk dari segi suara, emosi dan fizikal.

 

Di samping itu, antara perubahan besar yang perlu dihadapi adalah peluh berlebihan yang berpunca daripada kelenjar apokrin yang terletak di bawah lengan.

 

Apabila peluh bergabung dengan bakteria pada kulit, ia boleh menyebabkan masalah bau badan.Ada sesetengah remaja yang tidak menyedari bau badan ini, dan menyebabkan orang di sekeliling berasa tidak selesa.

penjagaan diri

 

Pupuk Tabiat Penjagaan Diri

Menyedarinya, NIVEA tampil dengan kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ yang bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah menengah di seluruh negara, cara-cara untuk memupuk tabiat penjagaan diri yang terbaik .

 

Kempen ini merupakan satu inisiatif berjangka panjang dan ia membabitkan sebuah pasukan khas yang akan melawat sekolah menengah di bandar-bandar utama Malaysia. Dalam setiap lawatan, mereka akan berkongsi sebuah ceremah selama 45 minit yang akan meliputi aspek-aspek utama kebersihan diri termasuklah penjagaan bahagian bawah lengan dan dandanan diri; khususnya kepada pelajar yang sedang mengalami perubahan akil baligh.

 

Bagi memberikan para pelajar lebih peluang untuk melibatkan diri, kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ ini turut mempunyai lagu tema tersendiri yang bertajuk ‘Langkah Berkeyakinan’. Ia dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Khai Bahar dan Nabila Razali. Lagu yang disampaikan secara interaktif ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang penjagaan diri dan bahagian bawah lengan.

 

Encik Ng Hock Guan, Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, berharap kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dapat menjadi sumber rujukan terbaik mereka untuk mempelajari lebih lanjut tentang kebersihan diri dan penjagaan bahagian bawah lengan.

 

“Dengan menggunakan deodoran NIVEA dalam rutin harian, mereka akan dapat kekal segar, kering dan selesa sepanjang hari dan mencegah pembentukan bakteria yang menyebabkan bau badan. Kami juga berharap mereka dapat berkongsi ilmu yang dipelajari bersama pelajar lain agar tabiat penjagaan diri yang baik ini dapat diteruskan sehingga mereka dewasa kelak,” jelas beliau.

penjagaan diri

Pertandingan Muzik Video ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA

Para pelajar juga berpeluang menyertai kempen ini dengan mengambil bahagian dalam pertandingan muzik video ‘Penjagaan Diri Terbaek’ NIVEA dan berkongsi video tersebut di platform digital seperti Facebook dan Instagram!

 

Mereka hanya perlu muat naik video ‘Langkah Berkeyakinan’ NIVEA mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti Musical.ly, Tik Tok and Smule, dan kongsikannya di akaun media sosial mereka menggunakan hashtag #myNIVEA and #LangkahBerkeyakinan.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi NIVEA, www.facebook.com/mynivea/, dan NIVEA Men, www.facebook.com/myniveamen/.