6 SOLUSI UNTUK ATASI PENYEBAB RAMBUT BERMINYAK

Ramai di antara kita yang mengalami masalah rambut berminyak ini. Sebenarnya, apakah penyebab rambut berminyak? Rambut berminyak terjadi kerana kadar minyak rambutnya terkeluar lebih banyak. Biasanya rambut berminyak  cenderung kelihatan tidak bermaya dan kusam.

 

Ada banyak cara untuk untuk mengatasi rambut berminyak dan kusam. Sebelum kita mengatasi masalah tersebut, terlebih dahulu kita mengetahui penyebab ataupun puncanya.

 

 

Berikut Adalah Beberapa Penyebab Rambut Berminyak Yang Wajar Kita Ketahui:

  1. Terlalu Kerap Mencuci Rambut

Mencuci rambut pada setiap hari juga boleh membuatkan minyak semulajadi di rambut hilang. Keadaan ini membuatkan kulit kepala akan menjadi lebih banyak mengeluarkan minyak.

Penyebab Rambut Berminyak

 

  1. Teknik Menggunakan Perapi Rambut Yang Salah

Pemakaian perapi rambut atau conditioner yang sebetulnya adalah dari tengah rambut sehingga ke hujung rambut. Hindari menggunakan perapi rambut di kulit kepala kerana apabila kita memakainya sampai ke akar rambut, ia hanya akan menjadikan rambut kita semakin berminyak.

Penyebab Rambut Berminyak

 

  1. Menggunakan Sikat Yang Kotor Dan Penuh Dengan Rambut

Cuba tengok sikat yang kita gunakan. Adakah keadaannya kotor dan penuh dengan sisa-sisa rambut? Sikat yang kotor juga boleh menjadi salah satu penyebab kulit kepala kita mengeluarkan lebih banyak minyak sehingga menjadikan rambut kusam dan membuatkan pori-porinya tersumbat.

Penyebab Rambut Berminyak

 

  1. Menggunakan Minyak Rambut Atau Serum Rambut Secara Berlebihan

Penggunaan minyak rambut atau serum rambut secara berlebihan boleh membuatkan rambut menjadi lebih berminyak dan kusam. Apatah lagi jika kita mengaplikasikannya sehingga ke akar rambut, ia akan membuatkan rambut bertambah kusam dan melekit.

Penyebab Rambut Berminyak

 

  1. Salah Pakai Produk Rambut

Kita perlu tahu jenis rambut kita supaya tidak tersalah memilih atau memakai produk rambut yang boleh membuatkan rambut menjadi lebih berminyak dan kusam. Gunakan produk rambut yang tepat dan sesuai dengan jenis rambut supaya rambut menjadi lebih sihat, terawat dan cantik.

Penyebab Rambut Berminyak

 

  1. Stress

Stress juga boleh menjadi punca rambut kita jadi berminyak, kusam, rosak, berkelemumur, kulit kepala gatal dan sebagainya. Apabila dihambat stress banyak masalah termasuk kesihatan tubuh, kecantikan kulit dan rambut akan terjadi.

Penyebab Rambut Berminyak

 

Itulah antara kebiasaan atau penyebab rambut berminyak yang sebaiknya kita hindari kerana ia akan menjadi punca dari rambut berminyak. Semoga artikel ini bermanfaat dan mampu mengatasi masalah rambut berminyak yang sedang anda hadapi.

 

BACA: BAKING SODA JADIKAN RAMBUT ANDA LEBIH KUAT DAN BERKILAU