10 Faktor Penyebab Faraj Berbau Busuk

faraj berbauFaraj Berbau? Kalau berbau wangi, baguslah tapi kalau faraj berbau busuk inilah yang kita tak mahu dengar! Baunya pula bukannya sikit tapi ibarat duduk sebatu pun boleh terhidu. Alamak malunya…

Tercium bau yang kurang menyenangkan dari faraj atau vagina membuatkan ramai wanita berasa tidak selesa, resah dan hilang keyakinan diri. Biarpun faraj berbau adalah sesuatu yang normal, namun  bagi sebahagian wanita yang mengalaminya  merasakan amat mengganggunya  terutama apabila mahu melakukan hubungan intim dengan pasangan.

Ada suami yang mengeluh sampai kena pasang kipas waktu hendak bersama sebab terlalu busuk. Kalau inilah keadaannya, memang sangat kritikal dan perlu bertindak segera.

Mamanet percaya, ramai wanita ingin tahu mengapa kawasan tersebut boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Anda perlu tahu penyebab faraj berbau supaya anda boleh segera mengatasinya.

 

Baca juga:Penyebab Vagina Gatal. Confirm! Tentu ramai yang nak tahu apa punca ataupun yang menjadi penyebab Miss V anda terasa amat gatal dan ‘mengenyam’!

 

Antara Penyebab Faraj Berbau:faraj berbau

 

  1. Adanya infeksi kulat dan bakteria, seperti kulat candida albicans dan bakteria haemophillus vaginalis. Sama ada daripada anda sendiri atau pun suami.

 

  1. Suami tidak menjaga kebersihan alat sulitnya hingga menyebabkan jangkitan pada anda sewaktu mengadakan hubungan seksual.

 

  1. Kurang menjaga kebersihan faraj. Jarang mencukur atau tidak mencukur bulu kemaluan. Kalau dah panjang, jangan disimpan, cepat-cepat cukur kerana ia boleh membuatkan faraj berbau.

 

  1. Akibat kerap memakai pakaian dalam yang terlalu ketat atau bahan sintetik sehingga tidak menyerap peluh.

 

 

  1. Adanya perubahan hormon hingga menyebabkan keluar cecair berlebihan dan faraj sentiasa lembab serta boleh menimbulkan infeksi jika tidak dibersihkan dengan kerap.

 

 

  1. Penggunaan pad/pantyliner yang terlalu lama hingga menyebabkan jangkitan kuman.

 

 

  1. Akibat PMS atau masa menuju hari kitaran haid.

 

 

  1. Penggunaan pembersih faraj yang berlebihan atau tidak sesuai dengan kulit anda kerana ada kandungan bahan kimia.

 

 

  1. Masalah keputihan yang berlebihan. Salah satu makanan yang boleh menyebabkan keputihan adalah timun.

 

 

  1. Faktor persekitaran. Mangkuk tandas yang kotor boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kurangkan penggunaan tandas awam jika boleh. Jika terpaksa pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga. Misalnya gunakan plastik pengalas mangkuk tandas.

 

Baca juga: Rahsia Suami Isteri. Tentu ada di antara kita yang dalam diam-diam memendam rasa hati disebabkan kehangatan hubungan seks yang semakin pudar. Lebih lagi, kalau dah bertahun kahwin!

 

Cara Menghilangkan faraj berbau busukfaraj berbau

  1. Cara terbaik untuk mengatasi faraj berbau adalah dengan menggunakan daun sirih sebagai bahan pembersih semulajadi dari luar dan dalam tubuh. Gunakan daun sirih sebagai penghilang bau faraj yang tidak menyenangkan.
  2. Gunakan air garam. Bancuh 2 sudu garam dengan secawan air panas. Masukkan air garam tadi ke dalam baldi atau besen. Gunakan sebagai bilasan setiap kali anda selesai membuang air kecil atau besar atau selepas bersama suami.
  3. Biarkan faraj anda kering sebelum memakai seluar dalam. Jika di rumah anda boleh gunakan ‘hair dryer’ untuk mengeringkannya.
  4. Sebaiknya jika di rumah tidak perlu memakai seluar dalam dan pakailah pakaian yang longgar untuk membolehkan pengaliran udara.
  5. Jika keadaan tidak berubah atau semakin teruk, dapatkan nasihat doktor. Doktor mungkin akan memberi anda ubat antibiotik.
  6. Elakkan melakukan hubungan seksual sehinggalah keadaan anda pulih sepenuhnya.

p.s: Untuk membangkitkan rasa ghairah sebelum bersama suami, sapukan kapas yang telah dititis dengan minyak wangi tanpa alkohol di sekitar faraj.

p.s.s: Cuci faraj sebelum dan selepas bersama suami.

Leave a Reply