Menang Kereta Dalam Peraduan Balik Kampung MAGGI

peraduan balik kampungPeraduan Balik Kampung Bersama MAGGI®. Mak aii… Boleh menang kereta Nisan Grand Lavina! Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk memenanginya.

 

Sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, MAGGI®, jenama kegemaran Malaysia, terus berusaha untuk menggembirakan para pengguna dan mengeratkan tali silaturahim dalam kalangan ahli keluarga!

Peraduan Balik Kampung Bersama MAGGI® tawar sebuah Nissan Grand Livina dan hadiah lain bernilai lebih RM400,000

Menerusi inisiatif menarik terbarunya – Peraduan Balik Kampung Bersama MAGGI®,  anda berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama yang menjadi idaman ramai, sebuah Nissan Grand Livina dan juga pelbagai hadiah menarik lain, yang semuanya bernilai lebih daripada RM400,000.

 

Memandangkan ramai yang tidak sabar-sabar untuk ‘balik kampung’, hadiah utama yang ditawarkan untuk peraduan ini ialah tiga buah Nissan Grand Livina 1.6 (A) bernilai RM91,100 setiap satu, dan 200 unit Pemproses Makanan Philips bernilai RM499 setiap satu sebagai hadiah sagu hati.

 

Sebagai ganjaran tambahan, MAGGI® juga akan menawarkan 50 hadiah mingguan berupa Kad Hadiah Petronas bernilai RM100 setiap satu. Peraduan selama lapan minggu ini diadakan dari 1 Mei hingga 30 Jun 2016.

 

Baca juga: Busana Bahari Asyek telah bersiap sedia sempena bulan Syawal yang bakal menjelang dengan menghasilkan pelbagai fesyen busana menarik khusus untuk hari raya.

peraduan balik kampung

Menurut Rosalyn Simba, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Bahagian Makanan, Nestlé (Malaysia) Berhad, mereka  berharap menerusi peraduan ini dapat menyebarkan kegembiraan kepada rakyat Malaysia sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Hadiah utama berupa Nissan Grand Livina 1.6 (A) semestinya menarik hati mereka yang bercadang untuk ‘balik kampung’ untuk beraya sakan!

 

“Selain menawarkan pelbagai hadiah hebat lain, peraduan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha MAGGI® untuk membolehkan pengguna kami mencipta detik indah menyediakan sajian yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

 

Sejiwa dengan cogan kata kami, ‘Happiness is Homemade’, kami di MAGGI® benar-benar yakin bahawa tiada apa yang dapat dibandingkan dengan sajian yang dimasak di rumah, dan dihidangkan dengan penuh kasih sayang,” beritahunya lagi.

 

Di majlis pelancaran peraduan balik kampung di Pasaraya Giant Bandar Kinrara Mall, selebriti tempatan Chef Zam telah mengadakan demonstrasi memasak dan menghidangkan sajian yang menambat selera menggunakan produk MAGGI®, seperti Rendang Perak dan Acar Jelateh.

 

Baca juga: Acara The Great Cloth Diaper Change (GCDC 2016)  cuba memecahkan catatan semasa Rekod Dunia iaitu sebanyak 8,459 bayi ditukar lampin pada masa yang sama di seluruh dunia.

 

Rakyat Malaysia boleh mencipta sajian menyelerakan mereka sendiri pada bulan Ramadan ini dengan resipi mudah MAGGI® untuk menghidangkan masakan rumah lazat yang boleh dinikmati bersama orang tersayang. Resipi ini boleh didapati dengan mudah dalam bentuk video menerusi laman web, Facebook dan YouTube MAGGI®, selain kad resipi yang boleh didapati di gedung runcit.

 

“Sempena bulan Ramadan yang mulia, kami juga akan melancarkan pameran bergerak di seluruh negara untuk mengagihkan bubur lambuk kegemaran ramai kepada orang awam pada bulan Jun. Sebagai jenama yang prihatin terhadap kesejahteraan dan kegembiraan pengguna, kami sedar akan tanggung jawab sosial kami kepada masyarakat. Kami tidak sabar-sabar untuk menggembirakan rakyat Malaysia dengan tawaran kami sempena bulan Ramadan tahun ini!,” tambah beliau lagi.

 

Untuk memenangi hadiah hebat dari MAGGI® sempena bulan Ramadan, anda hanya perlu membeli produk MAGGI®  dan mengisi borang peraduan yang disediakan. Untuk memudahkan para pengguna, borang ini boleh didapati di kedai-kedai atau boleh dimuat turun menerusi laman web MAGGI®

 

Sebagai ganjaran khas di majlis pelancaran rasmi, tiga pemenang bertuah berpeluang membawa peluang Alat Penggoreng Udara Philips bernilai RM1,049 setiap satu. Hadiah pelancaran rasmi ini hanya boleh didapati di Pasaraya Giant Bandar Kinrara Mall dari 11 hingga 15 Mei.

 

Para pembeli hanya perlu membeli produk MAGGI® turut serta bernilai RM20, termasuk mana-mana dua produk masakan dalam satu resit. Jangan lepaskan peluang untuk menang besar bersama MAGGI® pada bulan Ramadan ini!

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Reply