Penjagaan Rambut Dengan Dove Nutritive Solutions

penjagaan rambutDove memahami bahawa wanita masa kini amat memerlukan kaedah penjagaan rambut terbaik bagi menangani pelbagai masalah berkaitan rambut.  

 

Bagi memenuhi keperluan ini, seluruh rangkaian produk penjagaan rambut Dove telah dinaik taraf kepada Dove Nutritive Solutions bertujuan memberikan kaedah penjagaan rambut terbaik kepada wanita dengan formulasi yang dipertingkat untuk memperbaiki rambut rosak segera dan menyuburkannya secara progresif.

 

“Sebagai pakar memperbaiki rambut rosak, Dove komited ke arah mencipta rumusan penjagaan rambut yang mampu meresap hingga ke akar. Rumusan ini berupaya memperbaiki segera kerosakan di samping memberikan penjagaan berterusan untuk hasil yang kekal lama. Keratin Repair Actives yang telah dipatenkan boleh didapati dalam rangkaian produk kami yang terkenal, Intense Repair, kini diperluaskan kepada produk penjagaan Hair Fall Rescue dan Nourishing Oil Care bagi memberi kesuburan secara berterusan dan menguatkan rambut dari dalam.

 

Baca juga: Fungsi teh hijau bukan sahaja memiliki nutrisi dan mineral yang berperanan sebagai antioksidan, malah ia dapat membantu badan kurus dengan cepat.

 

 

penjagaan rambutDi samping itu, rumusan ini mengandungi teknologi Microsheet untuk memberi kelembutan segera dan memulihkan permukaan rambut, menjadikan rambut lebih terurus, lembut dan kelihatan sihat pada cucian pertama,” kata Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Vincent Chong.

 

Tambah Vincent, “Tanda kerosakan yang jelas kelihatan akibat panas, bahan kimia, cuaca yang kurang baik, dan geseran dapat diatasi dengan formulasi yang dipertingkatkan ini. Pada masa yang sama, formula ini bertindak untuk meresap jauh ke dalam gentian rambut untuk memulih dan menyuburkannya. Teknologi Dove yang telah dipatenkan ini segera menangani tanda-tanda kerosakan sambil terus menyuburkan rambut dari dalam, bertujuan menjadikan rambut kelihatan bertambah cantik, hari demi hari.”

 

Setiap produk dalam rangkaian Dove Nutritive Solutions terbaharu menawarkan kaedah penyuburan terunggul bagi memenuhi keperluan pelbagai jenis rambut yang berbeza seperti Dove Instant Repair, Dove Hair Fall Rescue, Dove Volume & Nourishment, Dove Nourishing Oil Care, Dove Straight and Silky dan Dove Dandruff Care.

Penjagaan Rambut Dengan Dove Nutritive Solutions dan KEMPEN PLAY. DOVE. REPEAT.

Dove sememangnya tahu bahawa wanita suka menggayakan rambut mereka sama ada dengan menggunakan pelurus rambut, penggulung, pengering, pewarna, atau pengerinting rambut, tetapi mereka juga sering bimbang tentang kerosakan yang dialami. Dengan evolusi teknologi Dove yang terkini, Dove menggalakkan wanita untuk berulang kali menggayakan rambut mereka kerana Dove berupaya menangani sebarang kerosakan.

 

Sempena Kempen PLAY. DOVE. REPEAT., Dove melancarkan Dove Salon yang memberikan kebebasan kepada wanita untuk meneroka dan mencuba gaya rambut yang berbeza tanpa perlu risau tentang kerosakan. Terletak di Monsoon-id, Tropicana City Mall, Dove Salon menjadi platform untuk wanita mencuba dan mengalami sendiri kehebatan rangkaian produk Dove Nutritive Solutions.

 

Para pengguna boleh mencuba pelbagai gaya rambut terkini di www.dovehair.com.my serta memilih gaya rambut pilihan mereka dan datang ke Dove Salon untuk membuat ‘makeover’ mengikut gaya rambut pilihan mereka dengan pembelian produk Dove bernilai RM45 di salun berkenaan. Pengguna juga berpeluang untuk memilih sama ada mahu mewarnakan, mengerinting atau meluruskan rambut mereka. Semasa menjalani ‘makeover’, wanita yang menyertai Kempen PLAY.DOVE.REPEAT. juga dapat merasai manfaat rangkaian produk terbaharu Dove Nutritive Range melalui cucian dan rawatan rambut yang dilakukan.

 

Dove Salon dibuka kepada pengguna bermula pada 29 April 2016 hingga 29 Mei 2016 (sebulan).

 

Rangkaian produk terbaharu Dove Nutritive Solutions merupakan teman penjagaan rambut baru bagi semua wanita, yang membawakan teknologi terkini dari Dove bagi melindungi, menguatkan dan menjadikan rambut lebih cantik setiap hari. Dapatkan sebotol rangkaian produk Dove sekarang yang boleh didapati di seluruh negara pada harga RM15.75 untuk 375ml/330ml.

 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk-produk Dove dan Dove Salon, sila layari www.dovehair.com.my.

(Visited 3 times, 1 visits today)