PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF 2017 PPZ-MAIWP

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017, anjuran PPZ-MAIWP dengan tajaan Coudre Kuala Lumpur telah diadakan di Wisma PPZ baru-baru ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah.

 

Sebanyak 13 video telah disenarai pendek oleh panel juri untuk ke peringkat akhir. Video ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’ dihasilkan oleh Muhammad Hanif Bin Ngarisan,26, telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dan juga turut memenangi Anugerah Video Pilihan.

 

Beliau berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2000 bagi tempat pertama dan RM1000 bagi kategori Anugerah Video Pilihan Ramai yang ditaja oleh Coudre Kuala Lumpur.

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF 2017 PPZ-MAIWP

Hadiah Pertandingan Lumayan

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017, anjuran PPZ-MAIWP telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada semua pihak, khususnya golongan belia. PPZ- MAIWP telah menerima hampir 50 penyertaan sejak ianya dibuka dari 15 Ogos sehingga 30 September lalu.

Para peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan, mestilah berusia 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan mengetengahkan idea dengan tema yang telah ditetapkan iaitu ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’.

 

Manakala durasi video yang disyaratkan adalah selama tiga minit. Ianya perlu dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar, tetapi bebas menggunakan sebarang perisian bagi tujuan penyuntingan.

 

Selain itu, montaj video pula hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati) dan Anugerah Video Pilihan Ramai. Anugerah khas ini dibuat berdasarkan jumlah Like dan juga SHARE yang telah diperoleh.

 

 

Tahniah Kepada Semua Pemenang!

Bagi Muhammad Hanif, 26, beliau sendiri tidak menyangka projek video yang memakan masa selama dua minggu itu  berjaya memperoleh dua kemenangan. Tambahan pula, beliau tidak pernah menimba sebarang pengalaman menghasilkan video bagi mana-mana pertandingan.

 

“Mungkin, inilah yang dinamakan rezeki anak saya yang baru berusia empat bulan. Syukur allhamdulillah. Lagipun, video ini saya hasilkan bersama isteri. Kiranya video ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’  terhasil menerusi gabungan idea kami bersama.Isteri saya, Normarina Binti Mohd Yusof lah yang bertindak sebagai jururakamnya dan saya selaku pelakon utamanya,” ujar Muhammad Hanif, tanpa berselindung.

hadiah pertandingan

 

Majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, selaku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan juga Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP serta Cik Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin, Pemilik Boutique Coudre KL, selaku penaja utama pertandingan tersebut.

 

BERIKUT SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF 2017

 

TEMPAT PERTAMA: RM2,000 – Encik  Muhammad Hanif Bin Ngarisan

 

TEMPAT KEDUA: RM1,500 – Syahidah Binti Baharudin

 

TEMPAT KETIGA: RM1,000 – Nurhidayah Binti Atmin

 

ANUGERAH PILIHAN RAMAI: WANG TUNAI BERNILAI RM1,000

Muhammad Hanif Bin Ngarisan –Video beliau telah mendapat 752 Like dan 529 Share.

 

 

SAGUHATI: WANG TUNAI BERNILAI RM500 TIAP SEORANG

Nurmanisya Binti Sharudin

Muhammad Adam Bin Ibrahim

Muhammad Fairullah Bin Hamran

Mohd Amirul Ashraf Bin Abdul Aziz

Nik Puteri Nur Anis Binti Noor Azmi

Nabeel Fakrul Razy Bin Jufri

Anis Asyikin Bin Alias

Muhammad Zuhaily Bin Razali

Muhammad Norazi Nazreel Bin Mohd Yazid

 

Okay, bagi anda yang masih belum follow jangan lupa ya:

FB: facebook.com/myzakat

Twitter: twitter.com/ppzwp

YouTube: youtube.com/ppztv

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

Talian Zakat 1- 300 – 88 – 5757

Portal Zakat www.zakat.com.my

 

Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP ke premis anda, boleh menghantar email ke udpkhas@zakat.com.my

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan agihan pula, sila hubungi Baitulmal-MAIWP di talian 03-2617 5222 / 012-518 3614 / 012-512 7614

 

BACA: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN PELANCARAN FB SAHABAT ZAKAT